Tahun baru.. Azam baru.. Perlu ke kereta baru?haha! Sebenar nya since ada Aqil aku dh berfikir2 tentang kereta baru.. MPV mungkin.. Tapi banyak benda yang aku fikir sampai satu tahap tu aku rasa aku tak perlukan kereta baru yang besar sebab dot-dot-dot...😊
Duit bukan punca utama la kot.. Sebab aku rasa aku dalam kategori "boleh" untuk sebuah MPV.. Tapiiiii entah lah.. Biasa la perempuan kan.. TERlampau banyak fikir sampai sebab tu dah jadi xlogik pulak kadang2...haha!
Anyway, permulaan tahun baru yang biasa saje.. Sambutan memang takde lah.. Aku pun bukan suka sangat pergi tempat2 sesak...baik aku mem-buta..hihi
Since aku dah kahwen 2011 dulu, tiap tahun aku dah takde azam.. Sebab azam aku tiap tahun sama jek..KAHWEN! Tu je..haha! So 2011 dah tercapai azam aku..for the next2 year aku takde azam dah..
Kalau setakat azam untuk jadi yang terbaik, nak jadi itu-ini, nak ada itu-ini.. Hari2 kot aku azam macam tu..so bila new year tak payah la nak azam2 sangat!haha....
Tahun 2014 ni tahun aku menambah anak lagi 😊 insyaallah bulan 4 nanti aku akan bersalin lagi...baby boy mungkin.. Bertambah la tanggungjawab kami suami-isteri.. Semoga kehadiran baby tu nanti menambah seri dan rezeki buat kami lagi..insyaallah...aminnn.. Serta menambah kasihsayang dan cinta buat kami sekeluarga...
I love u my Ammal Sazali n Aqil Ammal 😍 love both of u till the end of my life!