Saturday, December 4, 2010

Mari menjadi boss ;D

Wahhhh!!! Sangat ter-kujat tengok baju baru blog saya ;) Terima kasih cik Farhana Anuar kerana sudi menolong saya menyalinkan baju blog saya.. Lepas ni ajar saya eh.. Nanti saya boleh buat sendiri.. Tak payah susahkan awak lagi ;D

Fuhh hari ni sudah hari ke 4 dalam bulan December ni.. Agak terasa la kelajuan masa tu bergerak.. Rasa macam tak sempat buat apa-apa kat office tu, dah sampai hari jumaat.. (ke aku yang asik main2 jek kat office tu?sebab tu keje semua tak jalan ;p)

2,3 hari ni aku asik pikir pasal nak berhenti keje. Rasa bosan dah keje ni. Kalau tengok gaji, keje, benefit semua aku rasa ok jek kalau aku nak terus keje. Tapi bila pikir bos, staff lain, aktiviti merepek yang management buat semua tu rasa macam nak berhenti 24jam jek..huhu.. Aku dah target aku akan keje 5 hingga 8 tahun je lagi.. Lepas tu aku nak berhenti.. Aku plan nak push betul-betul Encik punya bisnes photography tu.. Disamping tu juga ecehayattaklehblah aku nak start kumpul modal untuk aku pegi kelas mengandam. Aku nak belaja mengandam dan buka butik pengantin aku sendiri.. Sebab aku nak jadi BOSS!!! Aku tak nak jadi KULI!!! ;))

Itu semua perancangan yang ada dalam kepala aku sekarang ni.. InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik untuk capai cita-cita aku ni.. Dulu penah masa sekolah kawan aku suruh aku tulis buku biodata dia. Bila part cita-cita aku suka tulis " aku nak jadi bos kau! "..hee..

Semoga impian dan cita-cita aku akan tercapai satu hari nanti.. Dapat lah aku jadi BOSS.. Tak payah la aku ada bos yang sangattakbest tu lagi ;)

Wednesday, December 1, 2010

Akhirnya....

Hari ni sudah masuk 1 Dec 2010.. Rasa cepat sangat masa berlalu.. Tapi elok juga masa cepat berlalu ni.. Cepat sikit aku kawen.. Dah gatal sangat dah niiii...hahaha.. Takde la main-main jek.. Nak cepat sebab tak sanggup nak tension-tension dengan segala persiapan..huhu

2,3 hari aku tak update blog ni sebab aku sibuk sikit la... Sibuk berdating!! haha ;p Hari-hari lepas kerja aku jumpa Encik.. Pergi makan la beli barang la tengok wayang la... Semalam kitorang pegi tengok wayangggg... Cerita Ngangkung.. Lawak la cerita ni.. Sekadar untuk menghilangkan stress boleh la..hehe..

Hari isnin haritu pulak sempat aku pegi tolong Encik mengemas rumah nya. Encik baru pindah rumah lain pulak. Sebelum ni duduk kat Seksyen 7, Blok 48. Tapi sekarang dah pindah Blok 46. Sebelah Blok 48 ;)

Hari ni pulak kitorang tak jumpa. Sebab aku nak pegi GUNTING RAMBUT!!! Ye..akhirnya aku potong juga rambut aku ni..huhu.. Tak tahan la.. Rimas.. Aku malas nak ajak Encik teman kan aku pegi gunting rambut.. Sebab nanti dia tido kat kedai tu..hehe.. (nanti aku update lain eh pasal rambut kalau aku berkesempatan ;p)






sedang tension memikirkan colour baju :(

Friday, November 26, 2010

RM1.10

Semakin hari semakin aku tak faham dengan IQ masyarakat kat Malaysia terchenta ni.. Naik tension aku di buat nya. Macam ni..

Setiap hari aku pergi dan balik kerja, aku akan lalu tol Batu Tiga, Shah Alam. Yang RM1.10 tu. Aku ni salah seorang pengguna Smart Tag. Masa pagi aku tak berapa kisah sangat dengan pengguna-pengguna lain Smart Tag ni. Tapi bila masa balik aku cakap kauuuu... Nauzubillah... Lorong khas Smart Tag ada 3 lane jek. Tapi line kereta untuk masuk kat Smart Tag korang tau berapa? 5 line oke!!!

Panas hati betul.. Nak masuk Smart Tag yang dah tentu-tentu laju tu pun nak rebut-rebut.. Tak paham la akak dik oiii... Korang dapat apa kalau korang orang 1st masuk lane tu? Kat depan tu ada orang tunggu bagi hadiah RM1juta ke? Eeee tak paham betul aku.. Line kat Smart Tag lagi panjang dari line kat Tunai.. Camano tu??!

Aku harap sangat mentalilty rakyat Malaysia ni dapat di ubah.. Jangan suka berebut-rebut. Jangan asyik nak duduk depan jek. Kadang-kadang boleh merbahaya kan tau. Kalau setakat effect kat diri kau sorang jek takpe. Kalau dah libatkan orang lain. Hah tak pasal jek..