Thursday, February 3, 2011

Pre-loved Item to sale

Yes..pre-loved item to sale.

Sebenar nya aku dah lama simpan kasut-kasut ni. Tadi aku kemas almari kasut aku lepas tu aku belek kasut-kasut ni, masih dalam keadaan yang baik. Yelah beli mahal-mahal, pakai nya sekali dua jek. Haishhh satu pembaziran.

Ok ni kasut yang pertama.



Brand : CarloRino
Size : 7
Harga untuk di jual : RM60
Condition : Baru 2kali pakai. Beli semata-mata untuk pakai pergi interview gov kat Putrajaya. 2kali dapat interview, 2kali juga la pakai kasut ni ;) Masih nampak cantik sebab pakai untuk masuk interview saja. Keluar bilik terus pakai selipar.heee

Yang ni kasut kedua.



Brand : Primavera
Size : sebenar nya 7 tapi orang size 8 pun muat ni.
Harga untuk di jual : RM80
Condition : Pakai sekali sahaja. Masih baru sebab pakai hanya sekali. Beli semata-mata untuk pergi grooming class masa masuk Maybank dulu. Semua orang sibuk suruh pakai kasut bertutup, jadi nya terkengkang-kengkang aku pakai sebab kasut agak besar untuk kaki aku. Kasut ni mak-ayah aku beli kan.








So kalau ada sesiapa berminat untuk beli boleh bagitau aku ye. Mana tau nak beli untuk pakai pergi interview juga.hehe.

Tuesday, February 1, 2011

Tragedi January

Penghujung bulan yang sangat sedih :(

Semalam masa aku balik dari tempat kerja, kereta aku di sondol daripada belakang. Aku pun tak berapa pasti siapa salah siapa betul. Tapi sebagai tuan empunya badan mesti la aku cakap aku betul kan.

Aku turun dari susur Subang Jaya masuk ke Federal Highway. Lepas tu aku nak menghimpit ke kanan sebab nak masuk lorong Smart Tag. Aku masuk perlahan-lahan sebab kereta agak banyak. Slow jek aku menyusur ke kanan, tiba-tiba BAMMMMM!!! kereta aku kena langgar. Benci gile -__-'

Lepas kena langgar aku terus bagi signal ke kiri untuk berhenti dan lihat kerosakan kereta aku. Kereta yang langgar aku tu pun ikut ke tepi. Masa berhenti tu aku terus seluk handbag capai hand-phone call Encik Boipren. Biasa la kan bila call Encik masa sedang bermasalah ni mesti la airmata tu berbaldi-baldi kan ^__^ Tapi semalam aku tak berapa nak nangis pun. Aku control jek sebab malu dengan orang sekeliling ;)

Ni la keadaan kereta aku. Kesian kan. Hilang dara sudah :(




Kereta yang langgar aku tu di naiki sepasang suami-isteri. Teruk juga kereta pakcik tu. Lampu depan belah kiri dia hancur sampai pintu (penumpang depan belah kiri) tak boleh nak buka. Pakcik tu turun dan suruh aku report. Dia amik no plat kereta aku dan aku amik no plat kereta dia.

Masa tu Encik dah on the way ke tempat kejadian. Tapi aku call balik cakap tak payah. Then aku bagi pakcik tu cakap dengan Encik, Encik mintak claim insurans pakcik tu. Dia kata ok, memang dia yang salah. So aku pun terus balik sebab Encik tunggu aku kat rumah jek.

Sampai rumah bila aku bagitau mak aku lagi sekali aku nak nangis.hee. Tapi aku tak jadi nangis sebab aku rasa mak aku tak kan marah aku so kenapa aku mesti nangis kan ;) Lepas aku siap-siap semua aku dan Encik pun terus pergi Balai Polis untuk buat report.

Masa accident tu, pakcik tu cakap kena report dekat Balai Polis Petaling Jaya sebab lokasi kejadian masih dalam kawasan PJ. Jadi aku-Encik pergi la mencari Balai Polis Petaling Jaya. Sampai sana polis tu cakap kena buat report kat Shah Alam sebab lokasi tu dah masuk kawasan Shah Alam. WTF =.='

Bekejar la pulak kami ke Shah Alam. Sampai sana orang ramai juga. Dalam pukul 930mlm baru aku dapat buat report. Lepas tu jumpa Sarjan Wahid untuk keterangan lanjut, tengok kereta dan selesai. Lebih kurang pukul 1020mlm juga la baru aku sampai rumah. Kesian Encik penat meneman kan aku. Tapi nasib baik Encik ada kat Shah Alam. Kalau tak siapa yang aku nak harap kan *sigh.

Terima kasih Cayang sebab tolong semalam. Penat-lapar-mengantuk semua ada ;)







cotcet : polis yang amik report aku tu nama dia Mohd Shahrul. Ni cawangan Shah Alam. Sangat kurang ajar. Ada tanya kat aku kilometer berapa. Mana la aku nak tau KM berapa. Pastu dia cakap kat border ada tulis. Kao ingat bila dah accident macam tu sempat kao nak perhati semua benda sekeliling?sempat kao nak belek border jalan tu tengok KM berapa?bengong!!

Sunday, January 30, 2011

A busy week

Fuhhh what a busy week!! Memang minggu ni aku busy giler! Giler pun tak busy macam aku kot. Sebab dia giler kan -__-'

Kerja kat office tak payah cerita la. Melambak tak habis-habis. Aku pun tak tau bila aku akan dapat habis kan semua file-file tu. Aku macam nak putar balik masa jadi masa dulu time aku takde kerja langsung. File pun ada 1 jek aku nak setel kan.

Sekarang aku dah ada 2 orang officer. Dulu aku cuma ada Kak Nadia jek. Sekarang aku dah ada Abang Jejai..ngeee~ Nama dia Jai jek. Kitorang jek yang gatal panggil dia Jejai. Dia nampak serabut sikit. Baru hari pertama dah cuba nak bawak pembaharuan untuk kerja aku. Jadi nya dah tentu la ideologi (ceit ;p) beliau tu tak akan di terima.hehe. Sebab prinsip dept aku "kao datang tempat aku, kao ikut cara aku" HAHA!

Bukan apa, aku dah biasa buat kerja ikut apa yang sudah di praktik kan terlebih dulu. Jadi bila dia cuba nak tukar sana sini, aku jadi tak berapa berkenan. Sebab itu akan melambatkan kerja aku. Aku akan jadi terkial-kial nak absorb benda baru tu.hehe.

Setakat ni Jejai boleh terima lagi bila semua buah fikiran dia di tolak mentah-mentah oleh kami.hehe. Aku yakin satu hari nanti Jejai mesti akan bengang dengan kami.HAHA! Takpe lah slow-slow la. Bukan semua idea dia aku akan tolak, mungkin akan ada yang akan digunakan. Tapi bukan sekarang la kot. Sebab sekarang aku belum cukup kuat untuk melayan kerenah kedua-dua officer aku ni. Pening tau layan diorang ni. Nak fax kertas sekeping pun nak suruh aku. Suruh nya pagi tapi petang baru aku dapat fax. Itu kira untung la aku fax hari yang sama. Kadang-kadang esok lusa pun belum tentu aku dapat fax. Tau kenapa? Sebab aku lupa.HAHA!

Selain kerja aku juga sibuk melayan kerenah Encik Boipren ni. Nak ajak jumpa la nak ajak tengok wayang la. tu kerenah aku sebenar nya ;) Tapi seronok la bila dah dekat ni. Hari-hari boleh jumpa. Tapi kami tak jumpa hari-hari pun. Sebab aku selalu balik kerja lambat :(

Hari ni kami pergi amik kad...ngee~ kad sudah siap ye. Sape yang nak kad kami boleh tinggal kan alamat kat Facebook atau blog ni. Nanti aku pos kan. Ceit!ramai ke pembaca blog aku ni -_-'

Ok la. Hari sudah malam. Aku pun dah letih. Selsema macam dah nak start jadi kawan baik aku. Huh benci! Mintak-mintak la selsema ni akan menjauhi aku esok. Aminnn.

Good Nite people ^__^v