Saturday, April 9, 2011

Gumbira ;)

Yeay!!! Rumah sudah hampir di lengkapi semua barang ;)

Friday, April 8, 2011

Rumah baru

Hari ni Encik start kerja selepas 2hari MC. Patut hari rabu lagi Encik dah kerja tapi dia sakit belakang, so doctor bagi MC 2hari. Yang aku pulak MC dari minggu lepas lagi. Minggu depan lak sambung marriage leave 10hari MBB bagi ;) Lama la aku hadap rumah ni. Nak kemas mana-mana yang patut.

Syukur alhamdulillah rumah kami hampir complete. Hari rabu kami dah beli set bilik tidur + rak TV. Mungkin malam ni sampai la. Insyaallah. Semalam kami dah beli peti ais dengan mesin basuh. Walaupun barang biasa jek tapi aku cukup puas hati. Sebab benda ni semua menyenangkan kerja aku. Contoh nya, mesin basuh duk putar kat dapur, aku update blog dalam bilik. Kan senang ;)

Tinggal lagi nak beli set sofa jek. Mungkin lambat sikit la. Tunggu gaji mungkin. Entah la. Oh ye, sekarang ni aku duduk kat flat section 7. Rumah ni rumah sewa Encik masa dia bujang dulu. So kitorang continue je la duduk sini. Sementara dapat rumah lain. Mungkin sewa juga atau rumah sendiri. Tapi memang niat kami nak cari landed house jek. Sebab kami dah biasa duduk rumah bawah. Macam aku ni bila duduk flat ni rasa lain macam. Dah la kat flat memekak jek 24jam orang-orang nya. Pastu suka sibuk hal orang lak tu.

Mungkin ada lagi rezeki kami lepas ni. Insyaallah kami kerja kuat lagi untuk dapat kan landed house tu. Aku tak biasa la duduk flat ni. Rasa macam kat kolej aku dulu pun ada ;) Doa-doa kan lah kami ye. Mudah-mudahan. Aminnnn ;p

Pada sapa-sapa yang sudi singgah rumah kami, datang la. Sebab rumah saya macam rumah cik pipit, setahun sekali jek boleh datang. Tu pun selang-selang ye. Kalau tahun ni dah datang tahun depan tak leh datang lagi ;D Cepat...sementara ni saya bagi la awak semua datang.heheh!

Thursday, April 7, 2011

Aku dah kahwen ;)


Selamat Pengantin Baru..semoga kekal abadi..bahgia ke anak cucu..semoga murah rezeki..alhamdulillah lalalala~ *aku tak ingat dah apa lirik nya lagi =)

Seperti yang korang semua maklum aku dah selamat nikah pada 26mac2011 yang lalu. Majlis bersanding buat hari yang sama juga. Majlis bertandang kat Seremban baru settle minggu lepas. 3april2011.

So ni ada sikit gambar yang aku rajin edit ;) aku makin malas la. Ke aku makin sibuk?hehe. Tak kisah la. Janji perjalanan hidup aku teratur. Tu dah cukup buat aku puas hati ;p

Ok ni masa hari jumaat. Aku amik pakej yang ada 3helai persalinan. So aku amik Gaun Victoria, Baju Korea dan Baju Minang. Ni lah rupa aku masa tu ^__^


Yang ni masa aku nikah. Sebelum nikah aku ada buat majlis bertunang secara ringkas. Sebab aku kan takde tunang-tunang ni, jadi nak juga rasa jadi tunangan orang untuk 15minit pun ;) alhamdulillah semua acara pagi tu lancar. Encik pun nampak tenang jek masa nikah tu. Bagus lah ;D

Ok yang ni masa bersanding. Majlis aku ringkas jek. Takde yang grand pun. Semua aku siap kan secara sederhana jek.

Baju biru ni pulak masa majlis bertandang sebelah Encik kat Seremban. Pun kami buat ringkas jek. Yang penting semua cukup.

Bajet kahwen aku ni tak la besar mana. Jadi kami buat secara ringkas, sederhana tapi meriah. Oranglain bersanding, kami pun sanding. Oranglain potong kek, kami pun potong kek. Hah, kan sama tu. Tapi kami punya majlis tak la grand macam orang lain kan ;)










Syukur alhamdulillah. Hidup kami bahagia ;)