Monday, July 18, 2011

Aktiviti weekend yang lepas~

Ye memang dah lambat untuk aku update aktivit aku yang lalu. Tapi lantakkkkkkk.. Dah aku sibuk, nak buat macam mana kan? ;)

Ini aktiviti aku masa 8 July yang lepas. Hari jumaat. Aku dan Encik suami ambil cuti hari tu dan kami decide nak pegi Cameron Highlands. Memang tak plan untuk tidur sana disebabkan beberapa faktor. Jadi kami pegi pagi balik petang saja ;)







Ada beberapa tempat jek yang kami pegi. Antara nya Lata Iskandar, Big Strawberry Farm, Mardi dan ladang teh. Pada aku Cameron bukan tempat kau nak lepak beberapa hari,minggu.bulan dan juga tahun.heheh! Sebab nya tak banyak sangat tempat yang boleh pegi. Balik-balik ladang strawberry dan ladang teh. Kalau kau dah pegi 1 ladang strawberry, buat apa lagi kau ladang yang lain kalau dah tentu nya kat situ ada benda yang sama kan? -ini pendapat aku la ;p


Banyak sebenar nya gambar-gambar kami kat sana. Tapi aku M.A.L.A.S nak edit ;D


Ok-ok-ok-ok-ok.. yang ni part paling syiokkkkk wooooo nak ceritaaaaa....ngehngehngeh ^^


Pada 9 July, kami pegi tengok konsert SITIIIIIIIIIIIIII ;)))))))))
Kat UiTM Shah Alam jek pun..huhu.. Tapi takpe, ni permulaan untuk aku follow konsert Siti. Sebab aku dah ada geng yang minat Siti juga..muahahahaha ;p **Encik suami pun hafal tau lagu Siti..i loikeeee ^^
FAFAU in da house guyssss!!! memang cool la dia ni..i loikeeeee
Thanx to Encik Suami sebab belanja saya..ngee ;D
BANNNNYYYYYYAAAAAKKKKKKK sangat gambar cik Siti yang Encik suami ambil.. Tapi macam biasa saya M.A.L.A.S.S.S.S.S.S.S.S ;))

Sunday, June 12, 2011

Kembali semula...

Fuhhhhhh!!!! Lama nya tak meng-update blog ni.. Sorry ye..busy menjalankan tanggungjawab ;)

Apa khabar readers2 ku? hahaha gelak guling-guling aku menaip ayat tu ;p

Setakat ni kehidupan aku dan Encik Suami bagus. Alhamdulillah. Semua nya berjalan lancar tapi kadang-kadang lidah ada juga tergigit. Normal kot kan ;) Cuma rezeki nak bertiga tu jek belum ada lagi. Mungkin Allah nak bagi peluang kami honeymoon puas2 dulu kot.heh!

Kerja aku pun ok juga. Sekarang aku tak kerja bahagian loan lagi. Aku sudah ditukar kan ke bahagian teller / kaunter. So takdelah aku stress dengan Cik Inrom a.k.a boss aku tu lagi. Lepas ni takdelah entry khas untuk dia lagi eh ;) Atau pun dah takdelah @ kuranglah entry ber-bau stress lagi.hehe!

Setakat ni dulu untuk kali ni. Ceh! dah macam tulis surat jek ;p Aku akan cuba untuk me-rajin-kan diri meng-hupdate blog ni ye.. InsyaAllah.. ;)

Friday, April 22, 2011

Movie Movies Moviest ;D

Selamat petang!! Hari ni hari gaji. So mari membayar hutang piutang. haha takde kaitan langsung ;p

Kali ni takde nak cerita masak-masak ke apa, just nak cerita movie yang aku dah tengok baru-baru ni. 1st movie ialah Senjakala. Yang ni aku tengok midnite eh kat Seremban last week dengan Encik. Pelakon nya Liyana Jasmay, Zahiril Adzim (ex-FA ;p), Faezah Elai, Ruminah Sidek (macam biasa dia ni jadi hantu -_-) dan lain-lain la. Oh si Cikgu Umar (Kamal Adli) dalam Gemilang tu pun ada ye ;)

Cerita ni pada aku memang slow gila. Bosan nak tunggu kemuncak nya. Persoalan yang dicari Khalisa (Liyana Jasmay) terlalu panjang cerita nya. Padahal penyelesaian nya simple jek. Ada satu tahap tu si Khalisa ni dah tau apa cerita sebenar tapi sibuk paksa-paksa suruh si Arman (ZA) untuk ceritakan kisah sebenar. Aku rasa itu antara kesilapan yang tak disengaja kan kot ;)

Tahap keseraman nya pada aku boleh la. Biasa-biasa jek. Tapi aku tetap takut!! hahaha. Yela tengok midnite kot. Mana mak tak takut nyah ;p

Cerita kedua pulak Love & Other Drugs. Lakonan Anne Hathaway & Jake Gyllenhaal. Hensem gak si Jake ni ;) Sebenar nya aku tak berapa faham cerita ni. Yang aku tau dia nak selamat si Maggie (Anne) sebab dia ada sakit Parkinson stage 1. Yang si Jamie (Jake) ni penjual ubat kesihatan dan juga viagra. Permulaan cerita pun agak perlahan, tapi diselamatkan dengan sedikit lawak-lawak. Memang susah la sebenarnya nak paham cerita ni. Sampai habis aku tak paham.hahah!

Hari ni pulak aku tengok cerita 127hours. Cerita ni dah main kat pawagam tapi aku tak pegi tengok pun. Tadi aku tengok kat laptop jek. Encik suami download kan ;)

Cerita ni suspen gak. Ngeri pun ada. Tangan tersepit kat celah batu dan berdarah-darah. Mungkin juga dah hancur kot. Beberapa hari cuba menyelamatkan diri akhirnya dia nekad untuk potong tangan nya yang tersepit tu. Masa dia potong tangan dia tu memang ngeri la. Aku siap tutup mata tu! teeheeee..

Lepas ni ada cerita apa lagi eh kat pawagam? ;)