Saturday, October 2, 2010

Adam vs Hawa

Boss : B, u ada masalah ke dengan A?

B : ya. saya tak suka dia. saya kalau tak suka orang, memang sampai bila-bila saya tak suka.

A : aku nak tanya kenapa kau tak suka aku?

B : sebab perangai kau macam budak-budak. hal kecik-kecik pun mengadu kat bos.

A : bos, saya nak B tulis explanation letter kenapa dia tak suka saya.

hahahaha...pernah dengar tak masalah personal antara officemate sampai nak kena bagi explanation letter. Bukan bos yang mintak. Tapi diri sendiri yang mintak. Tak cukup ke jawapan orang tu yang dia tak suka kau sebab perangai kau yang suka mengadu tu? Eeee tak paham la aku dengan kau ni. Dah la kat facebook kau sengaja mengaibkan diri sendiri. Daripada orang ramai tak tau apa jantina kau sebenar, terus orang tau yang kau sebenar nya "adam" BUKAN "hawa".. hahhh hamekkk kau...

Itu la, lain kali jaga tepi kain sendiri. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Lepas tu sibuk dok mengadu kat bos. Apa sangat la yang kau dapat dari bos tu. Ish. Ish. Ish..

Wednesday, September 29, 2010

Muhammad Riyadh Zayyan

21 september 2010 lahir lah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w yang diberi nama Muhammad Riyadh Zayyan bin Shahril Aznin. Anak sulung abang aku. Memang comel oke budak kecik sorang ni. Mata nya bulat pandang orang masa mula-mula kami sampai tu. Tapi bila kami dah tengok-tengok dia, mata nya terus kuyu. Lama-lama lelap.hee..

Ini lah rupa anak buah aku yang pertama ni....


Agak tak sabar juga la nak tunggu dia besar sikit. Dalam 3,4bulan. Baru sedap dan berani nak pegang dia. Masa kami melawat hari tu dia lembik sangat lagi. Takut juga nak pegang. Tapi aku gagah kan juga la pegang dia. Alhamdulillah, tak patah-riuk budak tu..hehe

Practice makes perfect!!!! ;D


Tuesday, September 28, 2010

keliru

Kalo fikir dari segi :

Bisnes : rugi menyimpan orang yang tidak boleh membawa untung pada syarikat

Perikemanusiaan : sangat kejam bila berhentikan orang tanpa notis awal.

Dunia. Dunia. Dunia...