Thursday, November 25, 2010

:: Blurrrrrr ::

Sebenar nya aku baru mula menjinak-jinak kan diri dengan Nuffnang ni. Ye aku tau aku ketinggalan. So what?? Cehh sempat lagi eksen ;p Mula-mula aku tak tau apa binatang nya si Nuffnang ni. Lepas tu aku pun buka web nya. Tapi....haraaammmm... Sampai sekarang aku still blur pasal Nuffnang ni...haha sedih betul jadi Zaara Rifqi ni :(

So pada sesiapa yang rasa hati dia baik untuk terang kan kat aku apa sebenar nya Nuffnang ni, boleh la emel aku ke comment aku ke inbox kat FB aku ke mesej kat hp canggih aku tu ke.ehh?? Pertolongan anda sangat saya hargai. Nanti saya belanja gula-gula oke! ;p


ikhlas daripada hati saya untuk semua ;)

Tuesday, November 23, 2010

Kompleks Kerajaan C, Putrajaya


Hari ni aku cuti (ewah mentang-mentang baru semalam gaji.harini ko dah amik cuti eh ;p). Sebenarnya tujuan aku cuti ni sebab aku nak teman kan Si Encik Cayang aku ni pergi interview dekat Putrajaya. Interview untuk jawatan Juruteknik Komputer. Kami sampai tepat jam 8pagi. Lepas Encik mendaftar dan dapat angka giliran 0514, kami pun pergi kafe untuk sarapan dulu. Nanti tak boleh jawab pulak kalau perut lapar kan?hehe..

*ni semasa sesi menunggu giliran ;)

Lebih kurang jam 1102pagi Encik pun setel interview. Kami pun bergerak ke Alamanda ;) Lama tak pergi Alamanda. Walaupun takdebendasangat pun kat sana.huhu.

Tapi dalam takdebendasangat tu, sempat juga la aku melayang kan duit aku kat CarloRino, Alamanda tu ;D

*ala CarloRino jek...bluwexxx ;p

Balik dari Alamanda, kami terus balik Shah Alam. Konon-konon nak pergi beli kasut Encik, makan pastu terus balik rumah. Tapi Encik baru teringat yang dia nak pergi rumah kawan nya untuk ambil barang. Jadi lepas beli kasut, terus terbang ke Ampang. Penat juga la sebab jalan agak jammed. Tapi dah tentu la bukan aku yang penat lebih kan ;p

Pendek kata, hidup aku memang seronok la hari ni. *Sebenar nya hari-hari hidup aku seronok semenjak Encik Cayang ni dah duduk dekat Seksyen 7, Shah Alam ;DD

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha 1431H

Salam Aidiladha

Aktiviti hari ni memang bosan gila...asik makan tido makan tido..petang jek aku sempat ke hospital melawat pakcik aku..balik dari hospital terus makan lagi..hahaha!

Lepas maghrib tadi jek aku sempat call TM sebab aku ada masalah dengan modem streamyx aku.. Line tak connect dari semalam.. Bila call orang TM tu suruh aku duduk depan laptop dan ajar aku buat macam-macam... Terima kasih ye ;)

Esok kembali ke aktiviti biasa iaitu BEKERJA!!! argghhh bosan juga!!

Last sekali, Selamat Hari Raya Korban untuk semua :)