Sunday, January 16, 2011

Week-end

Aktiviti Sabtu (15/01/2011)

Pagi dalam pukul 910am aku berteleku kat office dengan Kak Zai, Mek dan Kak Ani. Masing-masing jadi rajin datang kerja hari sabtu.hee. Bukan sebab rajin sangat pun, tapi kerja aku tiba-tiba jadi banyak pulak. Aku pun tak berapa nak pasti mana datang file-file tu semua. Nak-tak-nak terpaksa la juga aku bangun pagi untuk ke office pada hari sabtu. Orang lain membuta tidur lagi, aku dah kelam-kabut mandi siap semua nak pegi kerja. Haish sot-ba-ro jela.. Paling tak kao dapat duit cik cah oii -__-

Dalam pukul 110pm aku gerak balik rumah. Sebab dah kelaparan.hehe. Lepas makan aku bantai tidur sementara tunggu ayah aku balik kerja. Sebab ayah aku ajak pergi Bangi tengok cucu nya. Lepas ayah aku balik kerja, dalam pukul 4pm kami gerak ke Bangi.


Ni la budak debab yang kami tengok. Sudah pandai gelak gatal. Bak kata mak aku la. Sebab adik laki aku cak-cak dia, yeye gelak nya. Geram tengok budak ni. Rasa nak kunyah! ;)

Oke. Tu saja aktiviti sabtu aku. Aktiviti duit dan keluarga ;D

Aktiviti Ahad (16/01/2011)

Hari ini aku takde pegi mana-mana langsung. Plan asal mahu ke Nilai bersama Encik dan ibu-ayah. Tapi terpaksa di batalkan atas sebab-sebab tertentu. Jadi duduk saja di rumah. Tapi aku keluar juga petang tu. Lebih kurang pukul 230pm Encik Boipren sampai dari Seremban. Aku pergi amik Encik kat bus station seksyen 17, Shah Alam. Kami pergi amik baju Encik dan hantar comforter aku kat dobi, lepas tu kami pergi makan pizza ;)

Selesai makan-makan kami pergi seksyen 9. Kat Plaza Massalam. Sebab Encik nak pergi kedai gambar kat sana mintak quotation untuk photographer. Lepas setel semua aku ajak Encik teman beli kasut. Tadddaaaaa....


Aku beli kasut ni. Kasut ni takde brand apa-apa. Sebab kasut ni aku nak buat percubaan. Sebenar nya aku tak boleh atau tak biasa pakai kasut tutup penuh macam ni. Banyak masalah. Tapi di sebabkan sekarang kasut tengah in, aku nak cuba juga. Mintak-mintak lah oke. Boleh beli yang ada brand dan lebih mahal sikit daripada yang ini. Tapi yang ni pun RM50++ tau =.='
















cotcet : another 68days~~

Friday, January 14, 2011

Sibuk melampau

Fuuhhhh lama nya tak update blog terbiar ni. Bukan apa sibuk memanjang. 24jam tu macam tak cukup nak buat macam-macam benda. hehe.

Sejak 1,2 hari ni aku macam tiba-tiba jadi sibuk kat office. Balik pun bila awan dah jadi hitam. Sebelum ni ada jugak aku balik masa hari terang lagi. File melambak-lambak atas meja. Tak tau mana yang patut aku dulu kan. -__-'

Selain kerja aku juga sibuk dengan urusan duniawi aku. Sibuk ke hulur ke hilir mencari kedai, rumah, barang dan lain-lain. Alhamdulillah selesai juga lah sikit-sikit urusan duniawi lagha aku ni.

Nanti la aku update lagi ye. 2hari tidur aku tak stabil ni. hehe.

Friday, January 7, 2011

51st or 15th?


HAPPY BIRTHDAY PN KAMARIAH..

Nampak kek tu tulis apa? 15th u olssss ;p Sebenar nya memang aku sengaja tulis macam tu. Sebab mak aku sibuk kata tahun 2011 ni umur dia masuk 15 tahun. So aku wish la Happy 15th Birthday untuk dia. Gelak besar dia bila tengok kek tu. hehe.

Kek ni aku beli semalam lepas balik kerja. Aku pun tak tau nak beli kan apa. Pagi sebelum pergi kerja aku dah wish kat mak aku. Balik kerja aku beli kan kek untuk dia. Ahad ni Encik janji nak bawa aku pergi beli hadiah pulak. Masih berfikir hadiah apa pulak tahun ni.

Tengahari tadi aku dah belanja mak dan adik aku makan kat Pizza Hut. Mak aku pagi-pagi lagi dah sibuk nak keluar jalan-jalan. Aku sebagai anak yang solehah baik ikut kan la kehendak dia. Takda la jauh sangat pun aku bawak dia. Pergi PKNS je pun. hehe.






*Dapat letak 1 gambar jek =( Entah masalah apa tak boleh upload. Benci!