Thursday, April 14, 2011

;) ;)

Hye! ;) Aku masih lagi bercuti. Kadang-kadang macam bosan pun ada. Tapi kalau aku kerja lagi la bosan. Haih tak tau aku mana yang patut aku buat. Nak berhenti kerja aku rasa belum sesuai. Sebab hidup kami baru nak bermula. Belum betul-betul stabil lagi ni. Tunggu la setahun dua ni, insyaallah kami akan stabil kan hidup kami. So aku akan berhenti kerja dengan bongkak nya. haha...

Ni kehidupan kami. Pagi Encik suami pergi kerja, aku setel kan kerja rumah. Biasa nya aku membasuh dan masak jek. Sapu-sapu, kemas-kemas ni jarang sikit. Sebab aku buat 2 atau 3hari sekali. Bukan tak nak sapu hari-hari tapi tengok je la gaya Encik buat kerja nya. Bersepah!

Encik tengah merepair 3laptop sekali gus ;) Bukan repair sangat la, kira mem-format laptop kawan-kawan nya. Ni antara pendapatan sampingan Encik juga ye. Selain photographer. Tapi kalau repair/format laptop ni Encik tak amik mahal pun. Sekadar RM20,Rm30 jek. Tapi bergantung juga pada apa masalah nya. Kalau teruk caj nya mahal la sikit kan. Rasa nya benda ni standard kot ;)

Sambil Encik buat kerja nya aku buat la kerja aku. Tengok TV ke hadap FB ke update blog ke. Apa-apa je la yang aku boleh buat. Kadang-kadang kalau bosan aku golek-golek jek. Pastu lelap. haha! Marah Encik..

Ni lauk yang aku masak harini =) Simple jek. Sambal sotong dan goreng ikan. Sambal tu aku buat pedas-pedas. Sebab Encik suka makan pedas. Tapi perut aku pulak macam tak tahan.heheh!

Mak aku selalu cakap masa cuti ni jek aku rajin masak. Bila dah kerja esok, mesti dah tak masak dah. Tapi insyaallah, aku akan cuba masak untuk Encik suami. Walaupun bukan masak yang susah-susah, yang ringkas macam ni pun takpe. Insyaallah =)

Sunday, April 10, 2011

Hidup aku sendiri ;)

Pejam celik pejam celik kejap jek dah 2minggu 1hari aku kahwen ;) alhamdulillah semua berjalan lancar. Bergaduh tu biasa la kan. Memang dari zaman bercinta kitorang memang suka gaduh. haha.

Kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti kami sepanjang 2minggu ni. Mula-mula kami balik dari Seremban lepas majlis kat sana, kami terus pergi cari barang-barang rumah. Set bilik tidur,mesin basuh, peti ais, rak TV. Sofa jek kami belum beli sebab bajet tak cukup ;)

Lepas dah order semua barang tu kami pun ke Jusco Bukit Raja, Klang untuk beli barang-barang dapur. Sebenar nya nak beli iron tapi kami shopping sekali barang dapur. Teh, milo, susu, tepung, gula, beras, macam-macam la kami beli. Stok sampai keluar gaji.heheh!

Encik suami tolak troly ;)

Hari jumaat pulak Encik dah start kerja. Jadi nya aku tinggal sorang kat rumah. Lepas siap aku basuh baju aku kemas rumah pulak. Dari depan, bilik, dapur habis semua aku kemas. Cantik sikit rumah aku. Bukan apa sebelum tu bersepah-sepah dengan hadiah-hadiah kahwen haritu. Dengan barang-barang laptop Encik lagi. Semua aku kemas masuk bilik.


Siap kemas aku mandi dan keluar ke Giant. Giant section 7 ni dekat jek dengan rumah aku. Tapi Giant ni tak besar mana la. Setakat nak beli simple-simple boleh la. Aku beli ayam, ubi kentang, ikan bilis, tudung saji, bakul sampah etc.


Mula-mula aku ingat nak masak nasi goreng jek tengahari tu. Tapi aku masak nasi terlembik sikit. So tak sedap la kan kalau buat nasi goreng. Pastu aku decide nak masak lauk biasa jek. Taraaaaa.....

Ni la lauk kami tengahari tu ;) Ayam goreng dan sambal kentang campur ikan bilis. Jadi la kan buat permulaan. Nanti aku belajar la masak gulai, kari, sup semua tu. Untuk buat kuah. Aku bersyukur sangat sebab Encik tak memilih sangat kalau bab makan. Semua dia ok. Aku cakap kat dia kalau aku masak tak sedap cakap jek. Tak payah nak jaga-jaga hati. Kalau tak sampai tua la kao makan lauk tak sedap aku tu.hahaha ;p

Hari sabtu pula kami balik kampung. Tapi lepas zohor baru kami balik Sg Buloh. Saje berjalan ke rumah makcik-makcik. Rumah Cik Pipit jek saya belum pergi. Sebab saya tau dia nak berehat-rehat di hujung minggu. Kita jangan kacau dulu ;p

Lepas isyak baru balik Shah Alam. Lepas hantar adik, aku sibuk nak pegi jalan-jalan. Tapi tak tau nak pegi mana. Last-last Encik cakap "jom i bawak u pegi tengok KL kalau ada lampu" ;) *biasa aku tengok KL time siaang jek.tak penah tengok time malam.kesian kan?;p


So Encik bawak pegi lepak-lepak kat Dataran Merdeka. Lepas tu kami pegi Bukit Bintang. Tapi tak dapat nak turun sebab tak dapat parking. Best la jalan-jalan KL time malam dengan Encik suami ;)

Esok nya hari ahad kami takda pegi mana-mana. Kalau ikut petang nak balik rumah mak aku kejap, nak amik moto. Tapi Encik asik tido jek. Aku pulak leka mengadap laptop. Sampai ke malam tak pegi mana pun.

Tengahari aku masak untuk kami makan. Lauk sardin (sabtu punya ;p), telur dadar dan burung puyuh goreng. Burung puyuh tu aku amik mak aku punya ;D

Buat masa ni, ni je la aktiviti kami. Hari ni (isnin) Encik suami dah kerja. Aku jek yang ada kat rumah. Aku start kerja 25hb April nanti. Lama lagi tu...huhu

Saturday, April 9, 2011

Gumbira ;)

Yeay!!! Rumah sudah hampir di lengkapi semua barang ;)