Sunday, June 12, 2011

Kembali semula...

Fuhhhhhh!!!! Lama nya tak meng-update blog ni.. Sorry ye..busy menjalankan tanggungjawab ;)

Apa khabar readers2 ku? hahaha gelak guling-guling aku menaip ayat tu ;p

Setakat ni kehidupan aku dan Encik Suami bagus. Alhamdulillah. Semua nya berjalan lancar tapi kadang-kadang lidah ada juga tergigit. Normal kot kan ;) Cuma rezeki nak bertiga tu jek belum ada lagi. Mungkin Allah nak bagi peluang kami honeymoon puas2 dulu kot.heh!

Kerja aku pun ok juga. Sekarang aku tak kerja bahagian loan lagi. Aku sudah ditukar kan ke bahagian teller / kaunter. So takdelah aku stress dengan Cik Inrom a.k.a boss aku tu lagi. Lepas ni takdelah entry khas untuk dia lagi eh ;) Atau pun dah takdelah @ kuranglah entry ber-bau stress lagi.hehe!

Setakat ni dulu untuk kali ni. Ceh! dah macam tulis surat jek ;p Aku akan cuba untuk me-rajin-kan diri meng-hupdate blog ni ye.. InsyaAllah.. ;)

Friday, April 22, 2011

Movie Movies Moviest ;D

Selamat petang!! Hari ni hari gaji. So mari membayar hutang piutang. haha takde kaitan langsung ;p

Kali ni takde nak cerita masak-masak ke apa, just nak cerita movie yang aku dah tengok baru-baru ni. 1st movie ialah Senjakala. Yang ni aku tengok midnite eh kat Seremban last week dengan Encik. Pelakon nya Liyana Jasmay, Zahiril Adzim (ex-FA ;p), Faezah Elai, Ruminah Sidek (macam biasa dia ni jadi hantu -_-) dan lain-lain la. Oh si Cikgu Umar (Kamal Adli) dalam Gemilang tu pun ada ye ;)

Cerita ni pada aku memang slow gila. Bosan nak tunggu kemuncak nya. Persoalan yang dicari Khalisa (Liyana Jasmay) terlalu panjang cerita nya. Padahal penyelesaian nya simple jek. Ada satu tahap tu si Khalisa ni dah tau apa cerita sebenar tapi sibuk paksa-paksa suruh si Arman (ZA) untuk ceritakan kisah sebenar. Aku rasa itu antara kesilapan yang tak disengaja kan kot ;)

Tahap keseraman nya pada aku boleh la. Biasa-biasa jek. Tapi aku tetap takut!! hahaha. Yela tengok midnite kot. Mana mak tak takut nyah ;p

Cerita kedua pulak Love & Other Drugs. Lakonan Anne Hathaway & Jake Gyllenhaal. Hensem gak si Jake ni ;) Sebenar nya aku tak berapa faham cerita ni. Yang aku tau dia nak selamat si Maggie (Anne) sebab dia ada sakit Parkinson stage 1. Yang si Jamie (Jake) ni penjual ubat kesihatan dan juga viagra. Permulaan cerita pun agak perlahan, tapi diselamatkan dengan sedikit lawak-lawak. Memang susah la sebenarnya nak paham cerita ni. Sampai habis aku tak paham.hahah!

Hari ni pulak aku tengok cerita 127hours. Cerita ni dah main kat pawagam tapi aku tak pegi tengok pun. Tadi aku tengok kat laptop jek. Encik suami download kan ;)

Cerita ni suspen gak. Ngeri pun ada. Tangan tersepit kat celah batu dan berdarah-darah. Mungkin juga dah hancur kot. Beberapa hari cuba menyelamatkan diri akhirnya dia nekad untuk potong tangan nya yang tersepit tu. Masa dia potong tangan dia tu memang ngeri la. Aku siap tutup mata tu! teeheeee..

Lepas ni ada cerita apa lagi eh kat pawagam? ;)

Thursday, April 21, 2011

Kontroversi....


Maaf ye, kualiti gambar agak kurang sebab ni amik guna hp dan dihantar melalui MMS oleh cik Mek pagi tadi ;)

Ini merupakan gambar attendance kat office aku untuk hari apa aku tak pasti. Mungkin semalam, mungkin kelmarin. Nama-nama diatas line merah tu adalah nama-nama orang yang hadir pada hari berkenaan. Bagi yang dibawah pula untuk orang yang datang lambat, AL, MC, EL dan sebagai nya.

Seperti dalam gambar, Bazilah AL. Maksud nya Bazilah ni cuti pada hari itu. Faizal pula kosong. Takde tulis apa-apa. Maksud nya status si Faizal ni belum tahu lagi. MC ke EL ke apa ke. Tapi kalau korang nampak Faizal dah sign in bawah nama aku tu. Pukul 905am. Maksud nya dia lambat hari itu.

Apa yang aku nak tekan kan sebenar nya ialah nama aku. Shah Azrina - MATERNITY!!!!!

Ngek kao!! aku "marriage leave" la. Sejak bila pula aku pregnant?? Siot betul. Kalau korang nak tau ini tulisan Cik Inrom yang sangat pandai itu ye!! huh..camne leh jadi bos ni -__-'

Cik Mek anta MMS gambar ni siap kata-kata ni :

Chah tahniah kau sampai hati ko xbgtau ktaorang kau pregnant.kau bgtau bos jek.haha

Aku reply balik : hahahaha ngek bos kau tu! ;)

Tak lama tu kak zai pulak anta SMS yang berbunyi :

Cha, tahniah! Akhirnya berjaya tp sampai hati tak kasi tau :'( (siap icon nangis tu..hahaha)

SMS kak zai ni aku tak reply sebab aku sibuk nak masak ;p

Hahaha kelakar bos aku ni. Agak nya dia rasa lama sangat kot aku cuti. Sebab tu dia terasa macam aku ni maternity. Takpe la bos. Doa-doakan la ye ;)