Monday, December 28, 2009

" memories "

sejak kebelakangan ini aku selalu dengar topik ini di bualkan di corong2 radio.boleh dikatakan hampir semua radio dan setiap hari.cuma yang membezakan nya mungkin tajuk2 nya.hari ini tajuk peristiwa manis,esoknya kejayaan.tapi masih berpaksi kan Tahun 2009.ye.seperti semua maklum tahun 2009 hampir ke penghujung nya.maka semua kenangan2,kejayaan2,pahit manis semua seperti kembali berputar di kepala.satu2 muncul di minda.seperti juga aku.

aku juga punya banyak kenangan pahit manis sepanjang 2009.tidak dilupakan kejayaan aku untuk beberapa perkara.disini aku ingin berkongsi serba sedikit tentang diri aku sepanjang tahun 2009.

pada awal tahun 2009, hidup aku agak suram.aku sendiri tidak pasti atas alasan apa.tapi aku teruskan juga.kerana 2009 baru bermula.pada bulan April aku berjaya menghadiahkan diri aku dengan sebiji kereta yang tidak lah aku idam2kan sangat.tapi menjadi idaman ayah aku ;) berbekal kan duit simpanan yang ada aku membayar duit pendahuluan untuk kereta itu.dibantu juga oleh ibu bapa aku.maka bermula lah tanggungjawab aku untuk mengasingkan sebahagian duit shopping aku untuk kereta itu.mujur Encik banyak membantu aku.hee.

pada bulan April juga Encik telah berbesar hati untuk menaja tinted kereta aku ;) sekali lagi terima kasih Encik ;p sekitar bulan May,Jun,Julai,August hidup aku tidak terlalu membanggakan.hanya membantu ibu aku untuk menguruskan majlis perkhawinan abang sulung aku pada bulan Oktober nanti.jadi sepanjang 4bulan itu aku tidak terlalu memikirkan sangat tentang hidup aku.aku hanya kasihan melihat ibu aku yang bertungkus lumus membuat persediaan.suka,duka,tawa,tangis ibu aku semua kemas dalam ingatan aku.sepanjang menguruskan majlis itu.

pada bulan September aku telah meraikan hari jadi aku yang ke 24 bersama Encik.tapi tahun ini Encik tidak memberikan hadiah seperti tahun2 yang lepas.Encik telah memberikan aku sejumlah wang tunai sebagai hadiah.walaupun jumlah nya tidak lah sebesar mana tapi aku sangat menghargainya.thanx Encik.dan pada bulan September juga la aku telah berjaya menghadiahkan diri aku dengan sekeping Credit Card ;) walaupun CC ini tidak lah sebagus mana tapi sebenarnya ia sangat membantu di kala kecemasan.pada masa ini baki CC aku hanya RM65.00.itu pun baru semalam aku gunakan ketika di Perhentian Dengkil untuk mengisi minyak.setakat ini aku masih mampu mengawal perbelanjaan aku.

pada bulan September juga adalah bulan yang penuh bermakna bagi aku dan Encik.terima kasih pada emak dan ayah aku yang akhirnya sudi merestui kami.bukan sebelum ini mereka tidak merestui.tetapi mereka hanya mahukan kami berfikir semula tentang hubungan kami ini.tetapi entah lah.mungkin pandangan orang tua2 kan.tidak seperti kita yang muda.hanya banyak berseronok.alhamdulillah kami bahagia.

pada bulan Oktober berlangsungnya majlis abang sulung aku.banyak rintangan yang kami lalui.sehingga detik2 terakhir ibu aku masih berendam airmata.hanya kami yang tahu sebab musabab nya.pada bulan ini juga aku berjaya menemukan kedua orang tua aku dengan Encik.buat pertama kali nya selepas 3tahun kami bersama.dan pada bulan ini juga aku berjaya menemukan kedua ibubapa aku dengan keluarga Encik ;) alhamdulillah nampak nya mereka OK.hee.

pada bulan November kegembiraan masih bersama aku dan Encik.walaupun sesekali badai datang melanda tapi kami tetap bertahan.hanya kerana CINTA ;)

untuk bulan Disember ini,hidup aku tenang sekali.aku tidak punya banyak masalah.walaupun masalah itu ada tetapi tidak terlalu menyesakkan.alhamdulillah.mungkin berkat cuti banyak kot.haha.

ini mungkin sebahagian dari hidup aku.ada sesetengah nya kita boleh berkongsi.dan ada sesetengah nya kita hanya mampu menyimpan sebagai sesuatu yang indah untuk dikenang walaupun pahit untuk ditelan.


jadi aku harapkan sinar 2010 lebih terang untuk aku,ibubapa aku,adik beradik aku serta Encik sekeluarga.semoga 2010 dapat merapatkan hubungan kami ini dengan lebih ERAT lagi ;)

2 comments:

erlone said...

masalah tidak menyesakkan kerana cuti ada byk. kat mana relevannya eh? cuba citer skit. so makcik leh lar simpan cuti byk2 thn dpn. :P

ZaaraRifqi said...

public holiday la maksudnye la.bukan annual leave.annual leave awal2 dh bis.huhu