Monday, March 15, 2010

duit.duit.duit

aku mahu berbisnes saja di rumah tanpa perlu mengikut arahan sesiapa,tanpa perlu ada nya orang yg dipanggil Boss,tanpa perlu berkejar ke pejabat sebelum attendance di garis,tanpa perlu berebut cuti dengan orang yang selalu mementingkan diri,tanpa perlu melayan kerenah orang yang digelar pegawai (sedangkan tugas hanya menjaga waiting time),tanpa perlu membantu oranglain untuk melaksanakan tugas mereka sedangkan tugas sendiri perlu dibereskan sendiri.huhh aku benci semua keadaan ini!!

ye.aku mahu berbisnes.tapi bisnes apa?hehe.masih difikirkan.buat masa ini aku hanya membantu Encik Cyg mencari customer untuk bisnes photography-nya.adalah beberapa job yang aku dapat kan untuk Encik.dan aku juga sedang mempelajari teknik-teknik untuk membuat design custom album .supaya Encik tidak perlu mengupah orang untuk membuat design custom album untuk customer nya lagi.setakat ni proses pembelajaran aku sangat memberangsangkan ;) aku akan berusaha lebih gigih lagi.agar aku dapat membantu Encik.mahal tau kos untuk mengupah orang buat design tu.bila aku pandai aku boleh buat sendiri.jimat sikit duit kami ;D

mulanya aku bercadang mahu memasuki kelas mekap.bila aku dah pandai mekap boleh lah aku bisnes mekap-mekap ni.kira macam mak andam la.aku mekap,Encik cameraman.haa kan best.bekerjasama.hehe.tapi itu semua cadangan saja.belum survey mana-mana kelas mekap pun lagi.mungkin bila aku dah pandai design custom album kot baru aku masuk kelas mekap ni.aku nak fokus satu-satu dulu.nanti buat semua benda satu masa kelam kabut pulak.aku tak suka buat banyak kerja dalam satu masa.

harap nya semua yang aku hajat kan akan tercapai.insyaAllah.mulai sekarang memang aku nak perbaiki hidup aku.mahu lebih berusaha.jangan hangat-hangat tahi ayam saja.chaiyok Cik Cah ;p

4 comments:

Farhana Anuar said...

cik cah? eh mcm cik cah saya la. hehe. ;D


hurm. bagus2. bisnes2. ala. wt je pape bisnes. jnji masyuk n pulang modal. sikit sikit lame2 jadi bukit. gud luck . ;)

ZaaraRifqi said...

cik cah tu student sy kt ofis tu yg panggil.haha lawak2.baru ajar brape minggu dh lari.huhu.

tu la.masih menguruskan bisnes encik je la.mahu bisnes sendiri utk persediaan diri jika sesuatu berlaku ;)

Farhana Anuar said...

ade student? hehe. lari? hahaha. cmno nak pandai kalau lari. lari knape?

betul2. snang de bisnes sndri. duit pon masuk poket sndiri. pastu dah bnyak boleh tebarkan kepada saya dan adam raiz. hehehe

ZaaraRifqi said...

xtau la lari nape ntah.tibe2 jek xdtg keje dh.

tebarkan pd anda berdua ye?emm tunggu smpai sy xcukup poket dulu ye.haha.