Thursday, December 31, 2009

:: two thousand ten ::

yeay.lagi 3jam jek nak masuk 2010.aku hanya menyambut nya di rumah seperti tahun2 yg lepas.tak kan la aku nak g melompat2 kat disco lak kan.itu bukan aku ye.diulangi bukan aku.aku masih mengamal kan cara hidup Islam.walaupun aku nampak moden.*moden ke.hee.

seperti biase la bila masuk jek tahun baru azam pun mesti baru kan.tp azam aku xpenah tercapai.penah sekali jek tercapai.itu pun mase 2003.eh ada juga lagi azam aku yg tercapai.tp bukan tahun yg same la.hee.contoh cam nak ada kereta sendiri.2009 baru tercapai.alhamdulillah.

so apa azam aku tahun ni??mungkin bukan azam la.lebih pada harapan yg aku ingin capai.meh aku try list kan.byk ke ek.ngee.

  1. ingin sihat wal'afiat.(fizikal dan emosi)
  2. ingin tetap kan iman ;)
  3. ingin bahagia bersama keluarga
  4. ingin hidup ibubapa sentiasa harmoni
  5. ingin kedua ibubapa di panjangkan umur, murah rezeki
  6. ingin selalu disamping Encik
  7. ingin selalu diberi kesempatan untuk bersuara ;p
  8. ingin melangkah ke dunia baru :p
  9. ingin hidup Encik sentiasa bahagia
  10. ingin aku dan Encik dimurahkan rezeki

ok ni dari sudut material lak.hee. ~Encik sila ambil perhatian eh ;)

  1. mahu sport rim persona kita
  2. mahu nikon yg lagi canggih dan mahal dr yang ada now
  3. mahu cybershot yg canggih juga
  4. mahu hp baru.plizzzzz ;)
  5. mahu tukar laptop yg lagi best boleh? :)
  6. mahu percutian yg romantik (^_^)
  7. mahu gelang tangan yg baru ok ;)
  8. mahu bebe baru yg lg besar boleh x?

setakat ni itu jek kot.kalo ada lagi aku akan cite kemudian.hee.so Encik sila ambil perhatian serius eh.jangan sambil lewa jek ;)

Happy New Year!!!

Wednesday, December 30, 2009

BILA HATI BERBICARA

aku memang tidak boleh bersuara ;

atau aku tidak mampu untuk bersuara ;
atau mungkin juga aku tidak layak bersuara.
persoalan yang tidak pernah terjawab.aku harap suatu hari nanti akan ada yang sudi menjawab.

Tuesday, December 29, 2009

:: tidak ::

aku tidak boleh menuding jari ;
andai itu terjadi aku akan dituding semula.
aku tidak boleh menyalahkan ;
andai itu terjadi aku akan disalahkan semula.
aku tidak boleh bersuara ;
andai itu terjadi aku akan kecewa.
*jadi bagaimana?perlukah aku terus bertahan?mungkin.kerana ini adalah pilihan aku.

Monday, December 28, 2009

:: dunia lama ::

mase aku menung2 td tibe2 aku teringat kata2 kawan mase aku belaja dulu."lepas habis belaja ni aku xnak lagi contact ngan korang sume.aku juz nak berkawan ngan kwn2 keje aku jek".mase aku dgr kate2 dia tu aku naik angin gak.yela nape cakap camtu kan.teruk sgt ke kitorang ni sampai dia xnak kawan lg.padahal dulu aku la yg byk susah senang ngan dia.eh yeke ;) lebih kurang la.tp now bila aku ingat2,kenang2,imbas2 balik.ada betul nya cakap dia tu.dan now baru aku sedar akan kerelevanan cakap dia tu.hee.

now aku bekerja di salah sebuah institusi perbankan.dah 2tahun dah.dan kawan2 aku hanya la orang2 yang sama membanting tulang 4kerat di office tu.maksud nye kawan2 aku ialah officemate aku.officemate2 aku ialah kawan2 aku ;) mana pergi kawan2 sesekolah,sesekolej,seseuniversiti aku??entah.aku pun xde jwpn untuk persoalan itu.

jadi betul la kan tindakan kawan aku tu td.dia hanya akan berkawan ngan kwn2 ofis dia jek.sebab dia dah tau dari awal yg kwn2 blaja ni akan hilang bila masing2 habis belaja.bila masing2 start keje.terutama bila dh BERJAWATAN TINGGI.

so now aku pun akan mengikuti jejak langkah kawan aku ni.bukan ape kwn2 lama aku sume dh wat hal masing2.padahal masing2 ada FB.tp mereka hanya bertegur sapa sesama mereka.tidak dengan aku.yelah.mungkin aku berpelajaran rendah sikit dr mereka.berjawatan rendah dr mereka.maka tidak setaraf la untuk bergandingan menghadapi susah senang bersama lagi.xpe aku redha.

aku akan mulakan hidup baru aku.aku akan cuba buang segala dunia lama aku.semoga aku bahagia disamping orang yg sentiasa ada dengan aku sekarang.

~Farhana Anuar
~Engku Bazilah
~Kuzaimah

ini antara org2 yg selalu ada di belakang aku.yg selalu menadah telinga mendengar cerita2 aku.semoga kita terus bersama.yeah ;p

p/s : pd kwn2 yg masih bersama terima kasih.aku x mengata kan sume kwn2 aku mcm ni.hanya segelintir.sape mkn cili dia la terasa kan ;)

*entry ni bkn utk meminta simpati sesiapa.hanya meluah apa yg terbuku di hati.

" memories "

sejak kebelakangan ini aku selalu dengar topik ini di bualkan di corong2 radio.boleh dikatakan hampir semua radio dan setiap hari.cuma yang membezakan nya mungkin tajuk2 nya.hari ini tajuk peristiwa manis,esoknya kejayaan.tapi masih berpaksi kan Tahun 2009.ye.seperti semua maklum tahun 2009 hampir ke penghujung nya.maka semua kenangan2,kejayaan2,pahit manis semua seperti kembali berputar di kepala.satu2 muncul di minda.seperti juga aku.

aku juga punya banyak kenangan pahit manis sepanjang 2009.tidak dilupakan kejayaan aku untuk beberapa perkara.disini aku ingin berkongsi serba sedikit tentang diri aku sepanjang tahun 2009.

pada awal tahun 2009, hidup aku agak suram.aku sendiri tidak pasti atas alasan apa.tapi aku teruskan juga.kerana 2009 baru bermula.pada bulan April aku berjaya menghadiahkan diri aku dengan sebiji kereta yang tidak lah aku idam2kan sangat.tapi menjadi idaman ayah aku ;) berbekal kan duit simpanan yang ada aku membayar duit pendahuluan untuk kereta itu.dibantu juga oleh ibu bapa aku.maka bermula lah tanggungjawab aku untuk mengasingkan sebahagian duit shopping aku untuk kereta itu.mujur Encik banyak membantu aku.hee.

pada bulan April juga Encik telah berbesar hati untuk menaja tinted kereta aku ;) sekali lagi terima kasih Encik ;p sekitar bulan May,Jun,Julai,August hidup aku tidak terlalu membanggakan.hanya membantu ibu aku untuk menguruskan majlis perkhawinan abang sulung aku pada bulan Oktober nanti.jadi sepanjang 4bulan itu aku tidak terlalu memikirkan sangat tentang hidup aku.aku hanya kasihan melihat ibu aku yang bertungkus lumus membuat persediaan.suka,duka,tawa,tangis ibu aku semua kemas dalam ingatan aku.sepanjang menguruskan majlis itu.

pada bulan September aku telah meraikan hari jadi aku yang ke 24 bersama Encik.tapi tahun ini Encik tidak memberikan hadiah seperti tahun2 yang lepas.Encik telah memberikan aku sejumlah wang tunai sebagai hadiah.walaupun jumlah nya tidak lah sebesar mana tapi aku sangat menghargainya.thanx Encik.dan pada bulan September juga la aku telah berjaya menghadiahkan diri aku dengan sekeping Credit Card ;) walaupun CC ini tidak lah sebagus mana tapi sebenarnya ia sangat membantu di kala kecemasan.pada masa ini baki CC aku hanya RM65.00.itu pun baru semalam aku gunakan ketika di Perhentian Dengkil untuk mengisi minyak.setakat ini aku masih mampu mengawal perbelanjaan aku.

pada bulan September juga adalah bulan yang penuh bermakna bagi aku dan Encik.terima kasih pada emak dan ayah aku yang akhirnya sudi merestui kami.bukan sebelum ini mereka tidak merestui.tetapi mereka hanya mahukan kami berfikir semula tentang hubungan kami ini.tetapi entah lah.mungkin pandangan orang tua2 kan.tidak seperti kita yang muda.hanya banyak berseronok.alhamdulillah kami bahagia.

pada bulan Oktober berlangsungnya majlis abang sulung aku.banyak rintangan yang kami lalui.sehingga detik2 terakhir ibu aku masih berendam airmata.hanya kami yang tahu sebab musabab nya.pada bulan ini juga aku berjaya menemukan kedua orang tua aku dengan Encik.buat pertama kali nya selepas 3tahun kami bersama.dan pada bulan ini juga aku berjaya menemukan kedua ibubapa aku dengan keluarga Encik ;) alhamdulillah nampak nya mereka OK.hee.

pada bulan November kegembiraan masih bersama aku dan Encik.walaupun sesekali badai datang melanda tapi kami tetap bertahan.hanya kerana CINTA ;)

untuk bulan Disember ini,hidup aku tenang sekali.aku tidak punya banyak masalah.walaupun masalah itu ada tetapi tidak terlalu menyesakkan.alhamdulillah.mungkin berkat cuti banyak kot.haha.

ini mungkin sebahagian dari hidup aku.ada sesetengah nya kita boleh berkongsi.dan ada sesetengah nya kita hanya mampu menyimpan sebagai sesuatu yang indah untuk dikenang walaupun pahit untuk ditelan.


jadi aku harapkan sinar 2010 lebih terang untuk aku,ibubapa aku,adik beradik aku serta Encik sekeluarga.semoga 2010 dapat merapatkan hubungan kami ini dengan lebih ERAT lagi ;)

Sunday, December 27, 2009

:: jasa ::

yeay.harini Encik sudah berbakti pd aku.hee.

pertama : Encik telah bawak kete aku ke workshop untuk betulkan lampu brek yg x nyala tu.rupe2 nye sebelah kiri mentol nye jatuh.mungkin xketat atau pun terlalu kerap kena hentakan ;) sebelah kanan pula mentol nye terbakar.solosai sudah masalah aku ngan lampu2 brek aku tu.hee.

kedua : Encik telah format kan laptop aku ni ;p Encik juga telah mengubah pemandangan laptop ni menjadi cantik dari yg dulu.aku pun xtau apa yg Encik wat.sebab Encik format kat Poli td.sementara aku tunggu jek kat umah.baru jap td Encik pulangkan semula laptop yg sudah bertukar wajah ni.


thanx Encik.jasamu ku kenang ;p

Saturday, December 26, 2009

" bodoh "

bodoh???ye.kau bodoh sebab x jd kawan aku.haha.boleh camtu.ngee.

aku ada add sorang dak pompuan ni kt fb.kalo xsilap dh 3x kali aku add dia.tp dia reject.bodoh tul kau ni xnk jd kawan aku.haha.aku sebenarnye pelik.nape susah sgt nk approve?nk kata xkenal.dr sekolah rendah kita sama sekolah.maybe la sebab xsekelas.tp apa salah nye kan.bkn kau xkenal aku.dlm frenster dulu boleh jek ko approve aku.aku add ko pun bkn nk pe sgt.juz add sbg kwn sekolah.tu jek.bkn aku nk sibuk sgt pasal ko.ngat aku heran sgt ngan ko.ee tolong la.jgn nk memoyokan diri tu ek.pliz.pliz.pliz.

lg skali aku nk cakap kat kau.BODOH!!!haha

:: perjalanan yg sukar ::

ye.selalu kalo aku ke umah Encik di Seremban.perjalanan hanya mengambil mase 1jam stgh.itu pun kdg2 kurang dari tu.*tu time aku rindu gile ngan Encik.so bwk laju2 :p tp hari ni.26/12/2009 perjalanan aku dr Senawang ke Shah Alam telah mengambil mase lebih dr 4jam.huhu.jammed babi gile.haha.teruk sgt sampai lenguh kaki aku.sib bwk auto.kalo manual dh lame aku stop tengah2 jalan tu.hee.dah la ngan lampu brek aku xde.tinggal lampu brek ke3 jek.mmg saje nk kena cium la kete aku tu.kalo org belakang xhati-hati.haish penuh dugaan hari ni.

mase nk pegi pagi tu lg kelakar nk mampus.dh elok2 sampai Nilai.boleh kitorang patah balik ke KL.huhu.sebenarnye kitorang dh salah jalan dr awal lg.tp aku sbg driver masih cuba mencari jalan kebenaran untuk penumpang2 aku tu.hee.tp masih menjumpai jalan kesesatan.so nk wat cam ne.layan kan je la.ngee.sib baik sampai ke destinasi yg di tuju.alhamdulillah.







*Encik otw ke Shah Alam now ;)

Friday, December 25, 2009

24/7 ;)

sepanjang harini aku duduk diumah bertemankan laptop aku ni.1hari suntuk aku berkurung dlm bilik.hee.aku turun makan kejap.then naik balik bilik.pas semayang jumaat td aku teman mak aku g beli barang jap.balik jek aku berkurung lg.sampai now ;) aku duduk kt bilik sebab aku leka tengok 2 cite ni.ye aku tau aku org paling last tengok cite2 ni.tp aku peduli ape.ngee.





SETEM.em mungkin xramai yg menonton cite ni.aku rase la.sebab cite ni xterlalu komersial berbanding cite2 lain.pada aku cite ni ok la.jalan cite nye xjauh beza ngan cite Baik Punye Cilok.sape tengok cite tu mesti dh dpt tgkp ape cite setem ni kn.tp yg aku teruja nk cite nye ialah penampilan Rashidi Ishak dlm cite ni.TEtibe lak aku TERminat lak kat dia.hee.aku minat gile rambut dia dlm cite ni.tu la rambut idaman aku untuk Encik aku.ngee ;)






PAPADOM.cite ni bessssssssstttttttttttttt sgt ;) 3 1/2 star la.ngee.jalan cite nye agak menarik.sebab kisah ayah dan anak kn.jarang jumpe cite cam ni.selalu byk fokus pd ibu.tp bila aku dh habis tengok baru aku perasan cite ni lebih kurang cite aku.hee.ayah aku keje di tempat yg sama ngan aku belaja.which is UiTM Shah Alam ;) tp ayah aku xla skodeng aku camtu.aku yg selalu skodeng ayah aku.hee.yela senang nak suruh dia jemput aku kt kolej bawak balik umah.huhu.

*cite2 ni sponsored by Encik. tq ;)

^ tagged by Farhana Anuar ^


1. Adakah anda suka blogging?
baru lg.so xtau suke ke x ;)
2. Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan.
akupipititu
ciknurulfarhana
aizahanisme
inikisahdia
3 . Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda?
Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapa kah orang itu?
of coz my Encik ;)
4 . Taken or single? Mana lebih bagus?
taken by Encik ;p
5 . Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
xdibalas aku sekeh jek org tu ;D
6 . Ciri-ciri bf idaman anda?Nyatakan 5.
tahan ngan perangai aku yg kdg2 "senoi".haha
7 . Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
next year umur aku brape eh? ;p
8 . Nak berapa anak?
nak 2 sahaja.1boy n 1girl :)
9 . 5 orang bertuah yang anda ingin tag :
tiada yg bertuah.hee
10 . D.O.B
7th Sept 1985
11. best present yg penah dpt?
rifqi ;))))
12 . gift yg di impikan..?
rifqi ;))))
13 . fav colour?
purple
14 . fav numbers?
7.
15 . best place yg ingin dijejaki?
semua place yg best.boleh? hee
16. rase bahagie bile.....
Encik disebelah sy dan sy disebelah Encik ;p
17 . fav movie.
bila hero nye ialah Encik.boleh?ngee
18. fav artist
kipas-susah-mati CT ;)

jingle bell. jingle bell. ;p


yeay.ho ho ho.merry christmas.
pd sesape yg celebrate christmas.merry christmas aku ucapkan.pd yg xsambut selamat bercuti.especially pd aku.hee.

Thursday, December 24, 2009

:: peace (^_^) ::

Title : Program 3P
Venue : Politeknik Shah Alam, Selangor
Date : 20/12/2009 until 11/01/2010
Feeling : HAPPY ;))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))


nape sy happy ngan program ni?adakah sebab dekat ngan umah sy?adakah sebab sy xperlu keje selama 3minggu?em atau mungkin sebab program tu hanya untuk Perempuan2 Paling Pintar mcm sy :p ye.salah semua nye.hee.tp sy happy sebab ini ;))



ye.sebab Encik ni.Encik ni yg akan mengikuti Program 3P itu.program berkaitan microsoft & komputer la.aku pun xtau details sgt.sebab aku xberminat nk amik tau.yg aku berminat nk amik tau.DIA DISINI SELAMA 3MINGGU UNTUK BERDATING NGAN AKU HARI2.diulangi HARI2.haha.poyo tul.




~so selamat berdating ZaaraRifqi ;)

+ Nurul Farhana binti Anuar +


credit to her ;) *nanti tlg lg eh ;p

** aku mahu **

ye.aku mahu.mahu ape?



PERGI DINNER !!!!


arghhh.nape korang(HR) x invite aku wei.sampai hati korang x hantar invitation kt aku kan.ke korang lupe emel aku.meh2 sini aku bg.shazrina.sh la emel aku.eee benci tau korang ni.xsuke.xsuke.xsuke.


sebenarnye HR kitorang ade wat dinner for region selangor pd 09/01/2010 @ PWTC.but only for selected staff only.masalah nye name aku xtersenarai.ee benci.aku sendiri xtau macamana dorang wat pemilihan staff untuk attend dinner tu nanti.dengki la dorang ni ngan aku.dorang takut la tu aku akan overshadow dorang untuk best dress nanti.huhu.


aku nak sgt pegi dinner tu sebabbbbbbb...........



emmm cam kenal la kan dia ni..



yeaaaa.dia adalah....



DATUK SITI NURHALIZA ;)



so korang tlg eh letak nama aku [erk closed date nye harini :'( ]







*ye .aku mmg minat dia.ada masalah?

Tuesday, December 22, 2009

:: begin ::

oke.oleh kerana aku baru dalam bidang blogging2 ni.aku harap ada yang sudi membantu aku untuk lebih faham dan pandai untuk berblogging ini.terutama pada FARHANA ANUAR & CIK PIPIT ye.diulangi FARHANA ANUAR & CIK PIPIT ;)

so kalau ada kekurangan di mana2 hope semua dpt membantu ye.dan kalau cara penyampaian aku sama atau seakan2 dengan sesiapa aku mohon maaf terlebih dahulu.tiada niat untuk meniru sesiapa.hanya mengikut kata hati aku.

~ menakjubkan ~

venue : mc D section 3 shah alam
date : 22nd of December 2009
time : almost 8 o'clock

cyg : ok.now u tulis la pe u nk tulis.
aku : ???
cyg : ye.u leh tulis blog u sendiri.
aku : btul?thnx cyggg ;p


so gud luck ZaaraRifqi.