Sunday, August 22, 2010

Sime Darby Convention Centre

Hari jumaat yang lepas, office aku ada membuat majlis berbuka puasa. Kami pergi booking tempat dekat Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Best tempat ni, besar, cantik, makanan pun sedap-sedap. Tapi yang tak berapa nak best sangat tu masa nak pergi ke tempat ni dari office aku kat Subang Jaya tu. Jammed nya nauzubillah.hehe.

*imej ihsan google
Nasib baik daripada pagi memang aku tak drive pergi office. Pagi aku tumpang si Fadilah Omar. Petang pulak aku tumpang si Kak Mah.huhu. Semua orang merungut kenapa pilih tempat ni. Aku sebagai salah seorang committee pun takde jawapan untuk soalan tu. Sebab yang meng-arrange-kan semua ni bukan aku. Ada kakak committee sorang ni yang memang suka buat keje sendiri-sendiri yang uruskan. Menyampah!!

Tapi pendek kata memang berbaloi la berbuka dekat sini. Harga buffet yang kami dapat hanya la RM45 per pax. Sape-sape berminat boleh la cuba pergi sana.