Thursday, April 21, 2011

Kontroversi....


Maaf ye, kualiti gambar agak kurang sebab ni amik guna hp dan dihantar melalui MMS oleh cik Mek pagi tadi ;)

Ini merupakan gambar attendance kat office aku untuk hari apa aku tak pasti. Mungkin semalam, mungkin kelmarin. Nama-nama diatas line merah tu adalah nama-nama orang yang hadir pada hari berkenaan. Bagi yang dibawah pula untuk orang yang datang lambat, AL, MC, EL dan sebagai nya.

Seperti dalam gambar, Bazilah AL. Maksud nya Bazilah ni cuti pada hari itu. Faizal pula kosong. Takde tulis apa-apa. Maksud nya status si Faizal ni belum tahu lagi. MC ke EL ke apa ke. Tapi kalau korang nampak Faizal dah sign in bawah nama aku tu. Pukul 905am. Maksud nya dia lambat hari itu.

Apa yang aku nak tekan kan sebenar nya ialah nama aku. Shah Azrina - MATERNITY!!!!!

Ngek kao!! aku "marriage leave" la. Sejak bila pula aku pregnant?? Siot betul. Kalau korang nak tau ini tulisan Cik Inrom yang sangat pandai itu ye!! huh..camne leh jadi bos ni -__-'

Cik Mek anta MMS gambar ni siap kata-kata ni :

Chah tahniah kau sampai hati ko xbgtau ktaorang kau pregnant.kau bgtau bos jek.haha

Aku reply balik : hahahaha ngek bos kau tu! ;)

Tak lama tu kak zai pulak anta SMS yang berbunyi :

Cha, tahniah! Akhirnya berjaya tp sampai hati tak kasi tau :'( (siap icon nangis tu..hahaha)

SMS kak zai ni aku tak reply sebab aku sibuk nak masak ;p

Hahaha kelakar bos aku ni. Agak nya dia rasa lama sangat kot aku cuti. Sebab tu dia terasa macam aku ni maternity. Takpe la bos. Doa-doakan la ye ;)