Tuesday, July 6, 2010

Semoga semua nya pulih..

Pheww!! berapa abad dah aku tak update2 blog aku ni. Rasa macam orang takde blog pulak.hehe. Anyway hari ni pun bukan nak cerita sangat pun sebenarnya.haha. Sekadar melawat dan meninggalkan secebis "repekan-repekan" (ada ke word ni eh? ;p)

Aktiviti aku sepanjang ketiadaan entry2 kat blog ni takde apa sangat pun. Macam yang pernah aku tulis sebelum ni yang aku sedang dalam proses penyelenggaraan muka aku. Setakat ni semua bergerak lancar. Alhamdulillah ada sedikit perubahan kat muka aku ni. Pada aku sedikit la sebab aku tak nak la cakap banyak, nanti orang kata perasan pulak ;)

Apa-apa pun aku tetap akan teruskan penyelenggaraan muka aku ni. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati aku. Sebenarnya aku target muka aku ni baik sebelum raya ni. Jadi cantik la sikit muka aku raya ni.hehe. Mudah-mudahan la kan. Aminnn...