Friday, February 25, 2011

Ber-bulu-an!!

Makin panas hati dengan kao la Boss!!

Eeeee sangat berbulu!!

Meluat!!

Asik jaga periuk nasi sendiri. Menganiaya staff.

Monday, February 21, 2011

Khas untuk mu ;)

Ini blog aku punya. Nama aku as stated above ; ZaaraRifqi. So jangan nak mem-pukimak-kan nama aku pulak kalau kao tak kenal sape aku. Memang betul ZaaraRifqi tu bukan nama sebenar aku. Tapi nama tu ialah nama yang aku bawak bila aku berada di alam blogging. Kalau kao rasa kao tak kenal aku sape kao boleh blah!

Aku takda sebut langsung apa-apa yang berkaitan dengan kao. Nama kao, IC kao, alamat kao, group kao, kao ahli kelab apa, kao penaung badan kebajikan mana. Semua benda aku tak pernah sebut tau. Kenapa kao nak kata yang blog aku ni akan memalukan nama busuk group kao tu?

Untuk pengetahuan kao, blog aku ni takde la famous mana pun sampai semua orang nak membaca nya. Kalau ada pun setakat 2,3orang jek. Dan yang 2,3orang tu pun kaum kerabat diraja aku juga. Dengan dorang aku boleh explain la apa yang jadi. Kao nak aku explain pasal perangai busuk kao pun aku boleh explain tau.

Dan untuk pengetahuan kao juga, semua ahli group mulia kao tu tak pernah tahu langsung yang aku ni seorang blogger. Jadi nya ahli-ahli kelab exclusive kao tu takde sorang pun yang pernah jengah blog aku ni. Jangan la kao takut apa yang aku tulis ni sampai kat pengetahuan sape-sape. Ops lupa, sorang ahli kao tau blog aku ni. Tu pun sebab dia orang kanan aku.

Sebenar nya aku memang saja tulis entry ni. Sebab aku tau kao akan bukak lagi blog aku ni. Sebab kao nak canang kat semua orang yang aku ni buruk kan nama busuk group kao kan? Cakap la. Sebar kan la. Glamour sikit blog aku ni. Pastu jangan lupa klik nuffnang aku. Bertambah duit nuffnang aku. Kayo aku wei. HAHA!

Kao boleh cari dari 1st entry aku sampai yang ni. Penah ke aku sebut nama group Kelab tuttt tettt tottt kao tu.. Silakan ye. Semoga kao tertarik dengan blog aku dan akan terus mem-follow blog aku. Selamat datang ;)














** Encik Boipren pun takde entry khas untuk dia tau. Hebat kao sebab aku buat entry khas untuk kao!!!

Sunday, February 20, 2011

Sunday Sole2 ;)

Hari ni aktiviti mengemas bilik. Satu bilik aku bersihkan dengan adik aku. Penat gila tapi puas hati sebab petang nya kami pergi meng-hadiah-kan diri kami dengan Beef & Chicken Prosperity Burger kat McD ;)

Disamping tu juga kami hadiah kan mata kami dengan melihat dua makhluk ciptaan Allah yang sangat CANTIK & HENSEM ni ;p

Guysss!!! Kitorang pegi tengok LISA SURIHANI + SHAHEIZY SAM der....hehe

What a great sunday la for me sebab dapat tengok mereka ni secara live walaupun terpaksa bersesak dengan ramai orang. Satu aktiviti yang aku tak pernah suka. Tapi demi mereka aku pergi juga. weee~



Banyak lagi gambar dorang aku amik. Tapi guna nokia je la. Aku tak bawak makcik nikon sebab ingat kan confirm tak dapat tengok. Menyesal pun ada. huhu..












cotcet : aku tak tau kenapa aku susah sangat nak upload gambar. kadang-kadang bukan nya size besar sangat pun. Ada sape2 sudi tolong masalah saya? ;))

Thursday, February 17, 2011

work






NAK BERHENTI KERJA!!!!!!!
SERIOUSLY!!!!!
SUDAH TIDAK TERTAHAN!!!!!





*anybody can help me???plisshhhhh :'(

Wednesday, February 16, 2011

PDRM the Haprak~

Wondering!!
Aku ni memang ditakdirkan akan selalu ada masalah dengan polis ke eh?
Ermmm~

Pagi tadi sekali lagi aku ada masalah dengan polis.
Hari ni aku masih cuti untuk settle kan kereta aku tu.
Pagi2 aku pergi balai polis section 11 tempat aku report dulu.
Untuk amik salinan report nak pegi claim insurance nak repair kereta aku tu.
Tup-tup dah pindah pulak section 9. Nasib baik polis tu bagi aku direction untuk pergi sana.
Kalau tak memang aku balik rumah balik.huhu~

Sampai jek kat balai tu, aku tanya polis yang jaga pondok depan tu.
"Encik, nak amik salinan report accident kat mana eh?" aku tanya.
"Yang pintu kaca tu. ikut jek orang depan ni" polis tu cakap.
Aku pun masuk kat pintu kaca yang di bagitau tadi. Tanya la kat polis trafik yang tengah amik report tu.

"Oh yang tu sebelah sana cik. Yang pintu kaca tulis semak saman tu" polis trafik tu jawab.
Masa ni aku dah mula panas hati sebab polis kat pondok tu dah bagi salah direction kat aku.
Masuk jek tempat semak saman tu, aku tercegat macam patung sebab takde sapa aku nak tanya.
Hey!! mana pergi pekerja-pekerja polis yang sangat PERAJIN tu eh...grrr~

Kaunter yang sepatutnya aku pergi tu tutup sebab sistem offline.WT??
Tu pun akak yang kaunter saman tu tolong jawabkan.
Sebelum aku tanya kat kakak tu, ada sorang staff TUA tu. Aku berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku, dia boleh buat BODOH ayam dia jek.
Sikit pun tak pandang aku.
At least tanya la "ada apa-apa boleh saya bantu?"
Ini harammmmmm~

Bila kakak kaunter saman tu dah takde customer, aku tanya balik macam mana aku nak dapat kan salinan report aku.
Dia jawab camni "sistem nya offline,dik. Dia pesan kat akak tadi. Sekarang dia pegi jumpa pegawai dulu. Adik kena tunggu la"

Emosi tak stabil ke apa akak ni. Nak suruh aku tunggu lak.
Di buat nya satu hari sistem offline? Tak ke jadi polis terus aku duk situ. HAHA!

Tapi memang la sistem polis ni memang hancussss la.
Baik dari segi sistem elektronik sampai la ke staff.
Staff semua bajet hot, bajet bagus jek.
Mentang-mentang nama jawatan kao polis, kao ingat semua orang akan respect kao?!

Untuk pengetahuan kao polis-polis se Malaya, aku TAK PENAH respect kao orang-kao orang ni tau!!!
HAHA!
Sebab aku tak rasa kao orang ni bagus!
Semua macam apeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee jek!!

Monday, February 7, 2011

SJN 121654 ABD WAHID DIKON

HAHA!
Caps Lock lagi nama ko jantan!!

Aku memang bengang gila dengan jantan ni. Oppsss sebelum aku cerita panjang, ada sape-sape kenal dia ni? Anak si Dikon ni? *dah macam brand kamera Encik..Nikon D90 & D60;) Kalau korang kenal bagus la.. Oh sedara kao? So ada aku kesahhhhh?!! HAHA!

Ok cerita dia macam ni. 31/01/2011 hari tu kereta aku kena langgar dari belakang. Yang ni aku dah cerita dalam entry yang lepas. So masa aku pergi report yang amik case aku ni ialah jantan ni la. Masa amik keterangan tu pun jantan ni dah macam salah kan aku jek. Tapi disebabkan pakcik yang langgar aku tak buat report lagi, so polis ni cakap kena tunggu orang tu buat report baru tau sape salah sape betul.

Nak di jadikan cerita pagi tadi jantan ni call aku untuk datang balai buat rumusan report aku tu. Lepas kerja tadi aku-Encik pun pergi balai jumpa jantan ni. Jantan ni memang sangat kurang ajar la. Cakap kasar gila. Main kau-aku jek.

Dia cakap dalam kes ni aku yang salah. So dia suruh aku sign saman tu, tapi Encik tak puas hati. So macam-macam la Encik argue dengan jantan ni. Jantan ni dengan bongkak tahap maxima punya cakap "kalau kao tak puas hati jumpa kat court lah. Kao hire lawyer then fight kat court. Kat court sape-sape saksi kao boleh cakap".

Yang Encik pulak memang bengang gila la bila dia cakap macam tu. Encik cakap macam-macam. Pastu jantan tu cakap kat Encik;

"kao bodoh. kao tak tau apa cerita masa kat situ. kao takde masa kejadian. so kao diam"

Pergh!! bedesing telinga kitorang dengar. Encik pun panas hati la. Encik cakap kenapa kata dia bodoh? Jantan tu cakap;

"aku cakap kao bodoh. aku pun bodoh. sebab takde kat tempat kejadian dan tak tau cerita sebenar"

Nampak tak dia start nak pusing cerita. Last-last kitorang bengang terus blah je la dari situ. Tapi aku sign juga la saman tu. Sebab malas nak kecoh-kecoh. Tapi lepas tu Encik call abang sedara dia kalau tak silap untuk bagitahu kejadian tu. Abang sedara dia ni Ketua Polis Trafik Bukit Aman. Menurut kata Encik la. So aku pun tak tau sangat apa yang jadi, apa abang sedara tu bagitau Encik, kita tunggu la esok. Dengar cerita daripada Encik ;D

Eeee memang bengang gila la. Bukan apa, jantan tu ada sebut "aku tak kenal kao, so apa aku dapat kalau sebelah kan kao?" so nampak tak dia sendiri declare yang dia tak kenal kitorang, macamana seseorang yang tak kenal kita boleh bercakap dengan kita kau-aku jek.

Pada aku kalau kau-aku tu digunakan untuk kawan rapat,family, kan? Ini orang yang kita tak kenal. POLIS pulak tu. Macam tu ke yang dikatakan MESRA tu? Hey!! Campak je la tagline korang tu. MESRA konon..HAKTUIH!!!!!

So lepas ni kalau ada sape-sape accident area Shah Alam dan buat report dekat Balai Polis Section 11, tolong la jangan berurusan dengan anak si Dikon ni. Memang kurang ajar!!

Friday, February 4, 2011

Yeay! Gong Xi Gong Xi

Yeay!! Bangga betul aku sebab dapat meng-edit blog aku sendiri. *clap clap clap ;)

Yela selalu asik suruh Cik Farhana jek buat kan. Kali ni aku godek sendiri. Mungkin ada yang tak betul sana sini tapi takpe, percubaan pertama. Lepas ni aku nak godek lebih banyak lagi. Sebab aku nak manfaat kan cuti 4hari aku ni betul-betul. Daripada aku merambu,berjimba entah ke mana, baik aku godek macam-macam benda. Untuk diri aku juga kan. *ni ayat orang boring and frust tak dapat jalan-jalan masa cuti panjang =.='

Oke. Aku nak sambung sesi meng-godek aku. Nanti kalau ada apa-apa aku bagitau kamu semua ye.ngee~










**tajuk memang takde kaitan dengan entry ;D

Thursday, February 3, 2011

Pre-loved Item to sale

Yes..pre-loved item to sale.

Sebenar nya aku dah lama simpan kasut-kasut ni. Tadi aku kemas almari kasut aku lepas tu aku belek kasut-kasut ni, masih dalam keadaan yang baik. Yelah beli mahal-mahal, pakai nya sekali dua jek. Haishhh satu pembaziran.

Ok ni kasut yang pertama.



Brand : CarloRino
Size : 7
Harga untuk di jual : RM60
Condition : Baru 2kali pakai. Beli semata-mata untuk pakai pergi interview gov kat Putrajaya. 2kali dapat interview, 2kali juga la pakai kasut ni ;) Masih nampak cantik sebab pakai untuk masuk interview saja. Keluar bilik terus pakai selipar.heee

Yang ni kasut kedua.



Brand : Primavera
Size : sebenar nya 7 tapi orang size 8 pun muat ni.
Harga untuk di jual : RM80
Condition : Pakai sekali sahaja. Masih baru sebab pakai hanya sekali. Beli semata-mata untuk pergi grooming class masa masuk Maybank dulu. Semua orang sibuk suruh pakai kasut bertutup, jadi nya terkengkang-kengkang aku pakai sebab kasut agak besar untuk kaki aku. Kasut ni mak-ayah aku beli kan.








So kalau ada sesiapa berminat untuk beli boleh bagitau aku ye. Mana tau nak beli untuk pakai pergi interview juga.hehe.

Tuesday, February 1, 2011

Tragedi January

Penghujung bulan yang sangat sedih :(

Semalam masa aku balik dari tempat kerja, kereta aku di sondol daripada belakang. Aku pun tak berapa pasti siapa salah siapa betul. Tapi sebagai tuan empunya badan mesti la aku cakap aku betul kan.

Aku turun dari susur Subang Jaya masuk ke Federal Highway. Lepas tu aku nak menghimpit ke kanan sebab nak masuk lorong Smart Tag. Aku masuk perlahan-lahan sebab kereta agak banyak. Slow jek aku menyusur ke kanan, tiba-tiba BAMMMMM!!! kereta aku kena langgar. Benci gile -__-'

Lepas kena langgar aku terus bagi signal ke kiri untuk berhenti dan lihat kerosakan kereta aku. Kereta yang langgar aku tu pun ikut ke tepi. Masa berhenti tu aku terus seluk handbag capai hand-phone call Encik Boipren. Biasa la kan bila call Encik masa sedang bermasalah ni mesti la airmata tu berbaldi-baldi kan ^__^ Tapi semalam aku tak berapa nak nangis pun. Aku control jek sebab malu dengan orang sekeliling ;)

Ni la keadaan kereta aku. Kesian kan. Hilang dara sudah :(




Kereta yang langgar aku tu di naiki sepasang suami-isteri. Teruk juga kereta pakcik tu. Lampu depan belah kiri dia hancur sampai pintu (penumpang depan belah kiri) tak boleh nak buka. Pakcik tu turun dan suruh aku report. Dia amik no plat kereta aku dan aku amik no plat kereta dia.

Masa tu Encik dah on the way ke tempat kejadian. Tapi aku call balik cakap tak payah. Then aku bagi pakcik tu cakap dengan Encik, Encik mintak claim insurans pakcik tu. Dia kata ok, memang dia yang salah. So aku pun terus balik sebab Encik tunggu aku kat rumah jek.

Sampai rumah bila aku bagitau mak aku lagi sekali aku nak nangis.hee. Tapi aku tak jadi nangis sebab aku rasa mak aku tak kan marah aku so kenapa aku mesti nangis kan ;) Lepas aku siap-siap semua aku dan Encik pun terus pergi Balai Polis untuk buat report.

Masa accident tu, pakcik tu cakap kena report dekat Balai Polis Petaling Jaya sebab lokasi kejadian masih dalam kawasan PJ. Jadi aku-Encik pergi la mencari Balai Polis Petaling Jaya. Sampai sana polis tu cakap kena buat report kat Shah Alam sebab lokasi tu dah masuk kawasan Shah Alam. WTF =.='

Bekejar la pulak kami ke Shah Alam. Sampai sana orang ramai juga. Dalam pukul 930mlm baru aku dapat buat report. Lepas tu jumpa Sarjan Wahid untuk keterangan lanjut, tengok kereta dan selesai. Lebih kurang pukul 1020mlm juga la baru aku sampai rumah. Kesian Encik penat meneman kan aku. Tapi nasib baik Encik ada kat Shah Alam. Kalau tak siapa yang aku nak harap kan *sigh.

Terima kasih Cayang sebab tolong semalam. Penat-lapar-mengantuk semua ada ;)







cotcet : polis yang amik report aku tu nama dia Mohd Shahrul. Ni cawangan Shah Alam. Sangat kurang ajar. Ada tanya kat aku kilometer berapa. Mana la aku nak tau KM berapa. Pastu dia cakap kat border ada tulis. Kao ingat bila dah accident macam tu sempat kao nak perhati semua benda sekeliling?sempat kao nak belek border jalan tu tengok KM berapa?bengong!!