Tuesday, April 20, 2010

take care..

al-fatihah buat ahmad syafiq bin yusof & Achik (spin)

seperti semua sedia maklum industri hiburan baru jek kehilangan seorang penyanyi iaitu Achik dari kumpulan spin.jujur aku cakap aku tak lah meminati achik ni.tp aku kenal la juga yang mana achik ni,sebahagian lagu beliau terutama duet dengan Siti Nurdiana.pada aku achik ni bagus juga.ada usaha untuk maju kan diri nya dlm bidang nyanyian.masa aku baca paper ada tulis yang arwah mempunyai bisnes kat Johor.*cik pipit jom kita g johor tgk bisnes apa dia wat ;) alhamdulillah la.arwah berusaha untuk berniaga walaupun beliau tak sempat melihat bisnes nya sangat-sangat maju.semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya.aminn.

selepas aku dengar berita kehilangan achik spin, pagi tadi pulak aku dengar tentang kehilangan sahabat adik aku.juga meninggal akibat kemalangan.usia nya masih muda, baru 23tahun.aku pernah beberapa kali jek jumpa arwah.kereta ayah aku yang dilanggar orang tu arwah lah yang uruskan.tapi tak sempat uruskan sampai habis arwah pergi buat selamanya.

petang tadi mak aku cerita pasal kemalangan yang menimpa arwah.aku jadi sebak.tak tau kenapa.mungkin sebab aku pernah jumpa arwah dan selalu nama nya disebut oleh adik aku.jadi bila aku dengar cerita mak aku tadi aku sebak.aku boleh bayangkan suasana pada masa itu.

sekarang aku jadi sangat risau bila Encik cakap nak keluar ke mana-mana.aku akan pastikan Encik bagitahu bila nak keluar,pegi mana,dengan siapa dan lain-lain lagi.bila Encik lambat sikit mesej aku dah jadi sangat risau.aku dah terbayang macam-macam.astaghfirullahalazim.nauzubillah.

pada semua ;

jaga diri elok-elok ye.bawak kereta atau motor tu hati-hati.jangan laju,ikut kelajuan yang dah ditetapkan.pakai safety belt depan atau belakang.saya sayang anda semua ;)


Encik, i love you so much.take care.