Sunday, January 30, 2011

A busy week

Fuhhh what a busy week!! Memang minggu ni aku busy giler! Giler pun tak busy macam aku kot. Sebab dia giler kan -__-'

Kerja kat office tak payah cerita la. Melambak tak habis-habis. Aku pun tak tau bila aku akan dapat habis kan semua file-file tu. Aku macam nak putar balik masa jadi masa dulu time aku takde kerja langsung. File pun ada 1 jek aku nak setel kan.

Sekarang aku dah ada 2 orang officer. Dulu aku cuma ada Kak Nadia jek. Sekarang aku dah ada Abang Jejai..ngeee~ Nama dia Jai jek. Kitorang jek yang gatal panggil dia Jejai. Dia nampak serabut sikit. Baru hari pertama dah cuba nak bawak pembaharuan untuk kerja aku. Jadi nya dah tentu la ideologi (ceit ;p) beliau tu tak akan di terima.hehe. Sebab prinsip dept aku "kao datang tempat aku, kao ikut cara aku" HAHA!

Bukan apa, aku dah biasa buat kerja ikut apa yang sudah di praktik kan terlebih dulu. Jadi bila dia cuba nak tukar sana sini, aku jadi tak berapa berkenan. Sebab itu akan melambatkan kerja aku. Aku akan jadi terkial-kial nak absorb benda baru tu.hehe.

Setakat ni Jejai boleh terima lagi bila semua buah fikiran dia di tolak mentah-mentah oleh kami.hehe. Aku yakin satu hari nanti Jejai mesti akan bengang dengan kami.HAHA! Takpe lah slow-slow la. Bukan semua idea dia aku akan tolak, mungkin akan ada yang akan digunakan. Tapi bukan sekarang la kot. Sebab sekarang aku belum cukup kuat untuk melayan kerenah kedua-dua officer aku ni. Pening tau layan diorang ni. Nak fax kertas sekeping pun nak suruh aku. Suruh nya pagi tapi petang baru aku dapat fax. Itu kira untung la aku fax hari yang sama. Kadang-kadang esok lusa pun belum tentu aku dapat fax. Tau kenapa? Sebab aku lupa.HAHA!

Selain kerja aku juga sibuk melayan kerenah Encik Boipren ni. Nak ajak jumpa la nak ajak tengok wayang la. tu kerenah aku sebenar nya ;) Tapi seronok la bila dah dekat ni. Hari-hari boleh jumpa. Tapi kami tak jumpa hari-hari pun. Sebab aku selalu balik kerja lambat :(

Hari ni kami pergi amik kad...ngee~ kad sudah siap ye. Sape yang nak kad kami boleh tinggal kan alamat kat Facebook atau blog ni. Nanti aku pos kan. Ceit!ramai ke pembaca blog aku ni -_-'

Ok la. Hari sudah malam. Aku pun dah letih. Selsema macam dah nak start jadi kawan baik aku. Huh benci! Mintak-mintak la selsema ni akan menjauhi aku esok. Aminnn.

Good Nite people ^__^v