Friday, November 26, 2010

RM1.10

Semakin hari semakin aku tak faham dengan IQ masyarakat kat Malaysia terchenta ni.. Naik tension aku di buat nya. Macam ni..

Setiap hari aku pergi dan balik kerja, aku akan lalu tol Batu Tiga, Shah Alam. Yang RM1.10 tu. Aku ni salah seorang pengguna Smart Tag. Masa pagi aku tak berapa kisah sangat dengan pengguna-pengguna lain Smart Tag ni. Tapi bila masa balik aku cakap kauuuu... Nauzubillah... Lorong khas Smart Tag ada 3 lane jek. Tapi line kereta untuk masuk kat Smart Tag korang tau berapa? 5 line oke!!!

Panas hati betul.. Nak masuk Smart Tag yang dah tentu-tentu laju tu pun nak rebut-rebut.. Tak paham la akak dik oiii... Korang dapat apa kalau korang orang 1st masuk lane tu? Kat depan tu ada orang tunggu bagi hadiah RM1juta ke? Eeee tak paham betul aku.. Line kat Smart Tag lagi panjang dari line kat Tunai.. Camano tu??!

Aku harap sangat mentalilty rakyat Malaysia ni dapat di ubah.. Jangan suka berebut-rebut. Jangan asyik nak duduk depan jek. Kadang-kadang boleh merbahaya kan tau. Kalau setakat effect kat diri kau sorang jek takpe. Kalau dah libatkan orang lain. Hah tak pasal jek..