Saturday, March 20, 2010

WFA 1008 !!!

harini ada cerita sedih sikit yang terjadi ke atas family aku.kereta ayah aku telah di langgar dari belakang oleh sebuah kereta proton satria hijau gelap bernombor WFA1008.kejadian berlaku di Jalan Subang/Monfort.di persimpangan besar menuju ke Giant section 13 dan menuju ke TTDI.memang teruk la perempuan tu.dah tau jalan sempit masih nak menujah kepala kereta dia.ingat kereta dia tahan kemek ke kalau berlanggar.eee sakit hati betul.bila ayah aku suruh dia keluar dia takut.last2 terus blah menuju ke TTDI.bengang gila la kami tadi.kami dari arah shah alam menuju ke sungai buloh.dia dari arah shah alam menuju ke TTDI.sedikit teruk la kereta kami.kereta dia pun pecah la lampu belah kiri dia.




ini lah kecederaan kereta ayah aku.selepas di hentam kereta tahan kemek tu bumper kereta ayah aku ni remuk ke dalam.tak boleh jalan kereta masa tu.lepas tu ayah aku tarik keluar bumper nya baru boleh bergerak.tapi bila membelok bumper tu bergesel dengan tayar.ngeri jugak bunyi nya.huhu.terus lah kami ke balai untuk membuat laporan polis.

masa kat balai pulak polis yang mengambil keterangan tu sempat lagi melencong2 cerita nya.mula2 elok la ambik keterangan dari ayah aku.masa tu aku duduk sebelah ayah untuk membantu ayah aku kalau ada apa-apa.tiba-tiba polis tu suruh aku yang taip sendiri keterangan tu.aku cakap takpe,encik je la yang buat.dia pun sambung la menaip.tiba-tiba lagi dia tanya keje mana?ayah yang tolong jawabkan.lepas tu dia cakap lagi."em ni kita ni mesti sebaya ni.umur berapa?" aku dah buat muka dah.aku jawab jek '85."em dah agak dah" kata polis tu.aku pun pelik la.kalau sama pun apa masalah nya.haish.

lepas dah print statement tu sempat lagi tanya aku "bila nak makan nasi minyak?" haish aku dah tarik muka paling poyo dah masa tu.nasib baik ayah aku jawabkan "eh kamu dulu la".dengan pantas nya polis tu jawab "em tak kot.saya baru lepas clash" haha aku terus menjarak kan diri aku.takut untuk mendengar ayat-ayat seterusnya ;) ayah aku pun terus jek bangun dan beredar dari situ.hee.

macam-macam ragam manusia kita boleh jumpa kan.masa kat balai tadi pun ada terjumpa sepasang suami isteri ni.pun baru lepas accident.si suami dengan ramah bertanya pada mak aku kenapa kami datang ke balai.mak aku pun bercerita serba ringkas.si isteri nya pula memandang kami tak ubah macam kami yang melanggar kereta mereka.gerun betul.terus kami mendiamkan diri.takut dengan renungan ibu mengandung itu ;p

em tu la dunia jalanraya.bila kita berhati-hati memandu oranglain pula tak berhati-hati.dengan tanpa bersalah melanggar kereta orang dan terus lari.memang aku geram gila la dengan perempuan tu.aku akan cuba juga mencari pemilik kereta tu.setakat ni adik aku ada usha2 line kat kawan-kawan nya.adik laki aku tu ramai kenal orang.so dia boleh la tolong cari kereta tu.dia pun rajin gak melepak kat TTDI tu.nasib la kalu terjumpa kereta tu.

kepada pemilik kereta WFA1008,berhati-hati la anda di jalanraya sekarang ni.WSL6070 akan merayau di TTDI untuk mencari anda.tak lupa juga BJW1458 sedang memerhati kan anda.haha.tolong lah bertanggungjawab dengan apa yang anda dah lakukan pada jam 250ptg tadi.jangan lah memandu macam jalan ni BAPAK kao punya!!