Sunday, January 2, 2011

Cerita dulu-dulu


Masa aku leka meng-hadap blog si ZackZukhairi tu aku dapat ilham nak update apa kat blog aku ni ;) Aku nak share dengan korang semua pasal kisah aku masa sekolah dulu.

Oke kita start masa aku masuk tadika eh. Oh sebelum tu, aku akan cerita secara ringkas saja. Dan hanya cerita-cerita yang agak best menarik jek aku akan cerita ;)

Aku start masuk tadika masa umur aku 6tahun. Aku tak macam oranglain yang masuk tadika umur 4,5tahun. Pagi aku tadika kemas. Belakang rumah jek. Petang pulak aku tadika agama. Depan rumah pulak.hehe. Antara banyak-banyak peristiwa yang berlaku masa tu, satu yang paling aku ingat. Aku tak suka lambat sampai sekolah. Baik kan ^_^ Bila aku sampai kat sekolah, kalau aku tengok semua dah masuk aku akan jerit sekuat hati "taknak pegi sekolah.orang dah masuk.orang dah masuk" ;p Dulu emak yang hantar aku pegi sekolah. Bila aku dah menangis macam orang mati laki aku akan tarik-tarik kain mak sampai terlucut. Tak.itu tipu o.0

Keadaan aku tu tak berhenti sampai situ jek. Bila dah naik darjah 1 pun sama. Nasib baik naik darjah 2 aku dah oke ^___^ Sampai sekarang bila cerita-cerita sesama family aku, benda ni akan di bahan kan.huhu. Sot-ba-ro je la ;p


*gambar ambik kat FB. kawan yang tagged ;)


Oke pengalaman darjah 1 pulak.

Masa darjah 1 aku di masuk kan ke kelas 1 Cermai kalau tak salah. Aku punya cikgu kelas nama nya aku tak berapa nak ingat la. Tapi dah tua juga la masa tu. Cikgu ni kan garang nya mak aii..takut.. Aku pulak di lantik sebagai ketua kelas. Ceit tak semenggah langsung ;p Penolong pulak jiran aku, Ira nama nya.

Cikgu kelas aku ni kan satu tebiat dia kan suka sangat menarik telinga capang kitorang. Pernah sampai berkudis la telinga aku dengan si Ira ni kena tarik. Bila kelas bising cikgu tu akan marah kitorang sebab tak jaga budak-budak tu. Macamana nak jaga kalau kitorang pun sekali bising.LOL.

Bila balik rumah aku selalu mengadu dengan mak aku pasal cikgu tu. Rupanya Ira pun sama. At last mak bapak kitorang decide suruh letak jawatan sebagai ketua dan penolong kelas tu. Kitorang pun bagitau cikgu dan cikgu terima keputusan kami dengan redha ^__^

Oke darjah 5 pulak.

Masa ni aku masuk kelas 5Limau. Cikgu kelas lelaki. Cikgu Mohamad nama nya. Perangai cikgu ni pun sama macam cikgu darjah 1 aku. Suka mendera pelajar =.=' Cikgu Mohamad ni suka menarik sideburn pelajar lelaki. Kalau perempuan pulak dia akan tarik hidung. Tarik bukan sebarang tarik der. Tarik sampai kau menjerit la. Hidung kau merah tak payah cakap la. Macam hidung babi apa entah.

Aku pernah kena sekali. Masa tu aku tak siapkan lukisan aku. Yela aku tak pandai minat melukis. Macamana aku nak buat kerja rumah tangga tu. Last-last kena tarik hidung sampai merah hidung aku. Sakit gile kot.

Lagi satu yang aku ingat pasal cikgu ni, aku dan beberapa pelajar lain pernah kena denda jalan itik pusing-pusing dalam kelas. Pasal apa kena denda tu aku tak ingat la. Tapi malu juga la kena denda macam tu ^_^

Oke ni masa tingkatan 2 pulak.

Aku dan beberapa rakan pernah kena denda jalan itik juga. Sebab failed ujian bulanan subjek Geografi. WTF. Aku memang tak suka subjek tu. Bila masa ujian tak pernah study betul-betul. At last failed. Bawah 20markah tu aku dapat masa tu.hehe. Kena denda jalan itik dari hujung corridor kanan sampai corridor kiri. Umangaih..malu eh toksah cakap la.bahahaha.

Oke ni masa tingkatan 5 pulak.

Yang ni ringkas je eh. Kami pelajar perempuan telah melancarkan hari Anti-Lelaki ^____^ Masa tu kitotang pelajar perempuan ni bergaduh dengan pelajar lelaki. Punca nya berbalah tentang satu isu ni. Aku pun dah lupa dah isu apa. Terus gaduh sampai tak bertegur beberapa hari. Kan best kalau aku ingat tarikh tu kan. Tapi somewhere in October la kalau tak silap. Memang lawak la. Sampai kelas sebelah tahu, cikgu BM tahu.hehe

Oke. Cukup la kot buat masa ni. Sebenar nya banyak lagi kenangan masa sekolah dulu. Tapi yang ni antara paling aku ingat la. Nanti aku sambung lagi eh. Cerita pasal C.I.N.T.A masa sekolah pulak ;D

Hari kedua 2011

Sepanjang hari ni aku takde aktiviti langsung. Kalau ada pun sekadar buat benda alah ni je la ;)

Menolong puan emak buat bunga penanggah *walaupun saya akan guna kan catering tapi puan emak masih ingin memberikan jiran tetangga sedikit cenderahati. Sebagai tanda ingatan kata nya. Aku ikut kan je lah ^__^

Yang bunga bawah ni pulak untuk decoration hantaran. Sweet kan? Colour pink lagi ;D


Lepas setel buat semua benda tu, aku pun naik bilik start mengadap laptop. Aku jalan-jalan kat blog orang. Entah sapa-sapa punya blog entah, aku bedal jek.hehe. Last-last aku stop kat blog sorang mamat ni. ZackZukhairi nama dia. Memang kebabom oke blog dia. Tak bosan langsung! Serious. Pegi la google dia ni.

Tapi setakat yang aku tengok tadi semua entry lama. Dia dah lama tak update blog dia. Ada yang kata dia tengah tak sihat. Wallahualam la. Sebab aku tak kenal dia pun.hehe. Tapi yang aku suka kat dia ni kan, dia ni budak Taman Desarhu, Sikamat, Seremban dowh ;p









*gambar sudah pandai di watermark ;)