Wednesday, September 29, 2010

Muhammad Riyadh Zayyan

21 september 2010 lahir lah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w yang diberi nama Muhammad Riyadh Zayyan bin Shahril Aznin. Anak sulung abang aku. Memang comel oke budak kecik sorang ni. Mata nya bulat pandang orang masa mula-mula kami sampai tu. Tapi bila kami dah tengok-tengok dia, mata nya terus kuyu. Lama-lama lelap.hee..

Ini lah rupa anak buah aku yang pertama ni....


Agak tak sabar juga la nak tunggu dia besar sikit. Dalam 3,4bulan. Baru sedap dan berani nak pegang dia. Masa kami melawat hari tu dia lembik sangat lagi. Takut juga nak pegang. Tapi aku gagah kan juga la pegang dia. Alhamdulillah, tak patah-riuk budak tu..hehe

Practice makes perfect!!!! ;D


Tuesday, September 28, 2010

keliru

Kalo fikir dari segi :

Bisnes : rugi menyimpan orang yang tidak boleh membawa untung pada syarikat

Perikemanusiaan : sangat kejam bila berhentikan orang tanpa notis awal.

Dunia. Dunia. Dunia...

Tuesday, September 14, 2010

Encik memang lain macam ;p

Hari ni aku masih bercuti. Jadi sempat la aku beraya ke rumah Encik. Tapi tak la raya sangat pun. Aku lebih teruja nak pergi tengok wayang jek.hee~ Masa aku pegi beraya kat rumah Encik, aku dapat hand-bag niiiiiii..... ;DDDD



Best kan?? Duit raya dah dapat sebelum raya. Ingat kan bila datang beraya takde dapat apa-apa la. Rupanya dapat handbag pulakkk..hehe. Haishhh tak sabar nak tunggu tahun depan dapat apa pulak..hahaha~

Monday, September 13, 2010

Big Family is my dream ;)

Raya kali ni tidak begitu menarik pada aku. Aku sendiri tidak pasti di bahagian mana yang tak menarik tu. Nak kata tak jalan-jalan, dari raya pertama sampai ketiga asyik meng-habiskan minyak kereta tu.haha~

Apa pun aku bersyukur kerana aku masih dapat beraya bersama semua kaum keluarga aku. Dari yang paling tua-atok, sampai la yang paling muda-anak cik pipit kot~;p







cotcet : masih mood beraya. beraya bersama Si Bucuk!! ;)

Wednesday, September 8, 2010

::Festive Season::

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Aku sengaja awalkan sehari. Sebab esok aku dah bergerak menuju kampung halaman nun jauh di Sungai Buloh ;p Semoga lebaran ini memberi sinar yang terang-benderang *sampai silau biji mata untuk anda semua~ceh!berapa kerat sangat jek yang baca blog aku ni.bluwekx~

Sunday, September 5, 2010

Hadiah lagiiiii~


Yeaaayyyyyy!!!!!! saya dapat telefon-tangan baru lagi ;DDDD

Telefon-tangan ni sempena hadiah birthday saya. Encik Cayang bagi hadiah advance. Sebab birthday saya jatuh pada hari bekerja. Jadi susah la sikit Encik nak datang hantar hadiah. tak kisah la bila-bila dia bagi pun. Yang penting dia ingat. Hadiah-hadiah ni semua untuk seronok-seronok jek. Hadiah mahal ke murah ke aku tak kisah sangat pun. Pada aku kasih-sayang dia pun dah cukup mahal bagi aku.eceh~

Selain hadiah advance, Encik Cayang juga bagi duit rayaaaaaa tadi ;p Best tu. Banyak dia bagiiiii~

Saturday, September 4, 2010

Bila hari itu tiba

Mood : raya.raya.raya ;)

Yeaayyyy!!!! Kurang seminggu jek lagi nak raya. Mood kerja aku memang ke laut la.hehe. Nak bangun sahur pun aku dah malas. Ni pulak nak pergi kerja kan =)

Pagi tadi separuh hari aku, mak dan adik aku berkemas kat rumah. Habis semua ceruk-ceruk kami kemas.hehe. Berbaloi la tengok hasil nya. Walaupun tahun ni kami hanya berganti langsir, memadai lah. Tak kan lah tiap-tiap tahun nak tukar perabot kan. Makin putih la uban ayah aku (walaupun memang dah xnampak hitam nya =;p) Bila tengok rumah dah siap kemas lagi la mood raya aku tu menjadi-jadi. Baju yang hanya 5pasang tu pun mula la aku congak-congak bila nak pakai.haha~

Sambil menaip ni pun lagu raya jek yang berkumandang. Bukan kat radio ye. Tapi dari lappy ter-chinta ni ;D

Tapi, ada gak sedih nya. Kasut raya aku belum beli lagi =( Anak cik pipit dah 3pasang dah kasut nya. Tu belum tengok cik pipit punya kasut lagi. Mesti lagi banyak tu ;p Maklum la tahun ni kan cik pipit nak tunjuk kan perbezaan antara pinggang dan punggung nya kan.hee~

Takpe lah. Esok Encik Cayang nak bawak saya jalan-jalan. Cari kasut kot?! Bluwek~




cotcet : 3days to go~ ;)