Saturday, December 4, 2010

Mari menjadi boss ;D

Wahhhh!!! Sangat ter-kujat tengok baju baru blog saya ;) Terima kasih cik Farhana Anuar kerana sudi menolong saya menyalinkan baju blog saya.. Lepas ni ajar saya eh.. Nanti saya boleh buat sendiri.. Tak payah susahkan awak lagi ;D

Fuhh hari ni sudah hari ke 4 dalam bulan December ni.. Agak terasa la kelajuan masa tu bergerak.. Rasa macam tak sempat buat apa-apa kat office tu, dah sampai hari jumaat.. (ke aku yang asik main2 jek kat office tu?sebab tu keje semua tak jalan ;p)

2,3 hari ni aku asik pikir pasal nak berhenti keje. Rasa bosan dah keje ni. Kalau tengok gaji, keje, benefit semua aku rasa ok jek kalau aku nak terus keje. Tapi bila pikir bos, staff lain, aktiviti merepek yang management buat semua tu rasa macam nak berhenti 24jam jek..huhu.. Aku dah target aku akan keje 5 hingga 8 tahun je lagi.. Lepas tu aku nak berhenti.. Aku plan nak push betul-betul Encik punya bisnes photography tu.. Disamping tu juga ecehayattaklehblah aku nak start kumpul modal untuk aku pegi kelas mengandam. Aku nak belaja mengandam dan buka butik pengantin aku sendiri.. Sebab aku nak jadi BOSS!!! Aku tak nak jadi KULI!!! ;))

Itu semua perancangan yang ada dalam kepala aku sekarang ni.. InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik untuk capai cita-cita aku ni.. Dulu penah masa sekolah kawan aku suruh aku tulis buku biodata dia. Bila part cita-cita aku suka tulis " aku nak jadi bos kau! "..hee..

Semoga impian dan cita-cita aku akan tercapai satu hari nanti.. Dapat lah aku jadi BOSS.. Tak payah la aku ada bos yang sangattakbest tu lagi ;)