Tuesday, November 23, 2010

Kompleks Kerajaan C, Putrajaya


Hari ni aku cuti (ewah mentang-mentang baru semalam gaji.harini ko dah amik cuti eh ;p). Sebenarnya tujuan aku cuti ni sebab aku nak teman kan Si Encik Cayang aku ni pergi interview dekat Putrajaya. Interview untuk jawatan Juruteknik Komputer. Kami sampai tepat jam 8pagi. Lepas Encik mendaftar dan dapat angka giliran 0514, kami pun pergi kafe untuk sarapan dulu. Nanti tak boleh jawab pulak kalau perut lapar kan?hehe..

*ni semasa sesi menunggu giliran ;)

Lebih kurang jam 1102pagi Encik pun setel interview. Kami pun bergerak ke Alamanda ;) Lama tak pergi Alamanda. Walaupun takdebendasangat pun kat sana.huhu.

Tapi dalam takdebendasangat tu, sempat juga la aku melayang kan duit aku kat CarloRino, Alamanda tu ;D

*ala CarloRino jek...bluwexxx ;p

Balik dari Alamanda, kami terus balik Shah Alam. Konon-konon nak pergi beli kasut Encik, makan pastu terus balik rumah. Tapi Encik baru teringat yang dia nak pergi rumah kawan nya untuk ambil barang. Jadi lepas beli kasut, terus terbang ke Ampang. Penat juga la sebab jalan agak jammed. Tapi dah tentu la bukan aku yang penat lebih kan ;p

Pendek kata, hidup aku memang seronok la hari ni. *Sebenar nya hari-hari hidup aku seronok semenjak Encik Cayang ni dah duduk dekat Seksyen 7, Shah Alam ;DD