Saturday, May 22, 2010

Rimas. Rimas.


Siang tadi aku g melawat Jakel yang baru buka kat section 7 Shah Alam tu.baru tak baru sangat la kedai tu buka.tapi aku yang baru dapat melawat.hee.memang GILER la dorang punya sale.sampai kan terbuka luas mata aku dan mak aku.hahaha.

Sampai jek sana aku terus pergi tingkat atas sekali.tingkat atas bahagian kain Lace.kain baju pengantin ;) eceh..cam poyo sangat nak kahwen nya.takde la, aku saja jek jenguk2.tapi aku memang menyesal gila la naik atas tu.huhu.masa aku sampai atas ada sorang adik ni dah start follow aku.ahh aku lemas dah ni.lepas tu sibuk pulak tanya itu ini.nak cari colour apa kak, nak cari jenis macam mana kak, nak cari yang pakej ke tak kak.arrrggghhh tension2.aku sekadar nak melihat2 dan men-survey2 saja.bukan betul2 nak beli pun.lepas tu adik ni keluar kan segala bagai kain untuk aku tengok.bila aku dah tengok2 aku pun cakap "em tak pe la dik.akak tengok2 je dulu"..lepas tu dia pandang aku macam tak puas hati then cakap pulak "apa yang tak berkenan nya?" perghh macam marah jek bunyi.hee.aku pun terus blah la.sambil aku pusing2 cari escalator nak turun, adik ni still ikut aku.tunjuk aku cadar la kain lagi la.tak cukup tu panggil pulak kawan nya lagi sorang.yang sorang ni pulak panggil lagi sorang.yang last ni aku rasa macam dorang punya ketua la.aku pun apa lagi cepat2 la ajak mak & adik aku blah.hahaha

Aku bukan apa, aku baru nak tengok2 dan survey2 jek.bukan nak terus beli pun.tapi cara adik tu layan macam memaksa aku beli.siap tanya bila aku punya date tunang la kahwen la.bila dah tahap tu aku dah mula rasa annoying la.sebab masa aku masuk kedai tu tak ada pulak aku nampak papan tanda tulis "tidak boleh lihat.wajib beli".yang aku nampak hanya lah "makanan & minuman tidak dibenarkan di bawa masuk" tu jek.aku tau dorang ni buat macam tu sebab nak komisen.tapi jangan sampai customer rasa rimas.

Lepas tu aku turun bahagian bawah aku pun tengok2 pulak kain biasa2 ni.mak aku macam berminat nak beli.so aku pun biar je la dia tengok2 kalau ada yang dia berkenan.ada sorang adik ni pulak datang.aku dengan pantas terus cakap "akak tengok dulu eh.kalau ada berkenan akak panggil potong" hehe.adik ni terus senyum dan membatu kan diri nya.hahaha.emm macam tu la ;) tapi tak lama lepas tu aku panggil adik tu mintak dia potong kan kain yang kami bertiga berkenan.dapat la adik tu komisen nya ;D

Friday, May 21, 2010

jumaat ini


hari ni memang sangat-sangat mencabar tahap kesabaran aku.hampir menangis aku di buat nya tadi.jadi, bila aku dah start bad-mood..jawab nya jangan harap la aku nak serve customer elok-elok.memang kena jeling je la.haha.

bukan apa, hari ni aku disuruh relief 2 department dalam 1 masa.GILA ke apa.kalau setakat relief 2 dept aku tak kisah lagi.memang dah biasa la tu.ini 2 dept 1 masa.haish ni memang mendatangkan marah.bayang kan aku kena relief :

1) kaunter / teller

~kaunter ni seperti semua orang sedia maklum la kan.ni tempat kita berurusan bila datang bank.nak deposit cash,withdraw cash,deposit cheque,withdraw cheque,TT dan sebagai nya.transaction kaunter ni ada yang ringkas dan ada juga yang complicated.contoh nya placement FD, withdraw FD & etc.

bila aku kena relief kaunter, aku akan jadi sangat penat sebab urusan kaunter ni melibatkan cash yang banyak dan orang yang ramai.kadang2 ada company dtg deposit sampai puluh-puluh ribu.penat tu nak mengira (walaupun guna mesin ;p)

2) opening account

~kaunter ni pulak khas untuk opening account (saving / current), card ATM replacement, issue CC pin number, issue PhoneBanking & etc.kaunter ni tak libatkan cash tapi orang yang beratur kat kaunter ni nauzubillah...ramai betul.lepas bank tutup pun still customer ada lagi menunggu.

bila aku kena relief kaunter aku akan jadi sangat tension.sebab nya aku kena kejar masa sebab transaction ni ada cut-of-time, lagi satu sebab officer nya kelam kabut gila.aku dah la tak boleh kerja dengan orang yang kelam kabut ni.nanti aku tak fokus, rasa nak marah & tension sangat-sangat.

so bayangkan lah keadaan aku tadi.sangat kelam kabut.nak panggil nombor untuk kaunter lagi.nak melayan opening account lagi.memang sangat kesian kat diri aku sendiri tadi.

takpe lah banyak2 kan lah bersabar.mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku.fikir positif je la kan.sesekali fikir positif apa salah nya ;D

Thursday, May 20, 2010

raya.raya.raya


esok hari raya ke?rasa macam tak kan?puasa pun belum start kan?tapi nape aku dengar lagu raya sekarang ni eh?hahahaha...

itu la gila nya aku hari ni.tiba-tiba gatal nak dengar lagu raya.ngee.sebenar nya aku mc dari semalam lagi.doctor bagi aku 2 hari mc atas sebab-sebab kesihatan aku.so semalam aku agak sibuk sikit.pagi-pagi aku hantar mak aku ke klinik.dia ada appoinment dengan doctor.dia kena amik darah untuk check kencing manis dan penyakit2 lain.

tengahari pulak aku berehat betul-betul dengan tido untuk beberapa jam.haha.petang Encik datang melawat aku.hee.Encik bawak aku g makan kat Andaman Restaurant yang tak best langsung kan yangggg ;) malam pulak aku bawak mak & adik aku pegi ke Giant section 18.mak aku nak beli barang sikit.fuhhh padat aktiviti harian aku.hehe.

so pagi ni aku free sikit.walaupun ada beberapa perkara yang perlukan aku lakukan.tapi kejap lagi la aku buat.huhu.malas sebenar nya ;p

emm berbalik pada lagu raya yang aku dengar ni kan.memang syahdu sangat-sangat la.rasa macam esok lak nak raya.hehe.selalunya bila start jek hari pertama puasa aku pun start la buka lagu raya.haha.aku pun tak tau kenapa.tapi lagu-lagu raya memang best kalau dengar dari hari pertama puasa.lagu-lagu ni akan menaik kan mood aku untuk terus berpuasa supaya aku dapat berhari raya.konsep "kalau puasa penuh baru boleh raya" tu memang dari dulu macam dah sebati dalam diri aku.walaupun now aku tak boleh dah puasa penuh kan.hee.

sejak aku kerja aku tak pernah dapat cuti raya.tahun pertama aku kerja aku tak layak untuk mengambil cuti raya dengan alasan aku staff baru.ok,boleh diterima.tahun kedua pun aku masih tak layak ambik cuti raya dengan alasan yang sama.sebab masa tu aku baru ditukarkan ke office aku yang sekarang ni.aku dah start rasa "berangin".tahun ketiga pun aku masih tak dapat cuti raya.kali ni dengan alasan AKU BUJANG..arrrggghhh tension nya.orang bujang tak layak beraya ke????!!! orang bujang takde family,takde mak ayah ke???!!!

memang agak kejam la kan.tapi takpe la.dah nasib aku.aku hanya boleh bersabar je la kan.tapi tahun ni aku akan cuba juga dapat kan cuti raya.hehe.kalau pun tak dapat betul-betul lepas raya, seminggu lepas raya pun takpe la.huhu.janji dapat cuti dan aku dapat berhari raya ngan Encik aku ;)




* jusco sales kat seremban hari ni.nak g ke x ehhh??? ;D

Monday, May 17, 2010

fairul & ina


SELAMAT PENGANTIN BARU
FAIRUL RIZAL ANUAR & NORZALINA ABU SAMAH
abg fairul ni staff office aku.dia ni aku dah anggap macam abg aku sendiri.dia ni baik memang xhengat laaa...hee..mintak ja la tolong apa-apa pun.mesti dia tolong.dan aku xpenah tengok pun dia merungut atau tak nak buat.memang tabik spring la kat dia ni ;)

Friday, May 14, 2010

muka yang cantik menjadi dambaan...hahaha


saya tak tau nak update apa...heee. sebab saya sedang sibuk menyelenggara muka saya...diharapkan dapat kembali seperti sediakala.setakat ni saya dah ambil 1 suntikan antibiotik.mungkin esok saya nak ambil suntikan alahan pula.doa kan saya ye ;)

Sunday, May 9, 2010

Pn Kamariah

SELAMAT HARI IBU BUAT
PN. KAMARIAH BINTI HASSAN







buat emak;
#terima kasih kerana membesarkan kami semua.
#terima kasih atas semua doa-doa mak pada kami semua.
#kasih sayang yang mak berikan tak dapat angah balas.
#i love u so much.mak adalah mak yang TERBAIK dlm dunia.
#semoga mak diberi kesihatan yang baik,murah rezeki,dirahmati Allah,sentiasa ada disamping kami semua.

Friday, May 7, 2010

Williams, Kelana Jaya

haaaahhh.akhir nya berjaya juga aku menjejak kan kaki aku ke Williams, Kelana Jaya.sebenar nya aku tau tentang Williams ni dr satu blog yang aku selalu follow.budak ni selalu cerita g makan kat Williams ni.aku tengok gambar2 yang dia letak tu memang menyelerakan la.so aku pun ajak ABM aku dengan mek & kak zai utk pegi Williams ptg td lepas office hour.

memang gila babas punye sedap la.hahaha.worth it sgt kalo g makan kat sini.harga memang mahal tapi berbaloi-baloiiii.hee.

ni antara menu yang kitorang order.kitorang order macam-macam.tapi share2 je la.sebab banyak gila makanan nye.



seafood pasta (kalo xsilap la nama nya ;p)


nasi goreng ketam



arabiatta meatball

lagi satu kitorang order cheese naan with chicken harm.errmmm lebih kurang la namanya.huhu.

rase semua makanan ni memang SUPERB!!! terbaeekkk..ngee



~cik pipit & FA, jom kita g makan kat sana.saya tolong bawak kan.tapi saya xkan jadi tukang belanja la.sbb xmampu lagi.hehe

Tuesday, May 4, 2010

serabut teramat...


harini kepala aku sangat serabut.macam-macam benda aku nak kena pikir.tapi satu masalah yang aku memang xtahan adalah berkaitan pakcik aku sorang ni.

masalah bermula dengan dia menyuruh aku membuat personal loan untuk kegunaan peribadinya.ehhh mana boleh aku guna nama aku untuk orang lain.mampus aku kalau dia tak bayar nanti.mula-mula dia datang rumah sabtu lepas.dia dah bagitau kat mak aku.then mak aku cakap aku tak boleh buat loan lagi sebab aku dah banyak loan.walaupun aku cuma ada loan kereta saje ;) malam semalam pulak dia cuba pujuk ayah aku.ayah aku pun tak berkenan hasrat dia tu.ayah aku tolak.pagi ni dia call aku sendiri pulak.aku pun cakap benda yang sama macam mak aku.

tapi dia bagi alasan yang dia dah check dengan CIMB semalam yang aku ni layak untuk buat loan.dia kata gaji minimum RM800 jek pun dah layak.memang la gaji aku lebih dari RM800 tu tapi aku juga perlukan duit untuk bayar kereta,credit card,insurans dan lain-lain.makan minum,minyak kereta,tol semua tu mana nak cari.haish kurang berfikir betul dia ni.

selepas puas mengelak akhirnya ayah aku hantar mesej kat dia.

sms ayah : maaf along xdpt tolong.zaara nak standby loan utk kawen.

tapi dia tak reply ape2.ingat kan dia boleh terima la alasan kitorang tu.rupa-rupa nya dia dah selamat sampai kat kampung aku untuk bercerita dengan atuk aku.perrrggghhh gila laju kan.cik kiah aku mesej mak aku cakap yang pakcik aku ada kat kampung dan sudah menyebarkan kepada seluruh alam yang aku nak buat loan sebab nak kawen.apa lagi menyinga la atuk aku.

mungkin kamu-kamu ni akan cakap "ayah ko la salah.yang pegi bagi alasan camtu watpe". tapi cuba kalau kamu-kamu yang berada dalam situasi kami,apa lagi alasan yang boleh di bagi lagi.kami dah bagi alasan yang aku ni dah banyak loan, tapi dia tak terima.jadi apa lagi???

cik kiah aku pulak tak paham-paham.bila mak aku cakap itu cuma alasan dia marah lak.dia kata kenapa tak bagitau benda betul jek.masalah nya ayah aku macam tersepit.dia nak selamat kan aku.tapi dalam masa yang sama tak nak ada masalah dengan adik beradik sendiri.so just tersebut je la apa yang ada dalam kepala dia masa tu.

em entah la.now atuk aku kat kampung tu dah bising-bising salah kan ayah aku.kata ayah aku tak dengar cakap la,degil,tak nak dengar nasihat orang.tak pe la anda semua boleh cakap apa jek yang anda suka.kami yang lalui benda ni.anda belum lagi lalui benda ni semua.anda tak tau apa rasa nya.semua orang hanya tau bercakap,bercakap dan terus bercakap.tanpa mendengar dan memahami keadaan sebenar.

bak kata cik kiah aku bila mak aku suruh cik kiah yang pinjam kan duit nya kat pakcik aku.

sms cik kiah : kita kalo ada duit 1juta pun xnk bg.baik g honeymoon.

see.orang yang ada 1juta pun tak nak bagi pinjam.ini kan pulak orang yang memang dah sah-sah takde apa-apa walau 10ribu pun.aku sendiri tak tau nak pikir apa sekarang ni.kadang-kadang malas nak pikir pun ada.buat sesak kepala aku jek.sebab keputusan kami sekeluarga dah muktamad.kami tak kan bagi.

terpulang la pada kamu-kamu nak berpikiran macam mana.tetap nak salahkan aku dan keluarga aku atau menyokong keputusan kami.kepada cik pipit, sorry coz i have to say that way.bukan tak hormat atau apa.tapi saya sayangkan ayah saya.semua orang selalu memandang rendah pada dia.padahal semua orang tak tau masalah atau situasi sebenar.