Tuesday, March 30, 2010

sad

Ya Allah selamatkan lah dia.
pelihara lah dia ya Allah.
lindungi lah dia ya Allah.

Sunday, March 28, 2010

duit melayang jauhhhh :(

fuhhh!! harini aku sangat penat.berkejar dari satu tempat ke satu tempat.huhu.

pagi sekitar jam 12tengahari aku teman kan Encik ke KL.aku pun tak pasti mana tempat nya.tapi di tengah-tengah pusat bandar la.hee.kitorang pegi sana sebab menunaikan hajat Encik untuk membeli Nikon D90 idaman nya itu.haish habis duit kami.huhu.more than 5K ok.perghh satu benda yang aku tak penah buat.kalau aku shopping seharian pun takde habis banyak tu.huhu.tapi takpe lah.janji Encik puas hati.tu dah buat aku senyum ;) walaupun terasa pahit nya.hahaha.




gembira ye Encik dapat kamera baru ;p
hurmm aku juga yang terpaksa telan liur jek.yelaaa aku yang mengidam hp baru, tiba-tiba Encik yang dapat kamera baru :( ada sape-sape nk tolong sponsor hp baru untuk saya?hahaha ;))
lepas setel beli kamera Encik aku terus pecut balik rumah.sebab dah janji ngan mak aku untuk melawat pakcik aku kat hospital sg buloh.aduhhh tak sanggup aku nak tengok keadaan pakcik aku tadi.aku tak sangka dengan hanya pengsan biasa terus jadi tenat.badan nya penuh berwayar.pakcik aku masih tidak sedar.semalam masa dikejar kan ke hospital memang pakcik aku xsedar.macam2 cara doktor buat untuk bagi pakcik aku sedar.tapi semua nya gagal.doktor dah buat X-ray semua nya ok.sekarang kami hanya dapat berdoa semoga pakcik aku cepat sembuh seperti sediakala.kami semua sayang kan pakcik.buktinya semua kaum keluarga aku berkumpul di hospital semalam untuk mengetahui keadaan pakcik aku.takde sape pun yang xdatang.semua ada.
setakat ni pakcik aku masih berada di wad ICU.pagi tadi doktor buat X-ray lagi.tp aku tak pasti keputusan nya.semoga semua nya baik-baik belaka.serius aku sedih tengok keadaan pakcik aku :'(
lepas setel tengok pakcik aku kami sekeluarga singgah ke rumah nenek aku.saje menyinggah.minum-minum petang.kami dihidangkan dengan air teh dan kuih-muih oleh cik pipit aku.hahaha ;p
pada jam 7 kami pun bergerak balik rumah.on the way tu cik mel lak text suruh hantar baju yg dia nk pinjam ke puncak perdana.dia xde transport nk dtg ambil katanya.jadi aku sampai rumah jek terus mandi and shoot ke puncak.tengah jalan hujan lebat pulak.GILE2 punya lebat.sampai aku terpaksa bawak enampuluh saje.huhu.Encik mesti suke tengok aku bwk kete tadi.sopan teramat sopan.hee.sebenarnya xberape nk nampak sbb tu rilex jek bwk enampuluh pun.kalo tak tu aku la sorang yang ada kete.laju tak ingat.ngee ;)
sampai aku nak balik pun hujan masih lebat.aku pun bawak la enampuluh saje.takut gak kalo nk bawak laju-laju.jalan licin kan.sampai ke rumah hujan lagi.tapi alhamdulillah la aku n adik aku selamat sampai ke rumah.aminnnn.
now memang aku penat sangat.tapi sempat gak update blog.hee.
ok, now nak tido.Encik pun keluar minum ngan kawan nya.aku pun xtau angka berapa pagi dia akan sampai rumah.aku nak tunggu???harapannnnn ;)

Wednesday, March 24, 2010

Pondok Kecil Di Tepi Sawah

cantik x? ;))

inilah dia hasil lukisan aku masa kat office tadi.hee.sejak minggu lepas lagi aku dah tak banyak file nak handle.jadi aku terlampau banyak masa senggang ;) serius aku bosan gila tadi.jadi untuk menghabiskan masa lapang aku tu aku pun melukis la ntah apa-apa ntah.

selain tu aku habiskan juga masa senggang aku dengan bergosip bersama-sama officer aku.hahaha.banyak gosip-gosip yang kami bincang kan.antaranya mengenai bos aku *ni macam dah wajib la kan ;) , ada juga tentang officer2 lain kat office tu.hehe.macam-macam cerita la yang keluar.

mungkin keadaan ni akan berterusan untuk beberapa minggu ni.mungkin juga sekejap saja.entah la.kita tunggu je la eh ;)

Tuesday, March 23, 2010

i love shoes!!! ;)



aku baru jek lepas membelek-belek emel Encik.ye.aku buka emel dia.hee.bukan apa.ada emel aku tunggu.tp macam xde.nak tanya Encik dia pulak ada kelas kamera.so nanti-nanti je la.


aku apa lagi belek-belek la emel Encik.tiba-tiba terjumpa 1 emel yang agak menyentap hati aku.terus sedih dan mesej Encik.setelah di beri penerangan akhirnya aku "agak" berpuas hati.tp ingat ye Encik.bukan bermakna aku percaya 100%.


dalam banyak-banyak emel Encik tu aku berminat dengan emel mengenai kasut.beberapa jenis kasut yang di luar pemikiran kita.huhu



aku xpaham ini kasut ke apa? ;)



yang ni pun same.adakah ini rantai kaki bertumit? ;D



ni besi buruk mana dia cantum2 jadi kasut eh.hee~


;)



cam kasut berhias jek kan ;p


ni sesuai untuk Bond Girl ;))


macam-macam ;)


bagi RM100B pun aku TAKKAN pakai kasut ni.eee geliiiiiii~



hah macam-macam kan orang putih ni.ada jek idea merepek dia.banyak lagi sebenarnya.ni jek yang sempat aku share kan ngan korang semua ;) lainkali aku belek lagi ye emel Encik ni untuk mendapatkan emel-emel yang menarik macam ni.


Monday, March 22, 2010

:(

tak suka la :(

Saturday, March 20, 2010

WFA 1008 !!!

harini ada cerita sedih sikit yang terjadi ke atas family aku.kereta ayah aku telah di langgar dari belakang oleh sebuah kereta proton satria hijau gelap bernombor WFA1008.kejadian berlaku di Jalan Subang/Monfort.di persimpangan besar menuju ke Giant section 13 dan menuju ke TTDI.memang teruk la perempuan tu.dah tau jalan sempit masih nak menujah kepala kereta dia.ingat kereta dia tahan kemek ke kalau berlanggar.eee sakit hati betul.bila ayah aku suruh dia keluar dia takut.last2 terus blah menuju ke TTDI.bengang gila la kami tadi.kami dari arah shah alam menuju ke sungai buloh.dia dari arah shah alam menuju ke TTDI.sedikit teruk la kereta kami.kereta dia pun pecah la lampu belah kiri dia.




ini lah kecederaan kereta ayah aku.selepas di hentam kereta tahan kemek tu bumper kereta ayah aku ni remuk ke dalam.tak boleh jalan kereta masa tu.lepas tu ayah aku tarik keluar bumper nya baru boleh bergerak.tapi bila membelok bumper tu bergesel dengan tayar.ngeri jugak bunyi nya.huhu.terus lah kami ke balai untuk membuat laporan polis.

masa kat balai pulak polis yang mengambil keterangan tu sempat lagi melencong2 cerita nya.mula2 elok la ambik keterangan dari ayah aku.masa tu aku duduk sebelah ayah untuk membantu ayah aku kalau ada apa-apa.tiba-tiba polis tu suruh aku yang taip sendiri keterangan tu.aku cakap takpe,encik je la yang buat.dia pun sambung la menaip.tiba-tiba lagi dia tanya keje mana?ayah yang tolong jawabkan.lepas tu dia cakap lagi."em ni kita ni mesti sebaya ni.umur berapa?" aku dah buat muka dah.aku jawab jek '85."em dah agak dah" kata polis tu.aku pun pelik la.kalau sama pun apa masalah nya.haish.

lepas dah print statement tu sempat lagi tanya aku "bila nak makan nasi minyak?" haish aku dah tarik muka paling poyo dah masa tu.nasib baik ayah aku jawabkan "eh kamu dulu la".dengan pantas nya polis tu jawab "em tak kot.saya baru lepas clash" haha aku terus menjarak kan diri aku.takut untuk mendengar ayat-ayat seterusnya ;) ayah aku pun terus jek bangun dan beredar dari situ.hee.

macam-macam ragam manusia kita boleh jumpa kan.masa kat balai tadi pun ada terjumpa sepasang suami isteri ni.pun baru lepas accident.si suami dengan ramah bertanya pada mak aku kenapa kami datang ke balai.mak aku pun bercerita serba ringkas.si isteri nya pula memandang kami tak ubah macam kami yang melanggar kereta mereka.gerun betul.terus kami mendiamkan diri.takut dengan renungan ibu mengandung itu ;p

em tu la dunia jalanraya.bila kita berhati-hati memandu oranglain pula tak berhati-hati.dengan tanpa bersalah melanggar kereta orang dan terus lari.memang aku geram gila la dengan perempuan tu.aku akan cuba juga mencari pemilik kereta tu.setakat ni adik aku ada usha2 line kat kawan-kawan nya.adik laki aku tu ramai kenal orang.so dia boleh la tolong cari kereta tu.dia pun rajin gak melepak kat TTDI tu.nasib la kalu terjumpa kereta tu.

kepada pemilik kereta WFA1008,berhati-hati la anda di jalanraya sekarang ni.WSL6070 akan merayau di TTDI untuk mencari anda.tak lupa juga BJW1458 sedang memerhati kan anda.haha.tolong lah bertanggungjawab dengan apa yang anda dah lakukan pada jam 250ptg tadi.jangan lah memandu macam jalan ni BAPAK kao punya!!

Thursday, March 18, 2010

quit ur job.jommm ;)


seawal jam 925am bos telah merosak kan mood.aku benci betul kalau orang rosak-kan mood aku.sedangkan Encik rosakkan mood aku pun aku naik hangen.ni lak org luar yg bernama Boss.tak suka la bila org dengan sesuka hati memerintah.aku tau yang kao tu Boss.tapi kao kena berbincang dulu.baru buat keputusan.eee geram la.

cerita-nya camni.boss & ABM aku dah decide start next week aku & kak zai kena relief orang.aku di arahkan relief opening account.kak zai pulak relief kaunter ASB.hanya untuk 1jam.everyday without fail.bak kata Boss aku.bila dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut dia tu aku dah meluat dah.dalam hati tak usah cakap la cam ne aku maki hamun.hee.

yang aku sangat-sangat tak puas hati.keje2 aku xde lak sape nk relief.contoh nya semalam.aku cuti tapi meja aku kosong xde sape duduk.dan keje2 aku masih sama mcmane aku tinggal kan hari selasa tu.nape xde sape relief?kan aku cuti?mcm tadi.time aku rehat xde sape pun relief tmpt aku.hah meh la relief keje aku.ada bran?huhu. bengang gila la.padahal staff kalau ikut kan cukup jek.tapi disebabkan seorang PEGAWAI yg takut sgt waiting time dia burst.so semua org diarak-nya jaga kaunter.pastu dapat bonus riban-riban g melancong.ada belikan ape2 utk staff kao yg dh susah payah jaga KPI kao tu?xde.setakat beli kerepek pisang.atuk aku kt kampung tu pun leh wat kan kerepek pisang tuk aku la.huh.

aku sgt benci la officer2 aku kat ofis tu.ada yg pandai ckp belakang jek.tp depan boss mati kutu.sampai clerk sendiri pun xleh nak backing.clerk sendiri di suruh relief segala tp officer diam jek.pastu belakang ckp mcm nak rak.errghh xleh blah tul aku org cam ni.kitorang ni clerk yg perlukan perlindungan officer.sbb cakap-cakap clerk ni mana ada org nk dgr.so korang yg officer ni la patut backup clerk korang.ni tak.mati kutu.blah la wei.

dah la lepas ni aku malas lagi nak keje betul2 sangat.bak kata kak zai.jangan tunjuk yang kao pandai semua keje.tp masalah nya semua org dah tau yg aku penah duduk semua dept kecuali remittance.huhu.takpe2 rilex.bila aku relief orang nanti aku akan buat keje se-slow yang mungkin.biar officer2 tu bengang jek ngan cara aku keje.hahaha.








cotcet : jom la kita kahwen cpt yanggg.leh tukar ofis.xpun leh quit.huhu

Wednesday, March 17, 2010

tiba masa untuk rajin..


hari ni aku cuti.ada emergency sikit.haha poyo jek.xde la.hari ni aku xde kete nk g keje.so aku mintak cuti la ngan ABM aku.setelah ABM aku diugut oleh aku, akhirnya berjaya juga aku dapat cuti.ngee.

so keje aku sempena cuti hari ni xde pe sgt pun.asyik on9 jek.hee.Encik janji nk dtg ptg tadi.tp xjadi :( tp dia janji nk dtg esok ;) jadi untuk mengisi masa aku yg xla banyak free sgt ni aku pun telah menukar cadar katil aku.hehe.

comel kan?colour purple lagi.huhu.aku mmg sgt suke colour purple.em bear dua2 tu aku punya.sebelah kiri tu Encik yg bagi.nama dia Bebe ;p sebelah kanan tu MBB punye bear.aku dpt sebab amik insurance.adik aku panggil nya Comel ;) tp kalau tido aku akan peluk Bebe.rase cam peluk Encik ;D

selain tukar cadar katil aku juga basuh kipas.bersih sikit kipas bilik aku ni.huhu.lama gak rasa nya aku xbasuh kipas tu.now bila dah basuh baru rasa best.kalau tak ber-habuk.hee.

tu je la aktiviti aku untuk hari ni.kalau Encik jadi dtg mesti best.mesti aku akan cite lg banyak.haha.xpe2 sok Encik dtg.aku akan heret dia g makan kat Subway.biar Encik belanja sebagai tanda maaf dia.huhu.boleh kan cygggg?kita g makan Subway eh.xkira!nk makan Subway gak ;)




cotcet : L.O.V.E (lust~obsession~venom~exaggerated)>> kwn aku punye pendapat.cik pipit boleh huraikan dr sisi pandangan cik pipit? ;)

Tuesday, March 16, 2010

---+---


kao suruh aku blah,

now aku blah

fullstop!

Monday, March 15, 2010

duit.duit.duit

aku mahu berbisnes saja di rumah tanpa perlu mengikut arahan sesiapa,tanpa perlu ada nya orang yg dipanggil Boss,tanpa perlu berkejar ke pejabat sebelum attendance di garis,tanpa perlu berebut cuti dengan orang yang selalu mementingkan diri,tanpa perlu melayan kerenah orang yang digelar pegawai (sedangkan tugas hanya menjaga waiting time),tanpa perlu membantu oranglain untuk melaksanakan tugas mereka sedangkan tugas sendiri perlu dibereskan sendiri.huhh aku benci semua keadaan ini!!

ye.aku mahu berbisnes.tapi bisnes apa?hehe.masih difikirkan.buat masa ini aku hanya membantu Encik Cyg mencari customer untuk bisnes photography-nya.adalah beberapa job yang aku dapat kan untuk Encik.dan aku juga sedang mempelajari teknik-teknik untuk membuat design custom album .supaya Encik tidak perlu mengupah orang untuk membuat design custom album untuk customer nya lagi.setakat ni proses pembelajaran aku sangat memberangsangkan ;) aku akan berusaha lebih gigih lagi.agar aku dapat membantu Encik.mahal tau kos untuk mengupah orang buat design tu.bila aku pandai aku boleh buat sendiri.jimat sikit duit kami ;D

mulanya aku bercadang mahu memasuki kelas mekap.bila aku dah pandai mekap boleh lah aku bisnes mekap-mekap ni.kira macam mak andam la.aku mekap,Encik cameraman.haa kan best.bekerjasama.hehe.tapi itu semua cadangan saja.belum survey mana-mana kelas mekap pun lagi.mungkin bila aku dah pandai design custom album kot baru aku masuk kelas mekap ni.aku nak fokus satu-satu dulu.nanti buat semua benda satu masa kelam kabut pulak.aku tak suka buat banyak kerja dalam satu masa.

harap nya semua yang aku hajat kan akan tercapai.insyaAllah.mulai sekarang memang aku nak perbaiki hidup aku.mahu lebih berusaha.jangan hangat-hangat tahi ayam saja.chaiyok Cik Cah ;p

dilemma

patut atau tak patut??entah.aku sendiri keliru.aku dlm dilema ni.aku ingin sgt bertukar ke cawangan shah alam.tp aku takut.takut jika di tempat baru nanti tak seronok.xda kwn best2.takut aku xdpt sesuai kan diri.macam mane eh.Encik sgt menyokong keputusan aku tp hati aku berbelah bahagi.bukan apa.kalau aku dpt tukar cawangan,nanti bila aku sudah berkahwin probability untuk aku transfer lagi adalah SANGAT TIPIS.huhu.setakat ni ok lagi.sebab Encik belum dpt keje tetap.so dia hanya menjalankan bisnes photography nya di rumah saje.katakan la Encik dpt keje tetap di Seremban.dan aku dpt tukar ke shah alam.tak kan nk duduk jauh2.atau pun tak kan nak ulang alik.lepas kahwin nanti.banyak pakai duit tu.hmmm ntah la.aku dh isi borang nya.tp belum fax lagi kat HR.aku dh siap sign lagi ;)




closing date 22 march 2010.means aku hanya ada beberapa hari saje lg untuk berfikir.mahu fax atau tidak.aduuuiii poning mak haa.

Wednesday, March 10, 2010

Tuesday, March 9, 2010

business

masa aku tulis entry ni Encik sedang mengikuti kelas kamera di Seremban.banyak yang dia pelajari di kelas ni.aku hanya sokong apa yang patut.bagus juga.sekurang-kurang nya takde lah kita hanya tau "menayang" DSLR tu tanpa mengetahui penggunaan dan cara menjaga nya dengan baik.yelah ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk sebiji DSLR.tapi guna dan jaga tak tau.adakah pengguna-pengguna DSLR sekelian tau bahawa DSLR anda patut di letak dalam sebuah kotak yang dipanggil Dry Box?instead of korang letak dalam beg.boleh bercendawan tau DSLR kesayangan korang tu.banyak lagi sebenarnya hal-hal DSLR ni yang patut korang tau.so cari la fakta-fakta lain yang berkaitan ngan DSLR ni.semua info di hujung jari jek now.bak kata cik pipit aku "ala google jek" ;)

ok sebenarnya bukan nak cerita pasal kelas kamera atau DSLR tu tapi nak cerita tentang Encik dan bisnes nye ;p pada sesapa yang tak tau Encik sekarang buat bisnes photography.bisnes ni kitorang plan merangkumi semua sudut.maksud nya tak semestinya untuk kahwin.semua benda pun boleh.bertunang,nikah,sanding,family day,potret family,birthday party,saja nak menggedik ngan bf/gf pun boleh.hahaha.

bisnes ni dah agak lama juga kitorang buat.cuma tak banyak orang tau.setakat ni alhamdulillah rezeki tu ada.boleh la cari makan orang kata.bisnes ni juga mungkin ada yg beranggapan ianya bermusim.contoh kalau cuti sekolah baru banyak.time lain takde.erm tak juga.nowadays orang dah terbuka.tak perlu tunggu cuti sekolah baru nak kahwin.hari kerja pun ada.contoh job terdekat yang Encik dapat dari kawan nya,Ot.nikah di Terengganu.hari isnin dan selasa depan ni Encik akan ke sana untuk majlis tu.see.isnin & selasa nak kahwin?biar betul Ot ni kan cayanggg.ish3 ;)

aku tau korang mesti penat jek kan baca entry panjang2 ni.ngee.dipendek kan cerita aku sebenar nya nak promote bisnes kitorang ni ;D sesapa yang sudi untuk menggunakan khidmat kami boleh la hubungi kami.di blog ni pun ok juga.hanya tinggal kan komen jek ek.harga sangat berpatutan dan sangat-sangat boleh dirunding.kepuasan dan kehendak pelanggan diutamakan ;)

NothinG

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya


Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling


Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini





special for Ammal Sazali ;)
love u cgt2

Sunday, March 7, 2010

great day~



YEAY!!!
SANGAT PUAS HATI DAPAT BERJIMBA HARI INI BERSAMA SI BUCUK SAYA ;P









p/s : malas nk cerita banyak dan malas nk update banyak gambar.hee.

semua pun CT ;)


lame rasa nya tak menjengah blog ni.bukan malas (walaupun benar ;p) tapi tuntutan kerja.sangat banyak sampai hari2 terpaksa berlama-lamaan di office.huhu.takpe la kot.itu semua rezeki la kan.keje banyak ot pun masyuuukkk ;)

ok entry kali ini dipost atas permintaan cik pipit saya.di blog beliau ada menceritakan tentang lagu2 kegemaran beliau semasa zaman muda sampai la sekarang.dan beliau telah minta aku untuk turut berkongsi tentang lagu2 kegemaran aku.so jom kita tengok lagu apa yg aku minat.

kalau bercerita tentang lagu yg aku minat memang banyak.asal sedap didengar aku akan minat.hee.kadang2 lagu yg orang tak minat tibe2 aku minat.haha.

1. Sampai menutup mata by Acha Septriasa

~em lagu ni aku layan masa aku still bergelar student di UiTM shah alam dulu.masa first time aku dengar terus aku minat.aku akan pasang lagu ni masa aku study untuk exam sambil membayangkan Encik aku ;) >patut selalu kantoi time exam.huhu. aku pun xtau nape aku minat lagu ni.tp lagu ni syahdu dan memang sesuai la untuk org yg baru dilamun cinta cam aku dulu.hahahaha.

2. Unfaithful by Rihanna

~em malas nk komen la kan lagu ni.semua-nya kisah silam yg xpatut terjadi jek.hahaha.

3. Hanya Dia by Siti Nurhaliza

~ok ni antara lagu terbaru Siti Nurhaliza.lagu ni mmg xde keluar radio.sape beli album CTKD jek tau lagu ni.ngee.lagu ni aku tujukan khas pada Encik Cayang aku ;p


Kuakui aku menggilainya

Kuakui aku menyintainya

Kisahku kisah dia

Cerita yang sama

Setiap detik hanya..dia

Kuakui aku mengaguminya

Kuakui aku menyayanginya

Sungguhnya kuakui kuperlukan dia

Segalanya ku serah kepada dia

lagu ni mmg sangat sesuai la untuk sape2 nk nyanyikan untuk bf/hubby masing2.dan lagu ni best sgt.aku akan repeat lagu ni byk kali bila aku dgr.haha.

4. Diam-diam Jatuh Cinta by Ramlah Ram

~hahahaha.mmg kena drop la aku ni ;p sebenarnya aku xpenah dgr pun lagu ni.tp ada satu hari tu aku merajuk ngan Encik.kitorang nak keluar g mana ntah xngat.dalam keta terdengar lagu ni.Encik nyanyi lagu ni.hafal gila lirik nye.aku rasa kelakar terus aku gelak jek.senoi la Encik ni.lagu cam ni pun dia hafal lirik nya.aku pun xtau dr mana dia tau lagu ni.then apalagi aku ni apa2 berkaitan Encik aku akan minat.terus la aku addict ngan lagu ni.hee.

hurm sebenarnya banyak lagi lagu2 yang aku minat.tapi seperti yg semua org tau la kan.aku ni kipas-susah-mati Siti Nurhaliza.so SEMUA lagu dia aku minat.ngee.pastu tak-kan aku nk list kan semua lagu Siti jek kan.nanti org xsuke lak.

cik pipit,sy dh blogkan lagu2 feberet saya eh.hope puas hati la.mungkin di kemudian hari nanti sy akan update lagu2 lain lak.insyaAllah.

antara lagu lain aku minat :

  • Selamat Malam, Bencinta, Sampai Syurga, Cuba by Faizal Tahir
  • Pergi by Aizat
  • Rawan by Azharina
  • Semakin Rindu Semakin Asyik by Amelina ;D
  • Russian Roulette by Raihanna
  • Never Let You Go by Janice ~ ringtone utk Encik ;)
  • Halo by Beyonce
  • Cinta by Melly & KD

Tuesday, March 2, 2010

non-stop!!


few days ni macam bosan jek.takde cerita menarik nak di tulis kat sini.hidup aku macam biasa jek.pagi g keje.malam baru balik.terus mandi and layan internet jap.lepas tu zzzzz..... ;) hari ni pun sama.cuma harini aku pulang awal sedikit dari selalu.sebab aku dh terlalu letih berkerja tanpa henti.huhu cam dasyat jek bunyi ;p so tunggu je la entry seterusnya.banyak juga nak diluahkan.tapi MALAS ;D daaaa.....







p/s : mish u cayangggg.nak jumpe.nak jumpe ;)