Wednesday, December 29, 2010

Pembelajaran melalui emel ;p



sayasudahpandaibuatbendaini







cotcet : a million thanx to cik pipit ;)

Monday, December 27, 2010

Hantu oi Hantu...


Sempat mengular untuk menonton cerita ni tadi dengan si Encik Boipren =D


Saturday, December 25, 2010

Jingle. Jingle. Jingle


Hohohoho Merry Christmas to all!!

As usual, bila christmas camni mesti la cuti kan. Tapi macam tak berapa best sebab jatuh hari sabtu yang memang sedia cuti. Oleh kerana kebijaksanaan aku, aku telah mengambil cuti awal sempena Krismas ni ;p Aku amik MC semalam. Jadi dapat la bercuti panjang ^__^

Semalam aku pegi hantar WSL6070 aku untuk di servis. Encik dan ayah aku dah berletermemekakmembebel suruh aku hantar kereta ke Pusat Servis. Jadi aku TERpaksa ye TERpaksa amik MC sebab cuti den dah habih =.='

Hari ni pulak aku nak bawak bonda ku serta si bulat ku pegi membeli dan membelah di beberapa tempat. Jenuh la aku drive sorang-sorang -_- Encik dah la takde. Dia sibuk dengan job pulak harini. Kalo tak boleh suruh Encik jek jadi driver kami =))

Nanti aku update barang apa aku beli eh. Byepye ;p

Thursday, December 23, 2010

1st Anniversary ;)

Baru perasan ;)

Dah setahun rupa nya aku ber-blogging ni. Sekejap jek rasa nya masa berlalu. *ayat skema ;p

Happy 1st Anniversary!! Semoga blog ni kekal sampai bila-bila. Semoga bertambah la follower blog ni nanti. Insya-Allah blog ni akan di update dan akan diceriakan selalu. Semoga terus mengikuti blog yang tak seberapa ni ye ;)

Terima Kasih.

Sadis :(

Petang tadi kan. Petang tadi kan kita pegi la tempat ni tau....

Yang kat Section 7 Shah Alam tu... Pastu kan pastu kan kita jumpa dengan diorang ni....

Giler dowh!!! ;p Rasa nak pitam bila nampak si Shahz Jaszle ni... Tapi orang ni kan....

Tak bagi kita amik gambar dengan si Asmara tu :'(

Tapi ada satu benda kelakar si Encik Boipren ni cakap. Aku ni dah merengek-rengek nak amik gambar dengan si Asmara tu. Yang Encik ni konon-konon nak buat aku jeles la. Dengan muka confident nya dia cakap

" kalau u nak amik gambar dengan laki tu, bagi i amik gambar dengan Melisa Saila tu "

hahahahahahahahahaha...... Maria Farida la yangggg... ;p

Memang lawak la. Bukan nya aku jeles pun. Aku ketawa ada la. Confident jek dia cakap. Cayang cayang.... ;)

Friday, December 17, 2010

Tagged by Farhana Anuar

Sudah 2,3 kali di tagged oleh Cik Farhana Anuar. Tapi masih degil untuk menjawab =) Kali ni kita jawab la eh.. Nanti Cik Farhana tak nak tagged kita lagi.heee ;D

1)this is seriously going to get personal, you ready?
++ errmmm okay -__-

2) if you were caught cheatin, would you fess up?
++ insya-Allah ^__^ (jawapan selamat kot)

3) the last time you felt honestly broken?
++ no idea ;D

4) are you cravin somethin?
++ takde kot. sebab tengah kenyang gila!! ;p

5) if you could have one thing right now what would it be?
++ money!!

6) would you rather have ten kids or none?
++ ten? so much la ^_^

7) what do you hear right now?
++ Pintu Rindu by Siti Nurhaliza

8) is your bed against more than one of your walls?
++ yes.

9) what's on your mind right now?
++ nothing!! LOL

10) are you there for your friends?
++ aku ada kawan ke?? ;p

11) last person to see you cry?
++ ramai. masa pakcik meninggal. (sama cam Cik Pahana ;p)

12) what do you do when you get nervous?
++ meneruskan nervous itu.hahaha

13) be honest, do you like people in general?
++ errmmmm -___-

14) how old do you think you'll be when you finally have kids?
++ end of 26 ;D

15) does anyone completely understand you?
++ only myself ;))

16) do you have a reason to smile right now?
++ yup.

17) has anyone told you they dont ever wanna lose you?
++ entah la eh..

18) would you be happier if life had a rewind button?
++ ada tak word HAPPIESSSSSSSSSSTTTTTTT? ;))

19) do you tell you mom or dad everything?
++ kalau everything, rasa nya dah arwah aku ni. LOL

19) does it matter to you if your bf or gf smokes?
++ yes. it is a BIGGEST matter for me -___-

20) are you goin to get hurt anytime soon by someone?
++ saya tak faham apa awak carut kan.

21) this time last year, can you remember who you liked?
++ i like myself ;p

22) do you think more about the past, present or future.
++ future of course.

23) how many hours of sleep do you get a night?
++ depends. 7 to 8hours. or maybe less.

24) are you easy to get along with?
++ nope ;DD

25) do you hate the last girl you had a conversation with?
++ adik aku. Gile aku nak benci budak bulat tu ;)

24) what was the last drink that you put in your mouth?
++ air masak jek.

25) what size bed do you have?
++ queen.

26) do you start the water before you get in the shower or when you get in?
++ saya tak paham awak mencarut binatang apa ni.

27) do you like the rain?
++ sometimes.

28) do you think someone is thinking about you right now?
++ Ammal bin Sazali. oh i miss him damn much -____-

29) have you ever done somethin you told yourself you wouldn't do?
++ yes.

30) who were you last in the car with, besides family?
++ boipren belum kategori family lagi kan? ;))

31) whats the last movie you saw in theaters and with who?
++ Ngangkung with boipren.

32)have you ever been hurt by someone you never thought would hurt you?
++ malas nak pikir!

33) your parents are out of town, would you throw a massive party???
++ my parents are out of town. i also at town with them.for sure ;D

34) do you regret a past relationship?
++ nope.

35) would you rather spend a Friday night at a concert or a crazy party?
++ sleep is the best party for me.

36) do you tend to fall for the same type of person over and over?
++ nope.

37) have you made a joke about somebody that made them cry?
++ nope.

38) do you care too much about your appearance?
++ too much tu takde la sangat.tapi masih care la ^___^

39) are you a jealous person?
++ 101 markah untuk anda \(^____^)/

40) have you bought any clothing items in the last week?
++ ada. tapi "belum" muat nak pakai.hahahahahahahaha

41) do you miss anyone?
++ (tengok jawapan no 28)

42) last person who made you cry?
++ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti.sebab dengar lagu mereka, Hanya Dia.sangattacingoke -__-
43) does you ex piss you off?
++ aku ada ex ke eh ;p

44) what are you doin tomorrow?
++ kenduri dan menempah baju nikah.bluwex.

45) are you the type of person who has a new bf/gf every week?
++ ko ingat aku tukar blazer uniform aku ke? huh! (emosi ;p)

46) is there anyone you want to come and see you?
++ Nur Fazura. sebab nak pinjam boot Gucci dia. Oh my Gucci! hahaha

47) have you ever been cheated on?
++ penah kot.

48) ever given all your heart to someone who walked away?
++ honestly, yup.

49) do you like cotton candy?
++ saaannnngggaaatttt suke oke.

50) who was the last person you had a serious conversation with?
++ my mom cum my wedding planner.stress!

51) are you planning to get knocked up or knock someone up by age 17?
++ already 25th la.

52) do you have siblings?
++ of course.

53) have you ever fallen asleep on someone ?
++ si Farhana gelak besar. aku lak nak nangis besar la. Wuuuuaaaaaa ;p

54) how has the past week been for you?
++ sad.

55) do you have a friend of the opposite sex you can talk to?
++ dulu ada. tapi now dah takde.

56) what's on your mind right now?
++ sakit mata tengok laptop lama-lama jawab tag ni -___-

57) what were you doin at midnight last night?
++ kalau betul-betul midnight jawapan nya aku dah tido la.huhu

58) what is your current mood
++ mood Pergi :(

59) who was the first person you talked to today?
++ "cayangggg bangun yanggggg.." ^___^

60) will this week be a good one?
++ Insyaallah.. ^_^

61) anything happen to you within the past month that made you really happy?
++ bila semua barang sudah di beli.

62) who were you with last night?
++ family plus si boipren yang datang membetulkan laptop ;)

63) did you talk to someone until you fell asleep last night?
++ nope.

64) next time you will kiss someone?
++ yup. my boipren. (haaaaahhhhh???!!!!)

65) who should start the kiss, the boy or the girl?
++ sape-sape yang start gatal dulu.hahaha

66) do you have any plans for the weekend?
++ A LOTTTTT!!!!!

67)what do you think about this survey? and give points out of 10.
++ 3/10. penat nak menjawab.huhu

Monday, December 13, 2010

Positive or Negative

HAHHHHH?????!!!!!!



Astaghfirullahalazim.....
Hehe... Jangan panik. Saya masih waras. Saya tak kan buat benda jahat. Ni semua gara-gara si Mak Mah kat ofis aku tu. Dia yang mintak aku beli kan Pregnancy Test ni untuk dia. Siap pesan cari yang paling murah. Huhu..
Aku pun cuak juga sebenar nya masa nak beli benda ni. Yela tak biasa kan. Tapi takpe la buat-buat tak tau je la. Janji setel. ;D

Kau Pergi Jua...

Al-Fatihah
Jamaluddin bin Hassan
Mei 1964 - December 2010
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Aminnnn
** Kepada saudara-saudara ku, bersabar lah dan tabah lah menghadapi ujian Allah ini. Sesungguh nya saya tahu tiada di antara kita yang bersedia dengan keadaan ini. Tapi Allah lebih menyayangi arwah. Redhai lah ia. Semoga roh nya di tempat kan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin....

Saturday, December 4, 2010

Mari menjadi boss ;D

Wahhhh!!! Sangat ter-kujat tengok baju baru blog saya ;) Terima kasih cik Farhana Anuar kerana sudi menolong saya menyalinkan baju blog saya.. Lepas ni ajar saya eh.. Nanti saya boleh buat sendiri.. Tak payah susahkan awak lagi ;D

Fuhh hari ni sudah hari ke 4 dalam bulan December ni.. Agak terasa la kelajuan masa tu bergerak.. Rasa macam tak sempat buat apa-apa kat office tu, dah sampai hari jumaat.. (ke aku yang asik main2 jek kat office tu?sebab tu keje semua tak jalan ;p)

2,3 hari ni aku asik pikir pasal nak berhenti keje. Rasa bosan dah keje ni. Kalau tengok gaji, keje, benefit semua aku rasa ok jek kalau aku nak terus keje. Tapi bila pikir bos, staff lain, aktiviti merepek yang management buat semua tu rasa macam nak berhenti 24jam jek..huhu.. Aku dah target aku akan keje 5 hingga 8 tahun je lagi.. Lepas tu aku nak berhenti.. Aku plan nak push betul-betul Encik punya bisnes photography tu.. Disamping tu juga ecehayattaklehblah aku nak start kumpul modal untuk aku pegi kelas mengandam. Aku nak belaja mengandam dan buka butik pengantin aku sendiri.. Sebab aku nak jadi BOSS!!! Aku tak nak jadi KULI!!! ;))

Itu semua perancangan yang ada dalam kepala aku sekarang ni.. InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik untuk capai cita-cita aku ni.. Dulu penah masa sekolah kawan aku suruh aku tulis buku biodata dia. Bila part cita-cita aku suka tulis " aku nak jadi bos kau! "..hee..

Semoga impian dan cita-cita aku akan tercapai satu hari nanti.. Dapat lah aku jadi BOSS.. Tak payah la aku ada bos yang sangattakbest tu lagi ;)

Wednesday, December 1, 2010

Akhirnya....

Hari ni sudah masuk 1 Dec 2010.. Rasa cepat sangat masa berlalu.. Tapi elok juga masa cepat berlalu ni.. Cepat sikit aku kawen.. Dah gatal sangat dah niiii...hahaha.. Takde la main-main jek.. Nak cepat sebab tak sanggup nak tension-tension dengan segala persiapan..huhu

2,3 hari aku tak update blog ni sebab aku sibuk sikit la... Sibuk berdating!! haha ;p Hari-hari lepas kerja aku jumpa Encik.. Pergi makan la beli barang la tengok wayang la... Semalam kitorang pegi tengok wayangggg... Cerita Ngangkung.. Lawak la cerita ni.. Sekadar untuk menghilangkan stress boleh la..hehe..

Hari isnin haritu pulak sempat aku pegi tolong Encik mengemas rumah nya. Encik baru pindah rumah lain pulak. Sebelum ni duduk kat Seksyen 7, Blok 48. Tapi sekarang dah pindah Blok 46. Sebelah Blok 48 ;)

Hari ni pulak kitorang tak jumpa. Sebab aku nak pegi GUNTING RAMBUT!!! Ye..akhirnya aku potong juga rambut aku ni..huhu.. Tak tahan la.. Rimas.. Aku malas nak ajak Encik teman kan aku pegi gunting rambut.. Sebab nanti dia tido kat kedai tu..hehe.. (nanti aku update lain eh pasal rambut kalau aku berkesempatan ;p)






sedang tension memikirkan colour baju :(

Friday, November 26, 2010

RM1.10

Semakin hari semakin aku tak faham dengan IQ masyarakat kat Malaysia terchenta ni.. Naik tension aku di buat nya. Macam ni..

Setiap hari aku pergi dan balik kerja, aku akan lalu tol Batu Tiga, Shah Alam. Yang RM1.10 tu. Aku ni salah seorang pengguna Smart Tag. Masa pagi aku tak berapa kisah sangat dengan pengguna-pengguna lain Smart Tag ni. Tapi bila masa balik aku cakap kauuuu... Nauzubillah... Lorong khas Smart Tag ada 3 lane jek. Tapi line kereta untuk masuk kat Smart Tag korang tau berapa? 5 line oke!!!

Panas hati betul.. Nak masuk Smart Tag yang dah tentu-tentu laju tu pun nak rebut-rebut.. Tak paham la akak dik oiii... Korang dapat apa kalau korang orang 1st masuk lane tu? Kat depan tu ada orang tunggu bagi hadiah RM1juta ke? Eeee tak paham betul aku.. Line kat Smart Tag lagi panjang dari line kat Tunai.. Camano tu??!

Aku harap sangat mentalilty rakyat Malaysia ni dapat di ubah.. Jangan suka berebut-rebut. Jangan asyik nak duduk depan jek. Kadang-kadang boleh merbahaya kan tau. Kalau setakat effect kat diri kau sorang jek takpe. Kalau dah libatkan orang lain. Hah tak pasal jek..

Thursday, November 25, 2010

:: Blurrrrrr ::

Sebenar nya aku baru mula menjinak-jinak kan diri dengan Nuffnang ni. Ye aku tau aku ketinggalan. So what?? Cehh sempat lagi eksen ;p Mula-mula aku tak tau apa binatang nya si Nuffnang ni. Lepas tu aku pun buka web nya. Tapi....haraaammmm... Sampai sekarang aku still blur pasal Nuffnang ni...haha sedih betul jadi Zaara Rifqi ni :(

So pada sesiapa yang rasa hati dia baik untuk terang kan kat aku apa sebenar nya Nuffnang ni, boleh la emel aku ke comment aku ke inbox kat FB aku ke mesej kat hp canggih aku tu ke.ehh?? Pertolongan anda sangat saya hargai. Nanti saya belanja gula-gula oke! ;p


ikhlas daripada hati saya untuk semua ;)

Tuesday, November 23, 2010

Kompleks Kerajaan C, Putrajaya


Hari ni aku cuti (ewah mentang-mentang baru semalam gaji.harini ko dah amik cuti eh ;p). Sebenarnya tujuan aku cuti ni sebab aku nak teman kan Si Encik Cayang aku ni pergi interview dekat Putrajaya. Interview untuk jawatan Juruteknik Komputer. Kami sampai tepat jam 8pagi. Lepas Encik mendaftar dan dapat angka giliran 0514, kami pun pergi kafe untuk sarapan dulu. Nanti tak boleh jawab pulak kalau perut lapar kan?hehe..

*ni semasa sesi menunggu giliran ;)

Lebih kurang jam 1102pagi Encik pun setel interview. Kami pun bergerak ke Alamanda ;) Lama tak pergi Alamanda. Walaupun takdebendasangat pun kat sana.huhu.

Tapi dalam takdebendasangat tu, sempat juga la aku melayang kan duit aku kat CarloRino, Alamanda tu ;D

*ala CarloRino jek...bluwexxx ;p

Balik dari Alamanda, kami terus balik Shah Alam. Konon-konon nak pergi beli kasut Encik, makan pastu terus balik rumah. Tapi Encik baru teringat yang dia nak pergi rumah kawan nya untuk ambil barang. Jadi lepas beli kasut, terus terbang ke Ampang. Penat juga la sebab jalan agak jammed. Tapi dah tentu la bukan aku yang penat lebih kan ;p

Pendek kata, hidup aku memang seronok la hari ni. *Sebenar nya hari-hari hidup aku seronok semenjak Encik Cayang ni dah duduk dekat Seksyen 7, Shah Alam ;DD

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha 1431H

Salam Aidiladha

Aktiviti hari ni memang bosan gila...asik makan tido makan tido..petang jek aku sempat ke hospital melawat pakcik aku..balik dari hospital terus makan lagi..hahaha!

Lepas maghrib tadi jek aku sempat call TM sebab aku ada masalah dengan modem streamyx aku.. Line tak connect dari semalam.. Bila call orang TM tu suruh aku duduk depan laptop dan ajar aku buat macam-macam... Terima kasih ye ;)

Esok kembali ke aktiviti biasa iaitu BEKERJA!!! argghhh bosan juga!!

Last sekali, Selamat Hari Raya Korban untuk semua :)

Saturday, November 13, 2010

Tiga Belas Nov Dua Puluh Sepuluh

Last update 30/10/2010
Today 13/11/2010

Perghhhh agak lama juga tu aku meng-update blog aku ni ;p Nak kata malas sangat tu tak juga. Kadang-kadang ada benda nak cerita. Tapi balik keje masa matahari pun dah naik katil. Bila masa la aku nak meng-online-kan diri aku. Kalau ada pun sekejap. Melalui telefon-tangan sahaja. Selebihnya aku hanya bermalas-malasan depan tv dan akhir nya aku membuta-kan diri depan tv.hahaha.. Kadang-kadang seawal jam 0930pm aku dah membuta. Cam ne tu..


Kehidupan aku berjalan seperti biasa. Cuma 2,3hari lepas aku agak rilex sikit kat office. Sebab officer aku dan juga boss "kesayangan" aku tu takda. Kak Yaya ada convention kat Palace of The Golden Horses. Yang boss pulak dengar cerita bercuti-cuti Malaysia. Oppss Malaysia ke luar Malaysia ke tak amik tau pulak aku. Tak kuasa nak amik tau. Hal diri aku pun aku belum habis amik tau lagi ;p


Mulai 16nov ni Encik Cayang akan memulakan tugas nya kat UiTM, Shah Alam. Yeayyy!!! Kami dah dekat ;D Aku suka juga bila Encik dapat kerja ni. Sebab dekat dengan aku 1 hal. Lagi satu senang kami nak berurusan kalau dah dekat macam ni. Kalau weekend nak pergi beli barang atau survey barang kan senang. Tak payah nak susah payah pergi ke Seremban atau datang dari Seremban ;)


Semoga segala urusan kami dipermudahkan-Nya.

Saturday, October 30, 2010

Tagged ;p

Sengaja menjawab tag kerana tiada cerita untuk di update ;)

1. Name 1 person who made you laugh last night.
Bell Ngasri. sbb aku tengok cite Ahmad Durrah semalam. Bell memang lawak gila sekarang ;p

2. What were you doing 1 hour ago?
Mandi selepas pulang dari photoshoot di Bagan Lalang.

3. What was the last thing you said out loud?
Adik, cepat amik album tu dalam kereta!! ;)

4. Where's the next place you're going to go?
Of course la kamar beradu..hee

5. What was the last thing you paid for?
Bayar tol rm5.50 pun boleh di kira kan? ;))

6. Where were you last night?
Malam-malam mesti-lah aku duduk rumah saja. 'Anak dara' tak elok merayap malam-
malam.

7. What's the best ice-cream flavor?
Choc mint.

8. Do you wanna cut your hair?
At this moment NO..sbb saya nak berambut panjang semula..

9. Do you love to melatah?
X love sangat pun.tapi masih belum dapat di elakkan ;p

10. If that so (melatah) , what will you said out loud?
Hah! berbunyi!! -walaupun xde apa yg berbunyi ;D

11. What does the last text message you received say?
"xpola kang klau bg tkt tetinggal lak"-msj Encik Cayang ;)

12. Will you get married in the future?
Of course!! soon ;)

13. Do you chew on your straw?
Perlu ke?

14. Do you make up your own words?
Sometimes.

15. Is there anyone you like/love right now?
Cinta hati-ku, si budak gumuk bucuk!! ;p

Sunday, October 24, 2010

Hujung minggu kami..


Buang tebiat ke eh?? ;pp

Kami punye!!! ;DDD



alhamdulillah.selesai satu perkara.lega :)

Monday, October 18, 2010

Time flies~

Fuuuhhhhh!!!! berhabuk dah blog aku yang tak seberapa ni ;)

Bukan aku sengaja meninggalkan nya tapi hari-hari yang aku lalui penuh dengan bermacam-macam perkara. Sibuk berkerja, meneman emak aku ke hospital kalau takde apa hal, 9/10 hari tu ada staff trip ke Penang, sabtu lepas pergi menyerah muka di Mayfair. Ada banyak lagi la aktiviti aku tapi aku malas nak berceita panjang. Mungkin lain kali? ;)

Semoga hidup kalian di penuhi dengan aktiviti berfaedah ye. Selamat menjalani tugas harian anda :D

Bertemu lagi di entry seterusnya. Bye

Saturday, October 2, 2010

Adam vs Hawa

Boss : B, u ada masalah ke dengan A?

B : ya. saya tak suka dia. saya kalau tak suka orang, memang sampai bila-bila saya tak suka.

A : aku nak tanya kenapa kau tak suka aku?

B : sebab perangai kau macam budak-budak. hal kecik-kecik pun mengadu kat bos.

A : bos, saya nak B tulis explanation letter kenapa dia tak suka saya.

hahahaha...pernah dengar tak masalah personal antara officemate sampai nak kena bagi explanation letter. Bukan bos yang mintak. Tapi diri sendiri yang mintak. Tak cukup ke jawapan orang tu yang dia tak suka kau sebab perangai kau yang suka mengadu tu? Eeee tak paham la aku dengan kau ni. Dah la kat facebook kau sengaja mengaibkan diri sendiri. Daripada orang ramai tak tau apa jantina kau sebenar, terus orang tau yang kau sebenar nya "adam" BUKAN "hawa".. hahhh hamekkk kau...

Itu la, lain kali jaga tepi kain sendiri. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Lepas tu sibuk dok mengadu kat bos. Apa sangat la yang kau dapat dari bos tu. Ish. Ish. Ish..

Wednesday, September 29, 2010

Muhammad Riyadh Zayyan

21 september 2010 lahir lah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w yang diberi nama Muhammad Riyadh Zayyan bin Shahril Aznin. Anak sulung abang aku. Memang comel oke budak kecik sorang ni. Mata nya bulat pandang orang masa mula-mula kami sampai tu. Tapi bila kami dah tengok-tengok dia, mata nya terus kuyu. Lama-lama lelap.hee..

Ini lah rupa anak buah aku yang pertama ni....


Agak tak sabar juga la nak tunggu dia besar sikit. Dalam 3,4bulan. Baru sedap dan berani nak pegang dia. Masa kami melawat hari tu dia lembik sangat lagi. Takut juga nak pegang. Tapi aku gagah kan juga la pegang dia. Alhamdulillah, tak patah-riuk budak tu..hehe

Practice makes perfect!!!! ;D


Tuesday, September 28, 2010

keliru

Kalo fikir dari segi :

Bisnes : rugi menyimpan orang yang tidak boleh membawa untung pada syarikat

Perikemanusiaan : sangat kejam bila berhentikan orang tanpa notis awal.

Dunia. Dunia. Dunia...

Tuesday, September 14, 2010

Encik memang lain macam ;p

Hari ni aku masih bercuti. Jadi sempat la aku beraya ke rumah Encik. Tapi tak la raya sangat pun. Aku lebih teruja nak pergi tengok wayang jek.hee~ Masa aku pegi beraya kat rumah Encik, aku dapat hand-bag niiiiiii..... ;DDDD



Best kan?? Duit raya dah dapat sebelum raya. Ingat kan bila datang beraya takde dapat apa-apa la. Rupanya dapat handbag pulakkk..hehe. Haishhh tak sabar nak tunggu tahun depan dapat apa pulak..hahaha~

Monday, September 13, 2010

Big Family is my dream ;)

Raya kali ni tidak begitu menarik pada aku. Aku sendiri tidak pasti di bahagian mana yang tak menarik tu. Nak kata tak jalan-jalan, dari raya pertama sampai ketiga asyik meng-habiskan minyak kereta tu.haha~

Apa pun aku bersyukur kerana aku masih dapat beraya bersama semua kaum keluarga aku. Dari yang paling tua-atok, sampai la yang paling muda-anak cik pipit kot~;p







cotcet : masih mood beraya. beraya bersama Si Bucuk!! ;)

Wednesday, September 8, 2010

::Festive Season::

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Aku sengaja awalkan sehari. Sebab esok aku dah bergerak menuju kampung halaman nun jauh di Sungai Buloh ;p Semoga lebaran ini memberi sinar yang terang-benderang *sampai silau biji mata untuk anda semua~ceh!berapa kerat sangat jek yang baca blog aku ni.bluwekx~

Sunday, September 5, 2010

Hadiah lagiiiii~


Yeaaayyyyyy!!!!!! saya dapat telefon-tangan baru lagi ;DDDD

Telefon-tangan ni sempena hadiah birthday saya. Encik Cayang bagi hadiah advance. Sebab birthday saya jatuh pada hari bekerja. Jadi susah la sikit Encik nak datang hantar hadiah. tak kisah la bila-bila dia bagi pun. Yang penting dia ingat. Hadiah-hadiah ni semua untuk seronok-seronok jek. Hadiah mahal ke murah ke aku tak kisah sangat pun. Pada aku kasih-sayang dia pun dah cukup mahal bagi aku.eceh~

Selain hadiah advance, Encik Cayang juga bagi duit rayaaaaaa tadi ;p Best tu. Banyak dia bagiiiii~

Saturday, September 4, 2010

Bila hari itu tiba

Mood : raya.raya.raya ;)

Yeaayyyy!!!! Kurang seminggu jek lagi nak raya. Mood kerja aku memang ke laut la.hehe. Nak bangun sahur pun aku dah malas. Ni pulak nak pergi kerja kan =)

Pagi tadi separuh hari aku, mak dan adik aku berkemas kat rumah. Habis semua ceruk-ceruk kami kemas.hehe. Berbaloi la tengok hasil nya. Walaupun tahun ni kami hanya berganti langsir, memadai lah. Tak kan lah tiap-tiap tahun nak tukar perabot kan. Makin putih la uban ayah aku (walaupun memang dah xnampak hitam nya =;p) Bila tengok rumah dah siap kemas lagi la mood raya aku tu menjadi-jadi. Baju yang hanya 5pasang tu pun mula la aku congak-congak bila nak pakai.haha~

Sambil menaip ni pun lagu raya jek yang berkumandang. Bukan kat radio ye. Tapi dari lappy ter-chinta ni ;D

Tapi, ada gak sedih nya. Kasut raya aku belum beli lagi =( Anak cik pipit dah 3pasang dah kasut nya. Tu belum tengok cik pipit punya kasut lagi. Mesti lagi banyak tu ;p Maklum la tahun ni kan cik pipit nak tunjuk kan perbezaan antara pinggang dan punggung nya kan.hee~

Takpe lah. Esok Encik Cayang nak bawak saya jalan-jalan. Cari kasut kot?! Bluwek~




cotcet : 3days to go~ ;)

Sunday, August 22, 2010

Sime Darby Convention Centre

Hari jumaat yang lepas, office aku ada membuat majlis berbuka puasa. Kami pergi booking tempat dekat Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Best tempat ni, besar, cantik, makanan pun sedap-sedap. Tapi yang tak berapa nak best sangat tu masa nak pergi ke tempat ni dari office aku kat Subang Jaya tu. Jammed nya nauzubillah.hehe.

*imej ihsan google
Nasib baik daripada pagi memang aku tak drive pergi office. Pagi aku tumpang si Fadilah Omar. Petang pulak aku tumpang si Kak Mah.huhu. Semua orang merungut kenapa pilih tempat ni. Aku sebagai salah seorang committee pun takde jawapan untuk soalan tu. Sebab yang meng-arrange-kan semua ni bukan aku. Ada kakak committee sorang ni yang memang suka buat keje sendiri-sendiri yang uruskan. Menyampah!!

Tapi pendek kata memang berbaloi la berbuka dekat sini. Harga buffet yang kami dapat hanya la RM45 per pax. Sape-sape berminat boleh la cuba pergi sana.

Monday, August 16, 2010

Kisah benar di bulan Ramadhan

Ahad semalam adalah hari yang agak kelakar pada aku. Cerita nya macam ni...

Sabtu malam berlaku sedikit adegan merajuk2 antara aku dan Encik (cewah ;p) biasa la yang terlebih rajuk nya mesti la aku kan.hehe.. Adegan merajuk2 ni berlarutan sampai ke tengahari ahad tu. Lebih kurang pukul 1.30ptg Encik mesej. Kitorang pun mesej punya mesej sampai la jadi baik ;p tiba-tiba cara Encik mesej lain pulak. Mula-mula dia tanya kat Shah Alam hujan tak, aku tengah buat apa, aku nak tidur ke tak, macam-macam la. Siap pesan kalau nak tidur baik tidur sekarang. Aku agak confuse di situ ye... Last2 aku tanya dia tengah buat apa. Dia kata tengah drive menuju SHAH ALAMMMMMMM ;D apa lagi melompat-lompat la aku (hati jek melompat. badan aku tetap baring sebelah adik aku depan t.v ;p)

Lebih kurang pukul 4 Encik sampai kat rumah. Aku pun terus mem-blah-kan diri aku dari rumah.hee. Kitorang pun tak tau nak pergi mana tapi Encik pesan pergi reserve tempat untuk berbuka dulu. Encik nak makan kat Section 13, Restoran Pelaga nama nya. Sampai jek kat sana orang tu kata kalau setakat 2orang tak payah reserve. Kami pun okay je la. Aku ajak Encik pergi Tesco roundabout, nak reserve Nasi Beriyani JM. Tapi dah penuh pulak. Kami meneruskan perjalanan kami ke Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam. Tapi pulang dengan tangan kosong.hehe. Tak tau nak beli apa. Orang pun ramai.

Lepas tu kami pun berehat jek di kawasan berhampiran Restoran Pelaga tu. Masa ni la yang kelakar nya. Aku dan Encik borak-borak sambil Encik leka main game. Tapi entah apa yang tak kena nya kami bergaduh pulak.


Encik buat muka tak bersalah ;p

Mula-mula gaduh aku menangis. Lepas tu Encik pujuk dan buat muka poyo dia tu, terus aku okay balik. Tak lama lepas tu gaduh lagi. Nangis lagi aku ni (cengeng kan ;p)... Itu je la keje kitorang dalam kereta tu. Gaduh baik gaduh baik.haha.. Macam entah-apa2-entah.. Poyo jek kitorang ni.. Dah macam takde benda lain nak buat. Tapi memang takde pun. Nak jalan banyak-banyak penat. Yelah puasa kan ;)

Ni makanan berbuka kami semalam.



Haaaa ni semua muka poyo kitorang sebelum berbuka. Konon nak tunjuk yang kitorang TAK PERNAH gaduh la ni... ;DD
Bila pikir-pikir balik memang kelakar la.. Topik yang dibincang kan ringan dan simple jek. Tapi gaduh nya macam besar dan hebat sangat jek.hee. Apa-apa pun aku tetap sayang kat Encik ni. Walaupun dia agak poyo tapi dia BESSSSSTTTTTT ;D

Thursday, August 12, 2010

Para jelitawan terhebat dunia..


Di sini kumpulan maybank..kami begitu yakin...lalalalala~~
Ni la dia jelitawan-jelitawan kat Maybank Wisma Consplant, Subang Jaya tu ;) kami semua akan melayan segala kerenah anda, perangai bodoh-sombong anda, perilaku anda yang sangat gedik mengada tu ;D jadi jangan lupa singgah ke Maybank Wisma Consplant ye.. apa?? tak tau kat mana? emm elok la tu..hahaha ;p

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Ye.aku terlewat sikit ;)


Selamat Menyambut Ramadhan, kawan-kawan...


Semoga ramadhan kita kali ni diberkati dan dirahmati Allah swt. Bersama-sama lah kita berlumba-lumba mendapatkan seberapa banyak pahala pada ramadhan kali ni. Bersama tingkat kan amalan yang ada. Aminnn...






cotcet : mungkin kah ramadhan kali ni adalah ramadhan terakhir aku sebagai pemegang status "bujang"??? ;p

Wednesday, August 4, 2010

Aku,Encik & Duit ;p


Ada satu kegembiraan bakal muncul dalam hidup aku ;)






cotcet : Encik orang paling gembira ;p

saje~


Nabil BEST!!! macam Encik saya ;p

Wednesday, July 28, 2010

updated ;p

YEAYYYYY!!!!!!

Akhirnya dapat gak aku menulis disini.hee. Sebenar nya sabtu lepas lagi aku dah dapat laptop ni.tapi aku terlalu sibuk menguruskan hal-hal diri dan keluarga aku. jadi tertangguh lagi la niat aku nak mengupdate belog yang tak seberapa ni..

Cukup la mukadimah ni dulu. Saja nak menunjuk kan yang aku masih bernafas.hee. Mungkin lain kali aku akan update atau upload gambar2 sepanjang ketiadaan aku di belog ini.cewahhh ;p




cotcet : sabtu ni nak g tengok Cuci the musical ;D

Tuesday, July 6, 2010

Semoga semua nya pulih..

Pheww!! berapa abad dah aku tak update2 blog aku ni. Rasa macam orang takde blog pulak.hehe. Anyway hari ni pun bukan nak cerita sangat pun sebenarnya.haha. Sekadar melawat dan meninggalkan secebis "repekan-repekan" (ada ke word ni eh? ;p)

Aktiviti aku sepanjang ketiadaan entry2 kat blog ni takde apa sangat pun. Macam yang pernah aku tulis sebelum ni yang aku sedang dalam proses penyelenggaraan muka aku. Setakat ni semua bergerak lancar. Alhamdulillah ada sedikit perubahan kat muka aku ni. Pada aku sedikit la sebab aku tak nak la cakap banyak, nanti orang kata perasan pulak ;)

Apa-apa pun aku tetap akan teruskan penyelenggaraan muka aku ni. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati aku. Sebenarnya aku target muka aku ni baik sebelum raya ni. Jadi cantik la sikit muka aku raya ni.hehe. Mudah-mudahan la kan. Aminnn...

Sunday, June 27, 2010

kita dapat hp baru ;)

;DDDDDDDDDD emm macam ni la keadaan aku sekarang selepas dapat benda kat atas ni.huhu.
credit to Encik kerana bagi aku benda kat atas ni.thanks sangat-sangat cayang.lepas ni saya pulak belikan cayang hp eh.saya janji ;)
yeayyyy!!! Encik sangat baik ;p love him soooooooooo muccchhhhhh..

Wednesday, June 16, 2010

love it (*_*)

YYYEEEEEAAAAAYYYYYY!!!!!! saya dapat beg baru ;DDDDDD



itu sajeee ;)

Family Trip

11 June 2010 - 13 June 2010
Family Trip to Kuantan








tak banyak gambar sebab penat drive.huhu





~sy dah taip pjg2 tp ntah apa yg xbtul terus jdi xcantik.sy buang dan sy wat baru.bila kali kedua punye keje cam ni je la yang jadi.haha ;)

Tuesday, June 1, 2010

not in d mood T_T




SAYA SEDANG SANGAT SAKIT AMAT YANG TERLALU !!!!!!




Saturday, May 22, 2010

Rimas. Rimas.


Siang tadi aku g melawat Jakel yang baru buka kat section 7 Shah Alam tu.baru tak baru sangat la kedai tu buka.tapi aku yang baru dapat melawat.hee.memang GILER la dorang punya sale.sampai kan terbuka luas mata aku dan mak aku.hahaha.

Sampai jek sana aku terus pergi tingkat atas sekali.tingkat atas bahagian kain Lace.kain baju pengantin ;) eceh..cam poyo sangat nak kahwen nya.takde la, aku saja jek jenguk2.tapi aku memang menyesal gila la naik atas tu.huhu.masa aku sampai atas ada sorang adik ni dah start follow aku.ahh aku lemas dah ni.lepas tu sibuk pulak tanya itu ini.nak cari colour apa kak, nak cari jenis macam mana kak, nak cari yang pakej ke tak kak.arrrggghhh tension2.aku sekadar nak melihat2 dan men-survey2 saja.bukan betul2 nak beli pun.lepas tu adik ni keluar kan segala bagai kain untuk aku tengok.bila aku dah tengok2 aku pun cakap "em tak pe la dik.akak tengok2 je dulu"..lepas tu dia pandang aku macam tak puas hati then cakap pulak "apa yang tak berkenan nya?" perghh macam marah jek bunyi.hee.aku pun terus blah la.sambil aku pusing2 cari escalator nak turun, adik ni still ikut aku.tunjuk aku cadar la kain lagi la.tak cukup tu panggil pulak kawan nya lagi sorang.yang sorang ni pulak panggil lagi sorang.yang last ni aku rasa macam dorang punya ketua la.aku pun apa lagi cepat2 la ajak mak & adik aku blah.hahaha

Aku bukan apa, aku baru nak tengok2 dan survey2 jek.bukan nak terus beli pun.tapi cara adik tu layan macam memaksa aku beli.siap tanya bila aku punya date tunang la kahwen la.bila dah tahap tu aku dah mula rasa annoying la.sebab masa aku masuk kedai tu tak ada pulak aku nampak papan tanda tulis "tidak boleh lihat.wajib beli".yang aku nampak hanya lah "makanan & minuman tidak dibenarkan di bawa masuk" tu jek.aku tau dorang ni buat macam tu sebab nak komisen.tapi jangan sampai customer rasa rimas.

Lepas tu aku turun bahagian bawah aku pun tengok2 pulak kain biasa2 ni.mak aku macam berminat nak beli.so aku pun biar je la dia tengok2 kalau ada yang dia berkenan.ada sorang adik ni pulak datang.aku dengan pantas terus cakap "akak tengok dulu eh.kalau ada berkenan akak panggil potong" hehe.adik ni terus senyum dan membatu kan diri nya.hahaha.emm macam tu la ;) tapi tak lama lepas tu aku panggil adik tu mintak dia potong kan kain yang kami bertiga berkenan.dapat la adik tu komisen nya ;D

Friday, May 21, 2010

jumaat ini


hari ni memang sangat-sangat mencabar tahap kesabaran aku.hampir menangis aku di buat nya tadi.jadi, bila aku dah start bad-mood..jawab nya jangan harap la aku nak serve customer elok-elok.memang kena jeling je la.haha.

bukan apa, hari ni aku disuruh relief 2 department dalam 1 masa.GILA ke apa.kalau setakat relief 2 dept aku tak kisah lagi.memang dah biasa la tu.ini 2 dept 1 masa.haish ni memang mendatangkan marah.bayang kan aku kena relief :

1) kaunter / teller

~kaunter ni seperti semua orang sedia maklum la kan.ni tempat kita berurusan bila datang bank.nak deposit cash,withdraw cash,deposit cheque,withdraw cheque,TT dan sebagai nya.transaction kaunter ni ada yang ringkas dan ada juga yang complicated.contoh nya placement FD, withdraw FD & etc.

bila aku kena relief kaunter, aku akan jadi sangat penat sebab urusan kaunter ni melibatkan cash yang banyak dan orang yang ramai.kadang2 ada company dtg deposit sampai puluh-puluh ribu.penat tu nak mengira (walaupun guna mesin ;p)

2) opening account

~kaunter ni pulak khas untuk opening account (saving / current), card ATM replacement, issue CC pin number, issue PhoneBanking & etc.kaunter ni tak libatkan cash tapi orang yang beratur kat kaunter ni nauzubillah...ramai betul.lepas bank tutup pun still customer ada lagi menunggu.

bila aku kena relief kaunter aku akan jadi sangat tension.sebab nya aku kena kejar masa sebab transaction ni ada cut-of-time, lagi satu sebab officer nya kelam kabut gila.aku dah la tak boleh kerja dengan orang yang kelam kabut ni.nanti aku tak fokus, rasa nak marah & tension sangat-sangat.

so bayangkan lah keadaan aku tadi.sangat kelam kabut.nak panggil nombor untuk kaunter lagi.nak melayan opening account lagi.memang sangat kesian kat diri aku sendiri tadi.

takpe lah banyak2 kan lah bersabar.mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku.fikir positif je la kan.sesekali fikir positif apa salah nya ;D

Thursday, May 20, 2010

raya.raya.raya


esok hari raya ke?rasa macam tak kan?puasa pun belum start kan?tapi nape aku dengar lagu raya sekarang ni eh?hahahaha...

itu la gila nya aku hari ni.tiba-tiba gatal nak dengar lagu raya.ngee.sebenar nya aku mc dari semalam lagi.doctor bagi aku 2 hari mc atas sebab-sebab kesihatan aku.so semalam aku agak sibuk sikit.pagi-pagi aku hantar mak aku ke klinik.dia ada appoinment dengan doctor.dia kena amik darah untuk check kencing manis dan penyakit2 lain.

tengahari pulak aku berehat betul-betul dengan tido untuk beberapa jam.haha.petang Encik datang melawat aku.hee.Encik bawak aku g makan kat Andaman Restaurant yang tak best langsung kan yangggg ;) malam pulak aku bawak mak & adik aku pegi ke Giant section 18.mak aku nak beli barang sikit.fuhhh padat aktiviti harian aku.hehe.

so pagi ni aku free sikit.walaupun ada beberapa perkara yang perlukan aku lakukan.tapi kejap lagi la aku buat.huhu.malas sebenar nya ;p

emm berbalik pada lagu raya yang aku dengar ni kan.memang syahdu sangat-sangat la.rasa macam esok lak nak raya.hehe.selalunya bila start jek hari pertama puasa aku pun start la buka lagu raya.haha.aku pun tak tau kenapa.tapi lagu-lagu raya memang best kalau dengar dari hari pertama puasa.lagu-lagu ni akan menaik kan mood aku untuk terus berpuasa supaya aku dapat berhari raya.konsep "kalau puasa penuh baru boleh raya" tu memang dari dulu macam dah sebati dalam diri aku.walaupun now aku tak boleh dah puasa penuh kan.hee.

sejak aku kerja aku tak pernah dapat cuti raya.tahun pertama aku kerja aku tak layak untuk mengambil cuti raya dengan alasan aku staff baru.ok,boleh diterima.tahun kedua pun aku masih tak layak ambik cuti raya dengan alasan yang sama.sebab masa tu aku baru ditukarkan ke office aku yang sekarang ni.aku dah start rasa "berangin".tahun ketiga pun aku masih tak dapat cuti raya.kali ni dengan alasan AKU BUJANG..arrrggghhh tension nya.orang bujang tak layak beraya ke????!!! orang bujang takde family,takde mak ayah ke???!!!

memang agak kejam la kan.tapi takpe la.dah nasib aku.aku hanya boleh bersabar je la kan.tapi tahun ni aku akan cuba juga dapat kan cuti raya.hehe.kalau pun tak dapat betul-betul lepas raya, seminggu lepas raya pun takpe la.huhu.janji dapat cuti dan aku dapat berhari raya ngan Encik aku ;)




* jusco sales kat seremban hari ni.nak g ke x ehhh??? ;D

Monday, May 17, 2010

fairul & ina


SELAMAT PENGANTIN BARU
FAIRUL RIZAL ANUAR & NORZALINA ABU SAMAH
abg fairul ni staff office aku.dia ni aku dah anggap macam abg aku sendiri.dia ni baik memang xhengat laaa...hee..mintak ja la tolong apa-apa pun.mesti dia tolong.dan aku xpenah tengok pun dia merungut atau tak nak buat.memang tabik spring la kat dia ni ;)

Friday, May 14, 2010

muka yang cantik menjadi dambaan...hahaha


saya tak tau nak update apa...heee. sebab saya sedang sibuk menyelenggara muka saya...diharapkan dapat kembali seperti sediakala.setakat ni saya dah ambil 1 suntikan antibiotik.mungkin esok saya nak ambil suntikan alahan pula.doa kan saya ye ;)

Sunday, May 9, 2010

Pn Kamariah

SELAMAT HARI IBU BUAT
PN. KAMARIAH BINTI HASSAN







buat emak;
#terima kasih kerana membesarkan kami semua.
#terima kasih atas semua doa-doa mak pada kami semua.
#kasih sayang yang mak berikan tak dapat angah balas.
#i love u so much.mak adalah mak yang TERBAIK dlm dunia.
#semoga mak diberi kesihatan yang baik,murah rezeki,dirahmati Allah,sentiasa ada disamping kami semua.

Friday, May 7, 2010

Williams, Kelana Jaya

haaaahhh.akhir nya berjaya juga aku menjejak kan kaki aku ke Williams, Kelana Jaya.sebenar nya aku tau tentang Williams ni dr satu blog yang aku selalu follow.budak ni selalu cerita g makan kat Williams ni.aku tengok gambar2 yang dia letak tu memang menyelerakan la.so aku pun ajak ABM aku dengan mek & kak zai utk pegi Williams ptg td lepas office hour.

memang gila babas punye sedap la.hahaha.worth it sgt kalo g makan kat sini.harga memang mahal tapi berbaloi-baloiiii.hee.

ni antara menu yang kitorang order.kitorang order macam-macam.tapi share2 je la.sebab banyak gila makanan nye.



seafood pasta (kalo xsilap la nama nya ;p)


nasi goreng ketam



arabiatta meatball

lagi satu kitorang order cheese naan with chicken harm.errmmm lebih kurang la namanya.huhu.

rase semua makanan ni memang SUPERB!!! terbaeekkk..ngee



~cik pipit & FA, jom kita g makan kat sana.saya tolong bawak kan.tapi saya xkan jadi tukang belanja la.sbb xmampu lagi.hehe

Tuesday, May 4, 2010

serabut teramat...


harini kepala aku sangat serabut.macam-macam benda aku nak kena pikir.tapi satu masalah yang aku memang xtahan adalah berkaitan pakcik aku sorang ni.

masalah bermula dengan dia menyuruh aku membuat personal loan untuk kegunaan peribadinya.ehhh mana boleh aku guna nama aku untuk orang lain.mampus aku kalau dia tak bayar nanti.mula-mula dia datang rumah sabtu lepas.dia dah bagitau kat mak aku.then mak aku cakap aku tak boleh buat loan lagi sebab aku dah banyak loan.walaupun aku cuma ada loan kereta saje ;) malam semalam pulak dia cuba pujuk ayah aku.ayah aku pun tak berkenan hasrat dia tu.ayah aku tolak.pagi ni dia call aku sendiri pulak.aku pun cakap benda yang sama macam mak aku.

tapi dia bagi alasan yang dia dah check dengan CIMB semalam yang aku ni layak untuk buat loan.dia kata gaji minimum RM800 jek pun dah layak.memang la gaji aku lebih dari RM800 tu tapi aku juga perlukan duit untuk bayar kereta,credit card,insurans dan lain-lain.makan minum,minyak kereta,tol semua tu mana nak cari.haish kurang berfikir betul dia ni.

selepas puas mengelak akhirnya ayah aku hantar mesej kat dia.

sms ayah : maaf along xdpt tolong.zaara nak standby loan utk kawen.

tapi dia tak reply ape2.ingat kan dia boleh terima la alasan kitorang tu.rupa-rupa nya dia dah selamat sampai kat kampung aku untuk bercerita dengan atuk aku.perrrggghhh gila laju kan.cik kiah aku mesej mak aku cakap yang pakcik aku ada kat kampung dan sudah menyebarkan kepada seluruh alam yang aku nak buat loan sebab nak kawen.apa lagi menyinga la atuk aku.

mungkin kamu-kamu ni akan cakap "ayah ko la salah.yang pegi bagi alasan camtu watpe". tapi cuba kalau kamu-kamu yang berada dalam situasi kami,apa lagi alasan yang boleh di bagi lagi.kami dah bagi alasan yang aku ni dah banyak loan, tapi dia tak terima.jadi apa lagi???

cik kiah aku pulak tak paham-paham.bila mak aku cakap itu cuma alasan dia marah lak.dia kata kenapa tak bagitau benda betul jek.masalah nya ayah aku macam tersepit.dia nak selamat kan aku.tapi dalam masa yang sama tak nak ada masalah dengan adik beradik sendiri.so just tersebut je la apa yang ada dalam kepala dia masa tu.

em entah la.now atuk aku kat kampung tu dah bising-bising salah kan ayah aku.kata ayah aku tak dengar cakap la,degil,tak nak dengar nasihat orang.tak pe la anda semua boleh cakap apa jek yang anda suka.kami yang lalui benda ni.anda belum lagi lalui benda ni semua.anda tak tau apa rasa nya.semua orang hanya tau bercakap,bercakap dan terus bercakap.tanpa mendengar dan memahami keadaan sebenar.

bak kata cik kiah aku bila mak aku suruh cik kiah yang pinjam kan duit nya kat pakcik aku.

sms cik kiah : kita kalo ada duit 1juta pun xnk bg.baik g honeymoon.

see.orang yang ada 1juta pun tak nak bagi pinjam.ini kan pulak orang yang memang dah sah-sah takde apa-apa walau 10ribu pun.aku sendiri tak tau nak pikir apa sekarang ni.kadang-kadang malas nak pikir pun ada.buat sesak kepala aku jek.sebab keputusan kami sekeluarga dah muktamad.kami tak kan bagi.

terpulang la pada kamu-kamu nak berpikiran macam mana.tetap nak salahkan aku dan keluarga aku atau menyokong keputusan kami.kepada cik pipit, sorry coz i have to say that way.bukan tak hormat atau apa.tapi saya sayangkan ayah saya.semua orang selalu memandang rendah pada dia.padahal semua orang tak tau masalah atau situasi sebenar.

Wednesday, April 28, 2010

=)

Aku dan Uniform ku ;)

Sunday, April 25, 2010

hajat tertunai....

tengahari tadi aku pegi cari kasut baru dengan Encik ;) kitorang pegi ke Midvalley.dah lama aku tak ke sana.mungkin setahun kot aku tak ke sana.fuhhh lama gak kan.hee. sampai jek kat sana terus pergi merayau cari kasut.tapi tak jumpa dengan kasut yang aku nak tu.so aku dan Encik pun decide pegi tengok movie dulu.kami pilih cerita The Loser.

cerita ni biasa2 jek la.tapi aku suke tengok cerita macam ni.ada pasal kepintaran teknologi, perangkap orang dengan cara berbaik dengan orang tu dan juga tembak2.aku paling teruja tengok watak Cougar, si penembak tepat.sooo hooootttt ;D


so macam biasa la. menambah koleksi gambar dalam kereta ;)


Encik xpuas hati bila tak di cium.hahaha ;p

sempat lagi Encik merepair laptop aku.tq cayanngggg.


hah...ni la kasut yang aku sibuk sangat nak beli tu.takde la lawa dan mahal mana.Sembonia jek pun :( tapi management nak kasut yang bertutup litup.aku pulak tak boleh pakai kasut tutup2 ni.so aku decide beli kasut ni jek.tutup gak la depan tu kan.hee.


cotcet : so cik mel, nak ke pinjam kasut i?hee