Sunday, April 10, 2011

Hidup aku sendiri ;)

Pejam celik pejam celik kejap jek dah 2minggu 1hari aku kahwen ;) alhamdulillah semua berjalan lancar. Bergaduh tu biasa la kan. Memang dari zaman bercinta kitorang memang suka gaduh. haha.

Kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti kami sepanjang 2minggu ni. Mula-mula kami balik dari Seremban lepas majlis kat sana, kami terus pergi cari barang-barang rumah. Set bilik tidur,mesin basuh, peti ais, rak TV. Sofa jek kami belum beli sebab bajet tak cukup ;)

Lepas dah order semua barang tu kami pun ke Jusco Bukit Raja, Klang untuk beli barang-barang dapur. Sebenar nya nak beli iron tapi kami shopping sekali barang dapur. Teh, milo, susu, tepung, gula, beras, macam-macam la kami beli. Stok sampai keluar gaji.heheh!

Encik suami tolak troly ;)

Hari jumaat pulak Encik dah start kerja. Jadi nya aku tinggal sorang kat rumah. Lepas siap aku basuh baju aku kemas rumah pulak. Dari depan, bilik, dapur habis semua aku kemas. Cantik sikit rumah aku. Bukan apa sebelum tu bersepah-sepah dengan hadiah-hadiah kahwen haritu. Dengan barang-barang laptop Encik lagi. Semua aku kemas masuk bilik.


Siap kemas aku mandi dan keluar ke Giant. Giant section 7 ni dekat jek dengan rumah aku. Tapi Giant ni tak besar mana la. Setakat nak beli simple-simple boleh la. Aku beli ayam, ubi kentang, ikan bilis, tudung saji, bakul sampah etc.


Mula-mula aku ingat nak masak nasi goreng jek tengahari tu. Tapi aku masak nasi terlembik sikit. So tak sedap la kan kalau buat nasi goreng. Pastu aku decide nak masak lauk biasa jek. Taraaaaa.....

Ni la lauk kami tengahari tu ;) Ayam goreng dan sambal kentang campur ikan bilis. Jadi la kan buat permulaan. Nanti aku belajar la masak gulai, kari, sup semua tu. Untuk buat kuah. Aku bersyukur sangat sebab Encik tak memilih sangat kalau bab makan. Semua dia ok. Aku cakap kat dia kalau aku masak tak sedap cakap jek. Tak payah nak jaga-jaga hati. Kalau tak sampai tua la kao makan lauk tak sedap aku tu.hahaha ;p

Hari sabtu pula kami balik kampung. Tapi lepas zohor baru kami balik Sg Buloh. Saje berjalan ke rumah makcik-makcik. Rumah Cik Pipit jek saya belum pergi. Sebab saya tau dia nak berehat-rehat di hujung minggu. Kita jangan kacau dulu ;p

Lepas isyak baru balik Shah Alam. Lepas hantar adik, aku sibuk nak pegi jalan-jalan. Tapi tak tau nak pegi mana. Last-last Encik cakap "jom i bawak u pegi tengok KL kalau ada lampu" ;) *biasa aku tengok KL time siaang jek.tak penah tengok time malam.kesian kan?;p


So Encik bawak pegi lepak-lepak kat Dataran Merdeka. Lepas tu kami pegi Bukit Bintang. Tapi tak dapat nak turun sebab tak dapat parking. Best la jalan-jalan KL time malam dengan Encik suami ;)

Esok nya hari ahad kami takda pegi mana-mana. Kalau ikut petang nak balik rumah mak aku kejap, nak amik moto. Tapi Encik asik tido jek. Aku pulak leka mengadap laptop. Sampai ke malam tak pegi mana pun.

Tengahari aku masak untuk kami makan. Lauk sardin (sabtu punya ;p), telur dadar dan burung puyuh goreng. Burung puyuh tu aku amik mak aku punya ;D

Buat masa ni, ni je la aktiviti kami. Hari ni (isnin) Encik suami dah kerja. Aku jek yang ada kat rumah. Aku start kerja 25hb April nanti. Lama lagi tu...huhu