Sunday, June 12, 2011

Kembali semula...

Fuhhhhhh!!!! Lama nya tak meng-update blog ni.. Sorry ye..busy menjalankan tanggungjawab ;)

Apa khabar readers2 ku? hahaha gelak guling-guling aku menaip ayat tu ;p

Setakat ni kehidupan aku dan Encik Suami bagus. Alhamdulillah. Semua nya berjalan lancar tapi kadang-kadang lidah ada juga tergigit. Normal kot kan ;) Cuma rezeki nak bertiga tu jek belum ada lagi. Mungkin Allah nak bagi peluang kami honeymoon puas2 dulu kot.heh!

Kerja aku pun ok juga. Sekarang aku tak kerja bahagian loan lagi. Aku sudah ditukar kan ke bahagian teller / kaunter. So takdelah aku stress dengan Cik Inrom a.k.a boss aku tu lagi. Lepas ni takdelah entry khas untuk dia lagi eh ;) Atau pun dah takdelah @ kuranglah entry ber-bau stress lagi.hehe!

Setakat ni dulu untuk kali ni. Ceh! dah macam tulis surat jek ;p Aku akan cuba untuk me-rajin-kan diri meng-hupdate blog ni ye.. InsyaAllah.. ;)