Saturday, November 13, 2010

Tiga Belas Nov Dua Puluh Sepuluh

Last update 30/10/2010
Today 13/11/2010

Perghhhh agak lama juga tu aku meng-update blog aku ni ;p Nak kata malas sangat tu tak juga. Kadang-kadang ada benda nak cerita. Tapi balik keje masa matahari pun dah naik katil. Bila masa la aku nak meng-online-kan diri aku. Kalau ada pun sekejap. Melalui telefon-tangan sahaja. Selebihnya aku hanya bermalas-malasan depan tv dan akhir nya aku membuta-kan diri depan tv.hahaha.. Kadang-kadang seawal jam 0930pm aku dah membuta. Cam ne tu..


Kehidupan aku berjalan seperti biasa. Cuma 2,3hari lepas aku agak rilex sikit kat office. Sebab officer aku dan juga boss "kesayangan" aku tu takda. Kak Yaya ada convention kat Palace of The Golden Horses. Yang boss pulak dengar cerita bercuti-cuti Malaysia. Oppss Malaysia ke luar Malaysia ke tak amik tau pulak aku. Tak kuasa nak amik tau. Hal diri aku pun aku belum habis amik tau lagi ;p


Mulai 16nov ni Encik Cayang akan memulakan tugas nya kat UiTM, Shah Alam. Yeayyy!!! Kami dah dekat ;D Aku suka juga bila Encik dapat kerja ni. Sebab dekat dengan aku 1 hal. Lagi satu senang kami nak berurusan kalau dah dekat macam ni. Kalau weekend nak pergi beli barang atau survey barang kan senang. Tak payah nak susah payah pergi ke Seremban atau datang dari Seremban ;)


Semoga segala urusan kami dipermudahkan-Nya.