Sunday, January 30, 2011

A busy week

Fuhhh what a busy week!! Memang minggu ni aku busy giler! Giler pun tak busy macam aku kot. Sebab dia giler kan -__-'

Kerja kat office tak payah cerita la. Melambak tak habis-habis. Aku pun tak tau bila aku akan dapat habis kan semua file-file tu. Aku macam nak putar balik masa jadi masa dulu time aku takde kerja langsung. File pun ada 1 jek aku nak setel kan.

Sekarang aku dah ada 2 orang officer. Dulu aku cuma ada Kak Nadia jek. Sekarang aku dah ada Abang Jejai..ngeee~ Nama dia Jai jek. Kitorang jek yang gatal panggil dia Jejai. Dia nampak serabut sikit. Baru hari pertama dah cuba nak bawak pembaharuan untuk kerja aku. Jadi nya dah tentu la ideologi (ceit ;p) beliau tu tak akan di terima.hehe. Sebab prinsip dept aku "kao datang tempat aku, kao ikut cara aku" HAHA!

Bukan apa, aku dah biasa buat kerja ikut apa yang sudah di praktik kan terlebih dulu. Jadi bila dia cuba nak tukar sana sini, aku jadi tak berapa berkenan. Sebab itu akan melambatkan kerja aku. Aku akan jadi terkial-kial nak absorb benda baru tu.hehe.

Setakat ni Jejai boleh terima lagi bila semua buah fikiran dia di tolak mentah-mentah oleh kami.hehe. Aku yakin satu hari nanti Jejai mesti akan bengang dengan kami.HAHA! Takpe lah slow-slow la. Bukan semua idea dia aku akan tolak, mungkin akan ada yang akan digunakan. Tapi bukan sekarang la kot. Sebab sekarang aku belum cukup kuat untuk melayan kerenah kedua-dua officer aku ni. Pening tau layan diorang ni. Nak fax kertas sekeping pun nak suruh aku. Suruh nya pagi tapi petang baru aku dapat fax. Itu kira untung la aku fax hari yang sama. Kadang-kadang esok lusa pun belum tentu aku dapat fax. Tau kenapa? Sebab aku lupa.HAHA!

Selain kerja aku juga sibuk melayan kerenah Encik Boipren ni. Nak ajak jumpa la nak ajak tengok wayang la. tu kerenah aku sebenar nya ;) Tapi seronok la bila dah dekat ni. Hari-hari boleh jumpa. Tapi kami tak jumpa hari-hari pun. Sebab aku selalu balik kerja lambat :(

Hari ni kami pergi amik kad...ngee~ kad sudah siap ye. Sape yang nak kad kami boleh tinggal kan alamat kat Facebook atau blog ni. Nanti aku pos kan. Ceit!ramai ke pembaca blog aku ni -_-'

Ok la. Hari sudah malam. Aku pun dah letih. Selsema macam dah nak start jadi kawan baik aku. Huh benci! Mintak-mintak la selsema ni akan menjauhi aku esok. Aminnn.

Good Nite people ^__^v

Monday, January 24, 2011

Khurafat

Tak seperti yang di gambar kan.

Tak seperti yang di dengar.

Tak seperti yang di harap kan.

Tak seperti yang di gegar kan.





Conclusion : biasaaaaa jeeeee ;)

Friday, January 21, 2011

Banyak Duit...

Oke. 1st sekali nak bagitau yang aku terkial-kial bukak cik Farhana punya blog untuk cari tutorial pasal nak printscreen ni.

HAHA! tak senunuh.

Sebenar nya nak cerita pasal benda ni. Tadaaaaa.....


Korang nampak tak gambar ni gambar apa? Sorry la ye sebab aku ni budak baru belajar. Jadi nya gambar ni mungkin tak clear. Sebab cik Farhana hanya ajar cara nak prtsc dan crop dan save saja. Dia belum ajar cara nak clearkan gambar. Maybe next time kot ;p

Kalau korang tak berapa nampak, meh la aku bagitau. Aku dah la memang tengah nak excited ni. Hehe. Duit nuffnang aku dah ada RM1.25 ;D





















Yea aku tau aku punya duit tak banyak macam korang. Tapi ok la kan bagi blogger baru macam aku ni. HAHA!

Alhamdulillah~

Jalan-jalan Cari Pasal..

Eh silap.. Jalan-jalan cari makan..hehe

Semalam kan cuti umum sempena Thaipusam. Jadi aku pun jalan-jalan la. Kira macam me-manfaat-kan cuti aku la. Eceh ;p

Tengahari aku ikut Encik pergi Hartamas hantar gambar untuk di cuci. Aku angkut sekali adik tembam aku sebab takda orang kat rumah nak ditinggalkan. Mak-ayah aku pergi ke Beranang, melawat orang meninggal. Balik dari Hartamas pergi makan KFC. Pastu balik rumah tunggu mak-ayah pulang dari Beranang.

Dalam pukul 6pm gerak ke Bagan Lalang. Untuk acara makan-makan seafood ;) Best makan tepi laut. Sedap jek rasa angin. Tapi tak sempat nak amik gambar sunset sebab lambat sangat sampai nya.

Ni antara gambar yang aku rajin nak edit ;)

Kenapa mesti ada Encik terselit di antara family aku? ?
















Sebab dia tukang drive dan tukang bayar ;D
Terima kasih ye.
Lainkali belanja lagi~
HAHA!

Sunday, January 16, 2011

Week-end

Aktiviti Sabtu (15/01/2011)

Pagi dalam pukul 910am aku berteleku kat office dengan Kak Zai, Mek dan Kak Ani. Masing-masing jadi rajin datang kerja hari sabtu.hee. Bukan sebab rajin sangat pun, tapi kerja aku tiba-tiba jadi banyak pulak. Aku pun tak berapa nak pasti mana datang file-file tu semua. Nak-tak-nak terpaksa la juga aku bangun pagi untuk ke office pada hari sabtu. Orang lain membuta tidur lagi, aku dah kelam-kabut mandi siap semua nak pegi kerja. Haish sot-ba-ro jela.. Paling tak kao dapat duit cik cah oii -__-

Dalam pukul 110pm aku gerak balik rumah. Sebab dah kelaparan.hehe. Lepas makan aku bantai tidur sementara tunggu ayah aku balik kerja. Sebab ayah aku ajak pergi Bangi tengok cucu nya. Lepas ayah aku balik kerja, dalam pukul 4pm kami gerak ke Bangi.


Ni la budak debab yang kami tengok. Sudah pandai gelak gatal. Bak kata mak aku la. Sebab adik laki aku cak-cak dia, yeye gelak nya. Geram tengok budak ni. Rasa nak kunyah! ;)

Oke. Tu saja aktiviti sabtu aku. Aktiviti duit dan keluarga ;D

Aktiviti Ahad (16/01/2011)

Hari ini aku takde pegi mana-mana langsung. Plan asal mahu ke Nilai bersama Encik dan ibu-ayah. Tapi terpaksa di batalkan atas sebab-sebab tertentu. Jadi duduk saja di rumah. Tapi aku keluar juga petang tu. Lebih kurang pukul 230pm Encik Boipren sampai dari Seremban. Aku pergi amik Encik kat bus station seksyen 17, Shah Alam. Kami pergi amik baju Encik dan hantar comforter aku kat dobi, lepas tu kami pergi makan pizza ;)

Selesai makan-makan kami pergi seksyen 9. Kat Plaza Massalam. Sebab Encik nak pergi kedai gambar kat sana mintak quotation untuk photographer. Lepas setel semua aku ajak Encik teman beli kasut. Tadddaaaaa....


Aku beli kasut ni. Kasut ni takde brand apa-apa. Sebab kasut ni aku nak buat percubaan. Sebenar nya aku tak boleh atau tak biasa pakai kasut tutup penuh macam ni. Banyak masalah. Tapi di sebabkan sekarang kasut tengah in, aku nak cuba juga. Mintak-mintak lah oke. Boleh beli yang ada brand dan lebih mahal sikit daripada yang ini. Tapi yang ni pun RM50++ tau =.='
















cotcet : another 68days~~

Friday, January 14, 2011

Sibuk melampau

Fuuhhhh lama nya tak update blog terbiar ni. Bukan apa sibuk memanjang. 24jam tu macam tak cukup nak buat macam-macam benda. hehe.

Sejak 1,2 hari ni aku macam tiba-tiba jadi sibuk kat office. Balik pun bila awan dah jadi hitam. Sebelum ni ada jugak aku balik masa hari terang lagi. File melambak-lambak atas meja. Tak tau mana yang patut aku dulu kan. -__-'

Selain kerja aku juga sibuk dengan urusan duniawi aku. Sibuk ke hulur ke hilir mencari kedai, rumah, barang dan lain-lain. Alhamdulillah selesai juga lah sikit-sikit urusan duniawi lagha aku ni.

Nanti la aku update lagi ye. 2hari tidur aku tak stabil ni. hehe.

Friday, January 7, 2011

51st or 15th?


HAPPY BIRTHDAY PN KAMARIAH..

Nampak kek tu tulis apa? 15th u olssss ;p Sebenar nya memang aku sengaja tulis macam tu. Sebab mak aku sibuk kata tahun 2011 ni umur dia masuk 15 tahun. So aku wish la Happy 15th Birthday untuk dia. Gelak besar dia bila tengok kek tu. hehe.

Kek ni aku beli semalam lepas balik kerja. Aku pun tak tau nak beli kan apa. Pagi sebelum pergi kerja aku dah wish kat mak aku. Balik kerja aku beli kan kek untuk dia. Ahad ni Encik janji nak bawa aku pergi beli hadiah pulak. Masih berfikir hadiah apa pulak tahun ni.

Tengahari tadi aku dah belanja mak dan adik aku makan kat Pizza Hut. Mak aku pagi-pagi lagi dah sibuk nak keluar jalan-jalan. Aku sebagai anak yang solehah baik ikut kan la kehendak dia. Takda la jauh sangat pun aku bawak dia. Pergi PKNS je pun. hehe.






*Dapat letak 1 gambar jek =( Entah masalah apa tak boleh upload. Benci!

Sunday, January 2, 2011

Cerita dulu-dulu


Masa aku leka meng-hadap blog si ZackZukhairi tu aku dapat ilham nak update apa kat blog aku ni ;) Aku nak share dengan korang semua pasal kisah aku masa sekolah dulu.

Oke kita start masa aku masuk tadika eh. Oh sebelum tu, aku akan cerita secara ringkas saja. Dan hanya cerita-cerita yang agak best menarik jek aku akan cerita ;)

Aku start masuk tadika masa umur aku 6tahun. Aku tak macam oranglain yang masuk tadika umur 4,5tahun. Pagi aku tadika kemas. Belakang rumah jek. Petang pulak aku tadika agama. Depan rumah pulak.hehe. Antara banyak-banyak peristiwa yang berlaku masa tu, satu yang paling aku ingat. Aku tak suka lambat sampai sekolah. Baik kan ^_^ Bila aku sampai kat sekolah, kalau aku tengok semua dah masuk aku akan jerit sekuat hati "taknak pegi sekolah.orang dah masuk.orang dah masuk" ;p Dulu emak yang hantar aku pegi sekolah. Bila aku dah menangis macam orang mati laki aku akan tarik-tarik kain mak sampai terlucut. Tak.itu tipu o.0

Keadaan aku tu tak berhenti sampai situ jek. Bila dah naik darjah 1 pun sama. Nasib baik naik darjah 2 aku dah oke ^___^ Sampai sekarang bila cerita-cerita sesama family aku, benda ni akan di bahan kan.huhu. Sot-ba-ro je la ;p


*gambar ambik kat FB. kawan yang tagged ;)


Oke pengalaman darjah 1 pulak.

Masa darjah 1 aku di masuk kan ke kelas 1 Cermai kalau tak salah. Aku punya cikgu kelas nama nya aku tak berapa nak ingat la. Tapi dah tua juga la masa tu. Cikgu ni kan garang nya mak aii..takut.. Aku pulak di lantik sebagai ketua kelas. Ceit tak semenggah langsung ;p Penolong pulak jiran aku, Ira nama nya.

Cikgu kelas aku ni kan satu tebiat dia kan suka sangat menarik telinga capang kitorang. Pernah sampai berkudis la telinga aku dengan si Ira ni kena tarik. Bila kelas bising cikgu tu akan marah kitorang sebab tak jaga budak-budak tu. Macamana nak jaga kalau kitorang pun sekali bising.LOL.

Bila balik rumah aku selalu mengadu dengan mak aku pasal cikgu tu. Rupanya Ira pun sama. At last mak bapak kitorang decide suruh letak jawatan sebagai ketua dan penolong kelas tu. Kitorang pun bagitau cikgu dan cikgu terima keputusan kami dengan redha ^__^

Oke darjah 5 pulak.

Masa ni aku masuk kelas 5Limau. Cikgu kelas lelaki. Cikgu Mohamad nama nya. Perangai cikgu ni pun sama macam cikgu darjah 1 aku. Suka mendera pelajar =.=' Cikgu Mohamad ni suka menarik sideburn pelajar lelaki. Kalau perempuan pulak dia akan tarik hidung. Tarik bukan sebarang tarik der. Tarik sampai kau menjerit la. Hidung kau merah tak payah cakap la. Macam hidung babi apa entah.

Aku pernah kena sekali. Masa tu aku tak siapkan lukisan aku. Yela aku tak pandai minat melukis. Macamana aku nak buat kerja rumah tangga tu. Last-last kena tarik hidung sampai merah hidung aku. Sakit gile kot.

Lagi satu yang aku ingat pasal cikgu ni, aku dan beberapa pelajar lain pernah kena denda jalan itik pusing-pusing dalam kelas. Pasal apa kena denda tu aku tak ingat la. Tapi malu juga la kena denda macam tu ^_^

Oke ni masa tingkatan 2 pulak.

Aku dan beberapa rakan pernah kena denda jalan itik juga. Sebab failed ujian bulanan subjek Geografi. WTF. Aku memang tak suka subjek tu. Bila masa ujian tak pernah study betul-betul. At last failed. Bawah 20markah tu aku dapat masa tu.hehe. Kena denda jalan itik dari hujung corridor kanan sampai corridor kiri. Umangaih..malu eh toksah cakap la.bahahaha.

Oke ni masa tingkatan 5 pulak.

Yang ni ringkas je eh. Kami pelajar perempuan telah melancarkan hari Anti-Lelaki ^____^ Masa tu kitotang pelajar perempuan ni bergaduh dengan pelajar lelaki. Punca nya berbalah tentang satu isu ni. Aku pun dah lupa dah isu apa. Terus gaduh sampai tak bertegur beberapa hari. Kan best kalau aku ingat tarikh tu kan. Tapi somewhere in October la kalau tak silap. Memang lawak la. Sampai kelas sebelah tahu, cikgu BM tahu.hehe

Oke. Cukup la kot buat masa ni. Sebenar nya banyak lagi kenangan masa sekolah dulu. Tapi yang ni antara paling aku ingat la. Nanti aku sambung lagi eh. Cerita pasal C.I.N.T.A masa sekolah pulak ;D

Hari kedua 2011

Sepanjang hari ni aku takde aktiviti langsung. Kalau ada pun sekadar buat benda alah ni je la ;)

Menolong puan emak buat bunga penanggah *walaupun saya akan guna kan catering tapi puan emak masih ingin memberikan jiran tetangga sedikit cenderahati. Sebagai tanda ingatan kata nya. Aku ikut kan je lah ^__^

Yang bunga bawah ni pulak untuk decoration hantaran. Sweet kan? Colour pink lagi ;D


Lepas setel buat semua benda tu, aku pun naik bilik start mengadap laptop. Aku jalan-jalan kat blog orang. Entah sapa-sapa punya blog entah, aku bedal jek.hehe. Last-last aku stop kat blog sorang mamat ni. ZackZukhairi nama dia. Memang kebabom oke blog dia. Tak bosan langsung! Serious. Pegi la google dia ni.

Tapi setakat yang aku tengok tadi semua entry lama. Dia dah lama tak update blog dia. Ada yang kata dia tengah tak sihat. Wallahualam la. Sebab aku tak kenal dia pun.hehe. Tapi yang aku suka kat dia ni kan, dia ni budak Taman Desarhu, Sikamat, Seremban dowh ;p









*gambar sudah pandai di watermark ;)


Saturday, January 1, 2011

Belajar di tahun baru ;)















Oke.
Entry ni takda motif apa-apa. Sekadar mencuba photoscape ;) Masih dalam proses pembelajaran. bukan dari emel ye ;p


Kalau oke bagus la. Kalau tak oke takpe. Masih banyak masa lagi untuk belajar.








*gambar masa pre wedding bulan 10 hari tu ;)

Penghujung 2010


Khamis dan Jumaat lepas aku dan family aku telah berangkat ke utara. Tujuan utama kami untuk melawat kenalan ayah di Kulim, Kedah. Tapi memandangkan kawan ayah tu keje lagi kami pun telah pergi ke sini dulu... ;)


Kali kedua naik jambatan ni sepanjang 2010 ;p



Saje menyakitkan kepala *mendongak* ambik gambar bangunan Komtar ni =.='

Pastu apa lagi... Mari kak mari beli jeruk ^___^

Itu jek tujuan kami ke Penang T__T Yela kami sampai kat Penang pun dah pukul 230 dekat pukul 3. Jalan cari pasar ni lagi. Tawaf pusat bandar tu dah lebih 7kali kot.huhu. Last-last parking kat shopping kompleks, jalan kaki. Habis cerita =D

Lepas dah puas memborong *ceit bunyi macam banyak sangat kami pun bergerak ke Kulim. Bla bla bla bla bla bla *malas nak cerita pasal ayah jumpa kawan dia ;)

Tu jela aktiviti hunjung tahun aku. Esok nya lepas sembahyang jumaat kami gerak balik Shah Alam, dalam pukul 8malam kami sampai. Sepanjang 2hari tu aku yang drive. Memang tercabut la skru-skru kat kaki aku ni.haha. Bawak kereta memang laju la. Satuempat satuenam jek ;)

1111


SELAMAT TAHUN BARU 2011 DARIPADA KAMI =)