Friday, April 8, 2011

Rumah baru

Hari ni Encik start kerja selepas 2hari MC. Patut hari rabu lagi Encik dah kerja tapi dia sakit belakang, so doctor bagi MC 2hari. Yang aku pulak MC dari minggu lepas lagi. Minggu depan lak sambung marriage leave 10hari MBB bagi ;) Lama la aku hadap rumah ni. Nak kemas mana-mana yang patut.

Syukur alhamdulillah rumah kami hampir complete. Hari rabu kami dah beli set bilik tidur + rak TV. Mungkin malam ni sampai la. Insyaallah. Semalam kami dah beli peti ais dengan mesin basuh. Walaupun barang biasa jek tapi aku cukup puas hati. Sebab benda ni semua menyenangkan kerja aku. Contoh nya, mesin basuh duk putar kat dapur, aku update blog dalam bilik. Kan senang ;)

Tinggal lagi nak beli set sofa jek. Mungkin lambat sikit la. Tunggu gaji mungkin. Entah la. Oh ye, sekarang ni aku duduk kat flat section 7. Rumah ni rumah sewa Encik masa dia bujang dulu. So kitorang continue je la duduk sini. Sementara dapat rumah lain. Mungkin sewa juga atau rumah sendiri. Tapi memang niat kami nak cari landed house jek. Sebab kami dah biasa duduk rumah bawah. Macam aku ni bila duduk flat ni rasa lain macam. Dah la kat flat memekak jek 24jam orang-orang nya. Pastu suka sibuk hal orang lak tu.

Mungkin ada lagi rezeki kami lepas ni. Insyaallah kami kerja kuat lagi untuk dapat kan landed house tu. Aku tak biasa la duduk flat ni. Rasa macam kat kolej aku dulu pun ada ;) Doa-doa kan lah kami ye. Mudah-mudahan. Aminnnn ;p

Pada sapa-sapa yang sudi singgah rumah kami, datang la. Sebab rumah saya macam rumah cik pipit, setahun sekali jek boleh datang. Tu pun selang-selang ye. Kalau tahun ni dah datang tahun depan tak leh datang lagi ;D Cepat...sementara ni saya bagi la awak semua datang.heheh!