Friday, May 21, 2010

jumaat ini


hari ni memang sangat-sangat mencabar tahap kesabaran aku.hampir menangis aku di buat nya tadi.jadi, bila aku dah start bad-mood..jawab nya jangan harap la aku nak serve customer elok-elok.memang kena jeling je la.haha.

bukan apa, hari ni aku disuruh relief 2 department dalam 1 masa.GILA ke apa.kalau setakat relief 2 dept aku tak kisah lagi.memang dah biasa la tu.ini 2 dept 1 masa.haish ni memang mendatangkan marah.bayang kan aku kena relief :

1) kaunter / teller

~kaunter ni seperti semua orang sedia maklum la kan.ni tempat kita berurusan bila datang bank.nak deposit cash,withdraw cash,deposit cheque,withdraw cheque,TT dan sebagai nya.transaction kaunter ni ada yang ringkas dan ada juga yang complicated.contoh nya placement FD, withdraw FD & etc.

bila aku kena relief kaunter, aku akan jadi sangat penat sebab urusan kaunter ni melibatkan cash yang banyak dan orang yang ramai.kadang2 ada company dtg deposit sampai puluh-puluh ribu.penat tu nak mengira (walaupun guna mesin ;p)

2) opening account

~kaunter ni pulak khas untuk opening account (saving / current), card ATM replacement, issue CC pin number, issue PhoneBanking & etc.kaunter ni tak libatkan cash tapi orang yang beratur kat kaunter ni nauzubillah...ramai betul.lepas bank tutup pun still customer ada lagi menunggu.

bila aku kena relief kaunter aku akan jadi sangat tension.sebab nya aku kena kejar masa sebab transaction ni ada cut-of-time, lagi satu sebab officer nya kelam kabut gila.aku dah la tak boleh kerja dengan orang yang kelam kabut ni.nanti aku tak fokus, rasa nak marah & tension sangat-sangat.

so bayangkan lah keadaan aku tadi.sangat kelam kabut.nak panggil nombor untuk kaunter lagi.nak melayan opening account lagi.memang sangat kesian kat diri aku sendiri tadi.

takpe lah banyak2 kan lah bersabar.mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku.fikir positif je la kan.sesekali fikir positif apa salah nya ;D