Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah akhirnya aku selamat di ijabkabulkan dengan Ammal bin Sazali. Si cinta hati yang dah lebih 4 tahun aku kenal ;) Majlis yang berlangsung pada 26mac lalu berjalan dengan lancar. Cuaca pun terang. Setakat ni aku belum ada gambar lagi yang aku nak letak. Sebab gambar semua kat official photographer kami. So tunggu la eh lepas aku dapat semua gambar aku upload sikit dalam blog dan facebook. Berjuta-juta ucapan terima kasih aku nak ucapkan kepada kedua ibu bapa aku, adik-beradik, saudara-mara dan juga jiran-jiran yang banyak membantu untuk melancarkan lagi majlis aku. Tak lupa juga buat semua para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis aku ini.