Tuesday, May 4, 2010

serabut teramat...


harini kepala aku sangat serabut.macam-macam benda aku nak kena pikir.tapi satu masalah yang aku memang xtahan adalah berkaitan pakcik aku sorang ni.

masalah bermula dengan dia menyuruh aku membuat personal loan untuk kegunaan peribadinya.ehhh mana boleh aku guna nama aku untuk orang lain.mampus aku kalau dia tak bayar nanti.mula-mula dia datang rumah sabtu lepas.dia dah bagitau kat mak aku.then mak aku cakap aku tak boleh buat loan lagi sebab aku dah banyak loan.walaupun aku cuma ada loan kereta saje ;) malam semalam pulak dia cuba pujuk ayah aku.ayah aku pun tak berkenan hasrat dia tu.ayah aku tolak.pagi ni dia call aku sendiri pulak.aku pun cakap benda yang sama macam mak aku.

tapi dia bagi alasan yang dia dah check dengan CIMB semalam yang aku ni layak untuk buat loan.dia kata gaji minimum RM800 jek pun dah layak.memang la gaji aku lebih dari RM800 tu tapi aku juga perlukan duit untuk bayar kereta,credit card,insurans dan lain-lain.makan minum,minyak kereta,tol semua tu mana nak cari.haish kurang berfikir betul dia ni.

selepas puas mengelak akhirnya ayah aku hantar mesej kat dia.

sms ayah : maaf along xdpt tolong.zaara nak standby loan utk kawen.

tapi dia tak reply ape2.ingat kan dia boleh terima la alasan kitorang tu.rupa-rupa nya dia dah selamat sampai kat kampung aku untuk bercerita dengan atuk aku.perrrggghhh gila laju kan.cik kiah aku mesej mak aku cakap yang pakcik aku ada kat kampung dan sudah menyebarkan kepada seluruh alam yang aku nak buat loan sebab nak kawen.apa lagi menyinga la atuk aku.

mungkin kamu-kamu ni akan cakap "ayah ko la salah.yang pegi bagi alasan camtu watpe". tapi cuba kalau kamu-kamu yang berada dalam situasi kami,apa lagi alasan yang boleh di bagi lagi.kami dah bagi alasan yang aku ni dah banyak loan, tapi dia tak terima.jadi apa lagi???

cik kiah aku pulak tak paham-paham.bila mak aku cakap itu cuma alasan dia marah lak.dia kata kenapa tak bagitau benda betul jek.masalah nya ayah aku macam tersepit.dia nak selamat kan aku.tapi dalam masa yang sama tak nak ada masalah dengan adik beradik sendiri.so just tersebut je la apa yang ada dalam kepala dia masa tu.

em entah la.now atuk aku kat kampung tu dah bising-bising salah kan ayah aku.kata ayah aku tak dengar cakap la,degil,tak nak dengar nasihat orang.tak pe la anda semua boleh cakap apa jek yang anda suka.kami yang lalui benda ni.anda belum lagi lalui benda ni semua.anda tak tau apa rasa nya.semua orang hanya tau bercakap,bercakap dan terus bercakap.tanpa mendengar dan memahami keadaan sebenar.

bak kata cik kiah aku bila mak aku suruh cik kiah yang pinjam kan duit nya kat pakcik aku.

sms cik kiah : kita kalo ada duit 1juta pun xnk bg.baik g honeymoon.

see.orang yang ada 1juta pun tak nak bagi pinjam.ini kan pulak orang yang memang dah sah-sah takde apa-apa walau 10ribu pun.aku sendiri tak tau nak pikir apa sekarang ni.kadang-kadang malas nak pikir pun ada.buat sesak kepala aku jek.sebab keputusan kami sekeluarga dah muktamad.kami tak kan bagi.

terpulang la pada kamu-kamu nak berpikiran macam mana.tetap nak salahkan aku dan keluarga aku atau menyokong keputusan kami.kepada cik pipit, sorry coz i have to say that way.bukan tak hormat atau apa.tapi saya sayangkan ayah saya.semua orang selalu memandang rendah pada dia.padahal semua orang tak tau masalah atau situasi sebenar.