Sunday, August 22, 2010

Sime Darby Convention Centre

Hari jumaat yang lepas, office aku ada membuat majlis berbuka puasa. Kami pergi booking tempat dekat Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Best tempat ni, besar, cantik, makanan pun sedap-sedap. Tapi yang tak berapa nak best sangat tu masa nak pergi ke tempat ni dari office aku kat Subang Jaya tu. Jammed nya nauzubillah.hehe.

*imej ihsan google
Nasib baik daripada pagi memang aku tak drive pergi office. Pagi aku tumpang si Fadilah Omar. Petang pulak aku tumpang si Kak Mah.huhu. Semua orang merungut kenapa pilih tempat ni. Aku sebagai salah seorang committee pun takde jawapan untuk soalan tu. Sebab yang meng-arrange-kan semua ni bukan aku. Ada kakak committee sorang ni yang memang suka buat keje sendiri-sendiri yang uruskan. Menyampah!!

Tapi pendek kata memang berbaloi la berbuka dekat sini. Harga buffet yang kami dapat hanya la RM45 per pax. Sape-sape berminat boleh la cuba pergi sana.

Monday, August 16, 2010

Kisah benar di bulan Ramadhan

Ahad semalam adalah hari yang agak kelakar pada aku. Cerita nya macam ni...

Sabtu malam berlaku sedikit adegan merajuk2 antara aku dan Encik (cewah ;p) biasa la yang terlebih rajuk nya mesti la aku kan.hehe.. Adegan merajuk2 ni berlarutan sampai ke tengahari ahad tu. Lebih kurang pukul 1.30ptg Encik mesej. Kitorang pun mesej punya mesej sampai la jadi baik ;p tiba-tiba cara Encik mesej lain pulak. Mula-mula dia tanya kat Shah Alam hujan tak, aku tengah buat apa, aku nak tidur ke tak, macam-macam la. Siap pesan kalau nak tidur baik tidur sekarang. Aku agak confuse di situ ye... Last2 aku tanya dia tengah buat apa. Dia kata tengah drive menuju SHAH ALAMMMMMMM ;D apa lagi melompat-lompat la aku (hati jek melompat. badan aku tetap baring sebelah adik aku depan t.v ;p)

Lebih kurang pukul 4 Encik sampai kat rumah. Aku pun terus mem-blah-kan diri aku dari rumah.hee. Kitorang pun tak tau nak pergi mana tapi Encik pesan pergi reserve tempat untuk berbuka dulu. Encik nak makan kat Section 13, Restoran Pelaga nama nya. Sampai jek kat sana orang tu kata kalau setakat 2orang tak payah reserve. Kami pun okay je la. Aku ajak Encik pergi Tesco roundabout, nak reserve Nasi Beriyani JM. Tapi dah penuh pulak. Kami meneruskan perjalanan kami ke Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam. Tapi pulang dengan tangan kosong.hehe. Tak tau nak beli apa. Orang pun ramai.

Lepas tu kami pun berehat jek di kawasan berhampiran Restoran Pelaga tu. Masa ni la yang kelakar nya. Aku dan Encik borak-borak sambil Encik leka main game. Tapi entah apa yang tak kena nya kami bergaduh pulak.


Encik buat muka tak bersalah ;p

Mula-mula gaduh aku menangis. Lepas tu Encik pujuk dan buat muka poyo dia tu, terus aku okay balik. Tak lama lepas tu gaduh lagi. Nangis lagi aku ni (cengeng kan ;p)... Itu je la keje kitorang dalam kereta tu. Gaduh baik gaduh baik.haha.. Macam entah-apa2-entah.. Poyo jek kitorang ni.. Dah macam takde benda lain nak buat. Tapi memang takde pun. Nak jalan banyak-banyak penat. Yelah puasa kan ;)

Ni makanan berbuka kami semalam.



Haaaa ni semua muka poyo kitorang sebelum berbuka. Konon nak tunjuk yang kitorang TAK PERNAH gaduh la ni... ;DD
Bila pikir-pikir balik memang kelakar la.. Topik yang dibincang kan ringan dan simple jek. Tapi gaduh nya macam besar dan hebat sangat jek.hee. Apa-apa pun aku tetap sayang kat Encik ni. Walaupun dia agak poyo tapi dia BESSSSSTTTTTT ;D

Thursday, August 12, 2010

Para jelitawan terhebat dunia..


Di sini kumpulan maybank..kami begitu yakin...lalalalala~~
Ni la dia jelitawan-jelitawan kat Maybank Wisma Consplant, Subang Jaya tu ;) kami semua akan melayan segala kerenah anda, perangai bodoh-sombong anda, perilaku anda yang sangat gedik mengada tu ;D jadi jangan lupa singgah ke Maybank Wisma Consplant ye.. apa?? tak tau kat mana? emm elok la tu..hahaha ;p

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Ye.aku terlewat sikit ;)


Selamat Menyambut Ramadhan, kawan-kawan...


Semoga ramadhan kita kali ni diberkati dan dirahmati Allah swt. Bersama-sama lah kita berlumba-lumba mendapatkan seberapa banyak pahala pada ramadhan kali ni. Bersama tingkat kan amalan yang ada. Aminnn...






cotcet : mungkin kah ramadhan kali ni adalah ramadhan terakhir aku sebagai pemegang status "bujang"??? ;p

Wednesday, August 4, 2010

Aku,Encik & Duit ;p


Ada satu kegembiraan bakal muncul dalam hidup aku ;)






cotcet : Encik orang paling gembira ;p

saje~


Nabil BEST!!! macam Encik saya ;p