Wednesday, April 28, 2010

=)

Aku dan Uniform ku ;)

Sunday, April 25, 2010

hajat tertunai....

tengahari tadi aku pegi cari kasut baru dengan Encik ;) kitorang pegi ke Midvalley.dah lama aku tak ke sana.mungkin setahun kot aku tak ke sana.fuhhh lama gak kan.hee. sampai jek kat sana terus pergi merayau cari kasut.tapi tak jumpa dengan kasut yang aku nak tu.so aku dan Encik pun decide pegi tengok movie dulu.kami pilih cerita The Loser.

cerita ni biasa2 jek la.tapi aku suke tengok cerita macam ni.ada pasal kepintaran teknologi, perangkap orang dengan cara berbaik dengan orang tu dan juga tembak2.aku paling teruja tengok watak Cougar, si penembak tepat.sooo hooootttt ;D


so macam biasa la. menambah koleksi gambar dalam kereta ;)


Encik xpuas hati bila tak di cium.hahaha ;p

sempat lagi Encik merepair laptop aku.tq cayanngggg.


hah...ni la kasut yang aku sibuk sangat nak beli tu.takde la lawa dan mahal mana.Sembonia jek pun :( tapi management nak kasut yang bertutup litup.aku pulak tak boleh pakai kasut tutup2 ni.so aku decide beli kasut ni jek.tutup gak la depan tu kan.hee.


cotcet : so cik mel, nak ke pinjam kasut i?hee

Wednesday, April 21, 2010

kuasa duit itu besar~


Duit.sebut pasal duit memang macam-macam cerita kita akan dengar.antara nya duit kena curi lah, baru hari ni gaji tapi malam nya dah habis lah, sentiasa nak cari duit sebab nak bayar hutang keliling pinggang dan macam-macam lagi lah.

Harini pun aku dengar banyak cerita tentang duit. Kat office aku ada seorang tu sibuk nak membuat personal loan untuk melangsaikan hutang-hutang credit card nya.berapa jumlah aku tak pasti pulak.tapi kalau ikut apa yang dia cerita tadi dia mahu pinjam sekitar RM35,000.00! wow banyak ke hutang credit card nya?entah lah.itu hutang dia bukan aku.hee.

baru seminit dua ni aku dapat sms daripada Encik;

Encik : yanggg "keling" nak pinjam duit RM100. i bagi dia duit pagi tadi ek. nanti dia gaji dia bayar balik.

aku : em ok la.bagi la.

see.duit lagi.orang yang sudah bekerja datang meminjam dari orang yang belum ada kerja tetap.macam mana tu?haish.tak tau lah nak cakap apa.sabar je la.

cerita lagi tentang duit.satu keluarga telah membuat rancangan untuk melesapkan duit salah seorang ahli keluarga mereka sendiri.hurmm dunia..dunia. sedarah sedaging tapi tetap busuk hati disebabkan DUIT.besar kuasa duit ni sebenarnya.aku baru dapat cerita ni tadi.komplot untuk melesapkan duit makcik ni rupanya telah dirancang oleh anak-beranak ni sekian lama.dari sebelum pakcik ni meninggal lagi.lepas jek pakcik ni meninggal dunia, anak-beranak syaitan ni terus mengorak langkah pertama mereka.modus operandi mereka memang cepat.tup tap tup tap licin duit makcik ni dilesapkan.

apalah salah makcik ni pada mereka eh.tapi sebenarnya takde salah pun aku rasa.semuanya disebabkan duit.kerana duit mata mereka gelap.kerana duit mereka dah tak kenal saudara atau musuh.

cotcet : ada sape2 nak sedekah duit kat aku?aku sangat memerlukan duit sekarang ni.sebab nak beli kasut ;))

Tuesday, April 20, 2010

take care..

al-fatihah buat ahmad syafiq bin yusof & Achik (spin)

seperti semua sedia maklum industri hiburan baru jek kehilangan seorang penyanyi iaitu Achik dari kumpulan spin.jujur aku cakap aku tak lah meminati achik ni.tp aku kenal la juga yang mana achik ni,sebahagian lagu beliau terutama duet dengan Siti Nurdiana.pada aku achik ni bagus juga.ada usaha untuk maju kan diri nya dlm bidang nyanyian.masa aku baca paper ada tulis yang arwah mempunyai bisnes kat Johor.*cik pipit jom kita g johor tgk bisnes apa dia wat ;) alhamdulillah la.arwah berusaha untuk berniaga walaupun beliau tak sempat melihat bisnes nya sangat-sangat maju.semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya.aminn.

selepas aku dengar berita kehilangan achik spin, pagi tadi pulak aku dengar tentang kehilangan sahabat adik aku.juga meninggal akibat kemalangan.usia nya masih muda, baru 23tahun.aku pernah beberapa kali jek jumpa arwah.kereta ayah aku yang dilanggar orang tu arwah lah yang uruskan.tapi tak sempat uruskan sampai habis arwah pergi buat selamanya.

petang tadi mak aku cerita pasal kemalangan yang menimpa arwah.aku jadi sebak.tak tau kenapa.mungkin sebab aku pernah jumpa arwah dan selalu nama nya disebut oleh adik aku.jadi bila aku dengar cerita mak aku tadi aku sebak.aku boleh bayangkan suasana pada masa itu.

sekarang aku jadi sangat risau bila Encik cakap nak keluar ke mana-mana.aku akan pastikan Encik bagitahu bila nak keluar,pegi mana,dengan siapa dan lain-lain lagi.bila Encik lambat sikit mesej aku dah jadi sangat risau.aku dah terbayang macam-macam.astaghfirullahalazim.nauzubillah.

pada semua ;

jaga diri elok-elok ye.bawak kereta atau motor tu hati-hati.jangan laju,ikut kelajuan yang dah ditetapkan.pakai safety belt depan atau belakang.saya sayang anda semua ;)


Encik, i love you so much.take care.

Monday, April 19, 2010

mood...meh sini meh ;p


selepas kejadian di atas ini berlaku, aku masih mencari mood untuk membuat SEMUA rutin harian aku ;)

Monday, April 12, 2010

just married :)

kahwin.kahwin.kahwin.seronok ke eh kalau dapat kahwin ni?aku rasa cam best kot.entah la.kadang2 takut gak nak kahwin ni.takut kalo ape yang aku angan2 kan tak seindah realiti.cehh ayat :)

aku pun xberapa pasti kenapa 2,3hari ni topik kahwin sgt selalu di bincangkan oleh mak ayah aku.dorang dah sedia ke nak lepaskan satu2 nya anak perempuan dorang yg comel ni?haha ;p entah la.mase mak ayah aku diam jek aku yang cam orang gatal merenyam sibuk nak kahwin.tapi bila dorang dh bersuara aku lak yang terdiam.gulp! betul ke mak ayah aku.

kalo ikut hati aku memang nak kahwin jek.senang.hari2 aku boleh mengadap muka si bucuk aku ni.tapi ada juga serba sedikit masalah yang kami kena setelkan dulu.antaranya kerja & duit ;)



xpe la kot.pelan2 kayuh la eh Encik.heee.ape2 pun i tunggu nye u.jgn takut eh ;p



love you.

Sunday, April 11, 2010

weekend time

hujung minggu ni aku saaangaattt penat sebab menjadi driver kepada kedua ibu-bapa aku ;) sabtu yg lepas aku pergi ke Sg Besar,kampung halaman ayah aku.untuk melawat pakcik aku yang ibarat "hidup segan mati tak-mahu" jek aku tengok.kurus kering okey badan dia.aku tengok pun tak berapa nak percaya.sebelum ni badan nya sihat dan tegap.tapi sekarang kurus kering.lepas kitorang g melawat dia kat hospital sabak bernam, kitorang g bershopping lak kat pekan sg besar tu.memborong langsir dan kain ela untuk dipakai di hari raya nanti ;p

ahad pulak aku pergi melawat anak orang yang mak aku pernah jaga dulu. Nadhiratul Uzma binti Mohd Hanafi nama nya.sangaaat comel ok budak kecik ni.now dia dah 5tahun.dah mula sekolah tadika di Tadika Furqan.budak ni menjadi kesayangan kami sekeluarga sejak kitorang mula jaga dia.sangat bijak dan keletah.masa kitorang jaga dulu dia memang ditatang macam minyak yang penuh.semua orang sayang kan dia.tapi sampai sekarang pun aku still jenguk dia kalau ada masa.kalau hari raya atau aku bercuti ke mana-mana aku tak pernah lupa belikan dia baju atau barang2.



Nadhiratul Uzma @ Juma ;)




ni adik nya. Norfarisha Uzma. dia ni kitorang xpenah jaga.
budak kecik Juma ni memang rapat ngan aku.dia panggil aku ANGOH.hehe.sebenarnya angah tp ibu nya org terengganu.so dak kecik ni terikut2 slang org sane.so jd la angoh.huhu.sepanjang aku kat umah dia tadi pun dia berpangku jek ngan aku.bila nak balik tu dia cam sedih jek.kalau dulu lagi teruk.tiap kali kitorang dtg pastu nak balik dia punye meraung xusah cakap la.sedih jek kitorang tengok.tp now dia dh baik cket.


ANGOH + JUMA ;))



Thursday, April 8, 2010

tajuk pun malas nak pikir ;)

hahaha.saya baru lepas ditegur oleh cik pipit saya sebab malas update blog tapi ada hati nak buat page sendiri ala-ala Facebook tu.hee.memang saya akui-la saya agak malas nak update blog.bukan apa kegiatan harian saya hanya bekerja.tidak pernah ada aktiviti sampingan selepas waktu berkerja.jadi aku nak bercerita pasal apa kan.huhu.

tapi walaupun dah ditegur aku tetap malas nk update.aku hanya rajin meng-upload SEKEPING gambar saje ;)


pix mase course sabtu lepas

Monday, April 5, 2010

cikaro ku :]


YEEEEAAAAAA!!!! CT MENANG LAGI ;)

tu la mesej yang aku hantar pada Encik dan kedua ibu saudara ku yang semua maklum SANGAT ANTI dengan CT.hee.mereka adalah cik pipit dan cik kiah.aku saje nak bakar line dorang.haha.macam cik kiah ok la sebab pujaan hati nya~Pak Nil menang pengacara tv popular.tapi tu tu tu cik pipit tu.abg faizal tahir nya kalah besarrrr ;D ber-sabar ye cik pipit ye.ngee.

pada CT ;

tahniah atas kejayaan anda.teruskan berkarya dan terus mewarnai dunia hiburan tanahair kita.semoga berjaya dan mencapai ke tahap yang terbaik.anda tetap dalam hati saya ;) cik pipit jangan panas hati eh ;p

Thursday, April 1, 2010

Gracias ;)

TERIMA KASIH ;)

kerana menghantar kereta saya ke pusat servis yang sangat berdekatan.hee.harini Encik telah memandu jauh dari Seremban ke Subang Jaya semata-mata ingin menghantar kereta aku ke pusat servis proton Glenmarie.terima kasih sangat-sangat atas keprihatinan anda ye Cayang ;) lainkali mahu tolong cinta cayang sorang ni lagi? ;p